>From: Afandi B Jaafar/RFT/RemedialMgmt/Maybank >Date: 10/13/2006 12:33PM >Subject: Fw: Kisah Dato' Azhar Mansor lagi - versi lain pula > > > >"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa >suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan >suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang >menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat, ayat 6) > >"Assalamualaikum, > >Saya bertemu dengan perbincangan ini sewaktu membuat kajian mengenai isu >murtad masyarakat Melayu Malaysia. Menarik perhatian saya membaca isu >Dato' Azhar Mansor. Saya berani menyatakan di sini bahawa Dato' Azhar >Mansor, Alhamdulillah adalah masih seorang Muslim. > >Khabar-khabar angin mula bertiup pada tahun 2003 di internet yang >menyatakan bahawa Dato' Azhar Mansor telah memeluk agama kristian dan >sering mengunjungi gereja di PJ (musa Hitam juga dituduh pada tahun 2000 >mengunjungi gereja tersebut). Khabar angin bertitik tolak daripada >cerita bahawa sewaktu tiang layar Jalur Gemilang patah ketika dilanda >ribut kuat di Cape Hope, Dato' Azhar hampir lemas dan Jalur Gemilang >nyaris karam. Dato' Azhar berdoa memohon bantuan. Menurut cerita yang >di- sebarkan lagi, datanglah ikan lumba-Lumba yang membantu memberi >haluan kepadanya dan pada waktu itu beliau nampak "Isa Al Masih" >menjelma dan memberitahunya bahawa dia akan selamat. Seandainya >peristiwa ini benar terjadi (Dato' Azhar bagaimanapun tidak pernah >menghebohkannya) maka beberapa faktor yang perlu diambil kira, >pertamanya ialah beliau telah belayar seorang diri selama hampir 100 >hari pada ketika itu. Keduanya sistem GPSnya dan system komunikasinya >menerusi satelit telah beberapa ketika terputus ketika itu. Ketiga, >fikirannya mungkin tidak menentu akibat keletihan, ketakutan dan mungkin >pengaruh alkohol yang diambil untuk memanaskan badan di dalam suhu yang >melampau. Maka sebagai seorang yang terpelajar dan berasal dari Perlis >dengan didikan agama yang seimbang dengan kebanyakan orang Melayu, >apabila kembali waras, beliau berfikir. Jawapan yang lahir pertamanya, >mungkin godaaan syaitan. Keduanya jika benar "Al Masih" telah muncul >maka tiada yang mustahil Sebagai seorang Islam kita percaya Nabi Isa a.s >tidak mati dan akan pada suatu ketika muncul semula memimpin umat >manusia ke arah kebenaran. Maka 'jika' Dato' Azhar menyampaikan insiden >ini kepada Tun Dr. Mahathir, itulah juga jawapannya. 'Jika' sewaktu >mengikuti pelayaran ke Antartika bersama Tun, beliau membisikkan kes ini >kepada Dato' Dr. Hamid, begitu jugalah jawapannya. > >Memang benar isterinya adalah bekas warga Filipina yang berasal dari >agama Kristian Katholik. > >Seterusnya, kita lihatlah rujukan masa. Berita 'murtad'nya beliau mula >muncul pada tahun 2003. Dia dikatakan berceramah di Sabah dan sekarang >timbul pula kononnya bukan Sabah tapi Sarawak. Kemudian kenyataan rasmi >pertama di laman web pro kristian yang mula terbit pada tahun 2003, >memberitahu bahawa Dato' Azhar telah memberitahu Tun Dr. Mahathir >tentang insiden yang berlaku dan hasratnya untuk meninggalkan agama >Islam dan memeluk agama Kristian. Tun Dr. Mahathir menasihatkan Azhar >menginggalkan Malaysia untuk meneruskan niatnya. Jadi dikatakan bahawa >di antara tahun 2003 dan 2004 Dato' Azhar telah berhijrah dan >meninggalkan Malaysia. Ada laman web pro Kristian menyatakan bahawa >Dato' Azhar berhijrah ke Kanada. Ada pula yang berkata ke Australia. >Kalau benar beliau berhijrah, saya tidak percaya seorang pelayar akan ke >Australia. > >Saya pernah menemui beliau di KLCC dan bersama di dalam majlis berbuka >puasa di sebuah restoran. Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya. >Pada ketika itu ialah pada tahun 2000. Kami ada berbincang ringkas >tentang isu program televisyen. > >Pada tahun 2003 saya menghubungi beliau di Langkawi. Dan saya boleh >mengesahkan bahawa pada tahun 2003 beliau masih di Langkawi dan sibuk >dengan projeknya di Telaga Harbour. Pada 25hb Disember 2004 (Beliau >kononnya sudah berhijrah), sehari selepas Tsunami melanda Lautan Hindi, >Dato' Azhar dan fotonya sekali telah mengisi beberapa ruang akhbar dan >juga laman web berhubung kerosakan kepada Telaga Harbour. Bahkan >dilaporkan oleh media, bahawa kapal layarnya juga mengalami kerosakan >bersama beberapa kapal layar lain. > >Kesimpulannya, kita boleh menalipon Telaga Harbour dan bertanya sama ada >Dato' Azhar di situ lagi atau sudah 'hilang'. Kita boleh ke Langkawi dan >melihat sendiri sama ada itu Dato' Azhar atau tidak. Jika Dato' Azhar >masih di situ maka ternyata kenyataan dalam laman web pro Kristian >adalah salah dan bertujuan menipu orang Islam Malaysia. > >Dato' Azhar pernah sekali memberi kenyataan ringkas kepada pihak >tertentu menafikan bahawa dia telah meninggalkan Islam. > >Saudara saudari, Ini adalah dakyah Kristian. Dato' Azhar adalah wira >negara. Dato' Azhar seorang yang berani dan kental. Alangkah hebatnya >cerita kemunculan "Jesus Christ" dan menghulurkan bantuan kepada wira >Melayu. Alangkah hebatnya dan berpengaruh jika wira Melayu meninggalkan >agama Islam dan memeluk Kristian. > >Saya menasihatkan anda yang musykil menalipon sendiri Dato' Azhar di >Telaga Harbour dan kalau anda pergi ke Langkawi, kunjungilah wira negara >itu. Doakanlah kepada Allah dikuatkan Imannya dan supaya dijauhi beliau >dari segala yang boleh memudaratkan dirinya, pegangannya dan pegangan >kita. > >Ingatkah cerita mengenai Neil Armstrong? Bagaiman pendakwah kita >bercerita bahawa beliau mendengar laungan Azan di Bulan. Kemudian >beberapa tahun kemudian mendengar semula laungan azan itu di Mesir. >Ilmuan Islam berpendapat laungan yang didengarinya adalah laungan >malaikat. Beliau lantas memeluk Islam. Hebatnya cerita itu. tetapi Neil >Armstrong tidak pernah memeluk agama Islam. Beliau dikatakan memeluk >Islam dan kini bermautautin di Beirut. Tidak. Beliau sebenarnya tinggal >di Lebanon. Lebanon adalah nama sebuah pekan di Amerika Syarikat. Neil >Armstrong pernah dilontarkan soalan itu sewaktu beliau berada di >Malaysia dan kenyataannya keluar di dalam NST. Kata Neil Armstrong, >beliau tidak berniat memperkecilkan islam, tetapi beliau tidak pernah >memeluk Islam.
-------------------------------------------------------------------------- **Boycott Israel**Support Palestine** All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
