|
Assalaamu'alaikum
Kenyataan:
"PERHATIAN -
Waktu akhir
tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit sebelum masuk waktu sembahyang
berikutnya."
Kenyataan diatas sama sekali tertolak dan tiada
langsung landasan dari Al Quran dan Sunnah. Ia sesuatu yg memberatkan
ummat.
Jadi adakah ini sesuatu dari
KUZA ? Kalau benar dari KUZA, siapa yg membuat kenyataan ini ? Kenapa tiada
termaktub didalam fatwa kebangsaan Malaysia ?
Kenapa sebahagian kecil
sahaja yg tahu perkara ini ? Siapa ahli falak yg membuat kenyataan ini
?
Dalil dari syarak:
Firman Allah dalam Al Quran Al Baqarah ayat
187:
"Dan makanlah serta minumlah
sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
(kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga
waktu malam (maghrib)."
Yg dimaksud oleh ayat diatas ialah
Al Fajr Ash Shadiq bukan Al Fajr Al Kadzib, refer kitab Raadd Al Muhtar
oleh Ibn Abidin, Majmu' oleh Imam Nawawi dan Mughni oleh Ibnu Qudamah.
Kitab-kitab diatas adalah huraian dari 3 mazhab, Hanafi, Syafie dan Maliki. Bila
sebenar masuk waktu Subuh dan itu juga masa wajib berhenti makan. Saudara juga
boleh refer kitab Yusuf Qardhawi yg sudah ada terjemahan dipasaran, Fatwa Masa
Kini.
Jadi yg mengatakan waktu Subuh
dilewatkan tertolak dan bertentangan dengan sunnah. Refer kitab diatas, baru
kita berhujjah secara ilmiah. Waktu imsak masih lagi boleh kita makan selagi
belum masuk waktu subuh (terbit al fajr ash shadiq).
Syukran.
Laa
Tansaa Dzikrallaah Unzhur Maa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala Al Haqiir Wal
Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam Syaikh Abdu Manaf Al
Ansari
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, October 03, 2006
15:42
Subject: Re: Boycott Israel [hidayahnet]
Perhatian utk sapa lewat sahur !! (jgn terbatal puasa)
Kenyataan yang mana satu yang sdr maksudkan bertentangan dg Al
Quran dan Sunnah, dan fitnah kepada ahli falak? Harap
dapat jelaskan.
Kenyataan ini jelas bertentangan dengan nas Al
Quran dan Sunnah. Ini juga termasuk fitnah kepada ahli falak. Perkara ini
juga tidak terdapat dalam kitab2 fiqh.
Laa Tansaa Dzikrallaah Unzhur Maa Qiila Walaa Tanzhur
Man Qaala Al Haqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil
Islaam Syaikh Abdu Manaf Al Ansari
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, September 26, 2006
10:57
Subject: Boycott Israel [hidayahnet]
Perhatian utk sapa lewat sahur !! (jgn terbatal puasa)
Perhatian untuk orang yang suka sahur
lewat. 1. Rasullullah menganjurkan kita mencepatkan berbuka dan
ta'akhir sahur. 2. Rasulullullah juga menganjurkan supaya kita
berhenti sahur sekurang-kurang membaca 50 ayat Al Quran sebelum subuh.
3. Walaupun begitu kita boleh bersahur sehingga nyata benang putih
dan benang hitam(naik fajar) - maksud Al Quran. 4. Hukum ta'khirkan
sahur adalah sunat. Oleh itu ada orang makan sehingga waktu subuh atau
dengar azan. 5. Untuk berjaga-jaga supaya sahur tidak terlajak masuk
kedalam waktu subuh maka ulamak-ulamak falak di Malaysia telah
menetapkan waktu imsak(menahan diri dari makan & minum) 10 minit
sebelum sahur.
Saudara-saudari,
Baca dan
renung baik-baik keterangan saya dibawah ini. 1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh
Majlis Ugama Islam Negeri Kedah ada Nota PERHATIAN - Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit
sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.
2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50
pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi.
Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih
minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh,
maknanya dia tidak
berpuasa lantaran jahil waktu taqwim(bukan jahil ugama). Oleh itu
JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL
MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU. Taarig puasa
ialah Menahan diri
dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari naik
fajar hingga jatuh matahari.
3. Kenapa Jawatankuasa
Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5 minit?. Jawapannya :
Dalam Seminar Falak Syarei di KUZA Terengganu pada tahun 1990 an (tak
ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang hendaklah ditulis 5
minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak solat awal, pada hal
ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1 atau 2 minit. Jika waktu
sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu telah
sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin
kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang
tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi
sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.
4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu
kawasan yang luas. Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling
dan kawasan paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima matahari lebih
awal dari Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) Baling
disebelah timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya menyatakan
satu waktu sahaja iaitulah 5 minit lewat dari tempat tengah-tengah
Kedah. Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita tengok negeri
disebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari kita.
5. Jawapan ketiga. Dalam
kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira kepada 1 saat terhampir.
Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya pukul 5 j 45 minit 20
saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh.
Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan,
kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan
masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab diatas lagi. 5.46 + 5
minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.
Saudara saudari JANGAN LEWATKAN SAHUR
SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA. Sekian, TQ
Yahoo!
Cars NEW - sell your car and browse thousands of
new and used cars online search
now
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
__,_._,___
|