Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Dalam hidup ini, kita sering berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak kiralah sama ada masalah di dalam pekerjaan mahupun berkaitan dengan kekeluargaan atau apa juga masalah. Ada kalanya masalah itu terlalu kecil dan tidak langsung membebankan pemikiran kita. Namun acap kali juga datang masalah yang besar yang hinggakan kita mula terasa beban dan terasa bagaikan bala sedang diturunkan ke atas diri kita. Persoalannya, benarkah ianya bala? Atau sebenarnya sekadar ujian? Dan soalan seterusnya, apakah itu bala dan apakah pula itu ujian? Dan apakah perbezaan di antara keduanya? Jawapannya adalah mudah. Sebab bala dan ujian adalah dua perkara yang sama. Apa saja yang merupakan bala boleh dianggap ujian dan begitulah sebaliknya. Yang membezakannya adalah cara penerimaan kita. Sebagai contoh, seperti yang saya ceritakan dan posting sebelum ini, kereta saya terbabit di dalam kemalangan pada 29 September yang lepas. Pada kejadian tersebut, saya boleh memilih sama ada hendak menganggap ianya sebagai sebuah bala atau bencana yang Allah turunkan buat saya. Atau sebaliknya, jika saya hendak menganggap ianya sebuah ujian dari Allah juga tidak menjadi masalah dari segi istilahnya. Namun, reaksi yang bakal terhasil oleh kita adalah berbeza mengikut penterjemahan kita ke atas kejadian tadi. Sebagai contoh, sekiranya saya menganggap kemalangan itu sebagai sebuah bala, sudah tentu yang akan terhasil di dalam hati saya adalah kekecewaan dan rasa penyesalan. Sudah tentu saya akan jadi tertekan. Malah, pada satu tahap, mungkin juga saya boleh menyalahkan Tuhan. Mungkin saya boleh berkata, "Aku dah mulakan perjalanan dengan doa menaiki kenderaan pun accident juga!" atau "Apalah dosa aku sampai jadi macam ini sekali...". Kedua² pengucapan tersebut, yang terhasil daripada tanggapan bahawa kejadian kemalangan itu adalah bala dari Allah jelas sekali menjejaskan iman. Sebagai seorang muslim, tidak wajarlah untuk saya berucap sebegitu. Namun saya juga punya pilihan untuk menerima kemalangan itu sebagai ujian yang Allah turunkan buat saya. Dengan beranggapan begini, saya boleh memujuk hati yang terluka dengan berbagai 'pujukan' yang manis. Saya boleh menganggap ujian ini Allah turunkan demi untuk meninggikan darjat saya. Juga boleh menganggap bahawa ini adalah satu cara untuk Allah mengurniakan pahala yang lebih untuk saya dan berbagai 'pujukan' yang lain. Amat nyata, bagaimana penerimaan kita terhadap sesuatu kejadian yang menimpa diri kita mampu mengukuh atau melemahkan kedudukan iman kita. Dan pada pengamatan saya sendiri, adalah lebih baik untuk menganggap setiap kejadian itu sebagai ujian dari Allah daripada menganggapnya sebagai bala. Kerana, sebagaimana seorang yang sedang mengambil peperiksaan, ujian hanya akan membuatkan kita lebih berhati². Pun begitu, adalah tidak mustahil jika kejadian ini sememangnya Allah turunkan sebagai balasan atas kesilapan dan dosa yang saya lakukan. Tidak mustahil juga jika Allah sebenarnya hendak memberikan saya amaran dan peringatan agar lebih berhati² dan lebih berwaspada. Sesungguhnya, apa juga yang tersirat di sebalik kejadian itu, Allah lebih mengetahui segala²nya. Cuma yang ingin saya tekankan di sini adalah, reaksi atau cara penerimaan kita apabila terjadi sesuatu kejadian yang tidak kita ingini berlaku memainkan peranan penting dalam pertumbuhan iman kita. Sekiranya