From: Selingkar Kasih <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Mengapa Saya Masuk Islam
Al-Quran -- Seolah-olah bercakap dengan saya - Hedayah
Mengapa Saya Masuk Islam
(DENGAN KERJASAMA DAN IZIN PERNIAGAAN JAHABERSA)
TIADA sesiapa pun menjangkakan yang saya akan membuat keputusan sedemikian! Melihat lima tahun kebelakangan ini, saya sendiri tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku, tidak sama sekali walaupun dalam mimpi.
(DENGAN KERJASAMA DAN IZIN PERNIAGAAN JAHABERSA)
TIADA sesiapa pun menjangkakan yang saya akan membuat keputusan sedemikian! Melihat lima tahun kebelakangan ini, saya sendiri tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku, tidak sama sekali walaupun dalam mimpi.
Sesiapa yang mengenali saya menyatakan rasa tidak percaya mereka, ``Masuk Islam? Apa yang dah merasuk dia?'' Keputusan saya benar-benar mengecewakan kedua-dua ibu bapa dan kesemua ahli keluarga saya yang merupakan penganut-penganut kuat agama Kristian Katholik yang datang dari Filipina. Ia juga menyebabkan saya kehilangan kesemua rakan saya.
Walau bagaimanapun, Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui, yang Maha Melindungi dan yang Maha Memberi Petunjuk telah membuka hati saya dan membuatkan saya sedar bahawa selama ini, saya telah menyembah tuhan yang salah.
Selepas kesedaran itu, saya tidak sekali-kali akan meneruskannya lagi.
Berikut adalah kisah perjalanan saya menuju Islam. Selepas musnahnya perkahwinan yang berusia 11 tahun, hidup saya benar-benar berada dalam kegelapan. Segala-gala yang diusahakan dalam hidup selama ini, seperti akan menemui kegagalan.
Membesarkan seorang anak lelaki yang masih kecil secara sendirian, bukanlah satu kerja yang mudah dan saya sering mengadu nasib kepada tuhan. Saya cuba mengelakkan diri bergaul dengan rakan-rakan, sebaliknya menghabiskan banyak masa dengan anak saya di gedung-gedung membeli-belah, ataupun sengaja menyibukkan
diri dengan bekerja. Tetapi itu semua tetap tidak dapat menghilangkan rasa sunyi dan kehilangan.
Kemudian, pada satu hari saya berkenalan dan mula merapatkan diri dengan sebuah keluarga Afghanistan. Saya banyak menghabiskan masa lapang bersama mereka dan mula memahami budaya serta menyukai makanan mereka yang lazat-lazat. Tetapi, yang paling menyentuh hati saya ialah ibadah yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh serta kepercayaan mereka kepada Tuhan dan utusan-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai seorang Kristian yang teguh keyakinannya, saya banyak berbahas dengan mereka mengenai perkara tersebut dan menyatakan bahawa Kristianlah satu-satunya jalan untuk mendapatkan keselamatan, tetapi mereka pula menegaskan bahawa Islamlah cara untuk mendapatkan syurga yang kekal abadi.
Kami menghabiskan masa selama
berjam-jam membincangkan tentang kelebihan agama masing-masing, dan apabila kami sampai ke penghujung perbincangan ini, kami rasa letih dan tidak mencapai sebarang keputusan. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mempelajari sendiri mengenai Islam dan memahami mesej agama tersebut yang telah membuatkan rakan-rakan saya begitu yakin terhadapnya.
Saya pun mendapatkan senaskhah terjemahan al-Quran dan mula membacanya dari satu juz ke satu juz. Saya bagaikan tidak percaya bahawa saya tidak boleh berhenti membacanya dan terus membacanya untuk beberapa jam. Saya dapati bahasa al-Quran itu ringkas, jelas dan mudah difahami. Saya dapat merasakan sesuatu yang baru. Ia sesuatu yang benar-benar indah. Saya rasa seolah-olah al-Quran itu hidup dan berkata-kata kepada saya secara langsung.
Dan saya juga merasakan suatu perubahan dalaman atau perubahan jiwa dan saya
tahu bahawa segala-galanya akan berubah untuk saya. Beberapa hari kemudian, saya pun menziarahi rakan Afghanistan tadi dengan membawa naskhah al-Quran tersebut.
Saya memberitahu mereka akan niat saya untuk menjadi seorang Muslim. Seperti yang termaklum, saya pun menunaikan rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah dengan ikhlas di hadapan mereka. ``La ilaaha illallah, Muhammadar Rasulullah'' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya) .
Mereka begitu gembira dengan keputusan saya sehingga `nenek' (panggilan saya untuknya) melelehkan air mata. Sekarang apa yang harus dilakukan seterusnya? Saya tidak tahu bagaimana mengamalkan Islam. Disebabkan saya duduk berjauhan dengan rakan Afghanistan tadi, adalah agak sukar untuk saya belajar mengenai Islam dengannya.
Oleh kerana itu saya pun membuka buku panduan telefon dan mencari alamat masjid yang terdekat, supaya saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Islam dan melibatkan diri dalam aktiviti Islam.
Akhirnya saya pun mendapatkan alamat sebuah masjid yang mempunyai sebuah perpustakaan, lantas saya ke sana. Penjaga perpustakaan membantu mendapatkan buku-buku yang sesuai untuk `orang baru' dan menghubungkan saya dengan seorang Muslim yang juga berasal dari Filipina.
Dia begitu sabar menjawab segala soalan saya mengenai Islam. Al-Quran saya yang pertama digantikan dengan sebuah al-Quran dalam teks Arab/Inggeris. Saya mula belajar sembahyang dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan belajar menghafal bacaan-bacaannya dalam Bahasa Arab.
Kemudian, saya pun mula memakai tudung dan menukar cara
berpakaian. Seterusnya, saya mula memerhatikan makanan-makanan yang saya makan, iaitu mana yang halal dan mana yang haram. Apabila melihat perubahan yang positif dalam diri saya, anak lelaki saya pun mengucapkan syahadah dan (alhamdulillah) cuba menjadi seorang Muslim yang baik, yang terbaik mungkin oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.
Kami mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti masjid di tempat kami dan saya mendapatkan lebih banyak buku mengenai Islam dan sastera Islam untuk kami baca dan belajar di rumah. Sejak itu, saya cuba menyampaikan ajaran Islam kepada seberapa ramai orang bukan Islam yang saya mampu; sesetengah daripada mereka menunjukkan minat dan memeluk agama kebenaran ini.
Hidup ialah satu perjalanan untuk mengenali Tuhan yang tidak ada hujungnya dan kemuncaknya, berlaku hanya selepas mati. Perjalanan saya baru saja bermula.
``Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri, dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.'' (Al Isra:15).
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business. __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
