|
KUNJUNGAN HORMAT PPIM DAN PERBINCANGAN HATI KE HATI DENGAN YANG BERBAHAGIA DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ.
. Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5. Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006. Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.
Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan tawadduk.
Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.
Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-perkara berikut adalah nyata:
Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan para pelayar laman web ini khususnya dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan buruk pihak pengurusannya.
Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi.
Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu..
Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM.
Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-
Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, .......
” Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar...”
Sekian terima kasih.
- PPIM - |
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