cara penerimaan kita betul, maka insyaAllah iman kita akan membesar dengan lebih sihat dan bertenaga dan begitu jugalah sebaliknya. Penerimaan yang salah boleh membunuh iman kita. Tidak sampai seminggu kereta saya kemalangan, ketika saya sedang membeli tiket bas untuk kembali bekerja, saya telah tersilap langkah dan akhirnya kaki saya tergeliat di Terminal Bas Larkin. Saya pulang ke rumah dalam keadaan berdengkot. Kemudiannya saya meminta ayah saya untuk tolong urutkan bagi mengurangkan kesakitan. Apa yang terjadi, bengkak semakin membesar dan kaki saya mula kelihatan biru. Ketika masuk waktu solat Asar, saya sudah mula menjadi malas untuk ke masjid. "Kaki sakit ni... Macam mana nak berdiri..." Bisik hati saya. Hampir² juga iman saya tertewas. Jika difikirkan, ya! Mengapa harus saya ke masjid? Bukankah Allah yang memberikan kesakitan ini kepada saya? Jika Allah mahu saya ke masjid, mengapa Allah tidak jadikan saya sihat sahaja sepanjang masa? Tetapi Alhamdulillah, seketika kemudian iman saya bangkit semula. "Ah... Tidak. Ini adalah sebahagian dari ujian Allah. Aku mesti ke masjid. Pahala lebih kalau pergi berdengkot begini... Pahala lebih..." Jadi saya pergi juga ke masjid dalam keadaan sedemikian. Dan, pada waktu Maghrib, ketika hendak menghidupkan enjin motorsikal entah macam mana motorsikal saya telah tumbang ke sebelah kanan. Yang sempat saya lakukan hanyalah menurunkan kaki untuk menahannya daripada terjatuh. Tanpa disangka², ketika itu terdengar bunyi 'kelekuk' pada kaki saya dan serta merta, kesakitan yang saya alami berkurang dengan banyaknya. Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Siapa tahu, kerana saya berkeras hendak ke masjid walaupun sakit kaki, rupanya dengan cara itu Allah menyembuhkan kaki saya. AllahuAkbar... Ketika ini, jika hendak dikira, ada banyak masalah yang sedang menghantui saya. Tetapi saya telah mengambil keputusan untuk menerima setiap masalah ini sebagai ujian dari Allah. Bukan sebagai bala. Dan saya amat percaya, setiap kali Allah ciptakan masalah, maka Allah telahpun menyiapkan jalan penyelesaiannya. Hanya terpulang kepada kita untuk mencarinya dengan usaha yang kita tentukan sendiri. Saya juga yakin, sentiasa ada orang yang punyai masalah yang jauh lebih berat dari masalah yang saya hadapi. Sesungguhnya Allah amat² menyintai setiap hambaNya. Dan tidak mungkin Allah akan menyiksa hambaNya yang dikasihi. Saya percaya, ujian yang Allah berikan adalah sebagai satu peluang untuk kita merebut kasih sayangnya. Barangsiapa yang berjaya dalam ujian tersebut, insyaAllah akan lebih dikasihi olehNya kelak. Sama ada bala atau ujian, ianya perkara yang sama. Terpulang kepada kita untuk menilaikannya berdasarkan iman yang kita ada. Kita boleh hidup dengan terus menyesali dan menyalahkan taqdir namun ianya tidak akan mengubah apa pun yang telah terjadi. Sebaliknya, sekiranya kita menganggap ianya sebagai satu ujian, kemudian menerimanya dengan redha dan dengannya kita mengambil pengajaran, insyaAllah di sana kelak akan pasti ada balasan kebaikan yang tidak ternilai dengan apa yang mampu kita bayangkan. Itulah berkat kesabaran, insyaAllah..... Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kelalaian saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ -------------------------------------------------------------------------- **Boycott Israel**Support Palestine** All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
