| Anwar setuju Malaysia negara polis |
Mon | Oct 30, 06 | 01:10:50 PM Oleh Abu Bakar Rahman KUALA LUMPUR, 30 Okt (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia adalah sebuah negara polis.
Anwar, yang dipecat oleh Dr Mahathir 1998 lalu, diaibkan, ditahan, diseksa dan dipukul ketika dalam tahanan polis serta dipenjarakan atas tuduhan liwat menyatakan, pandangan bekas Perdana Menteri itu adalah "kritikan yang membawa kemusnahan" kepada pemerintahan Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Badawi.
"Adalah menjadi kewajipan
pentadbiran hari ini supaya tidak mengulangi kesalahan masa lalu," beliau memberitahu para pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Bukit Damansara semalam.
"Mengenai isu negara polis, saya fikir beliau agak tepat. Undang-undang yang sama masih berjalan, tindakan melampau yang sama, kekejaman polis, tindakan tidak bertanggungjawab digunakan oleh mereka yang memegang jawatan atau kerajaan untuk kepentingan politik mereka sendiri".
Jangan menyimpang
![]()
Mengulas kritikan-kritikan Dr Mahathir, kerajaan mesti memberi tumpuan untuk menjawab dakwaan mengenai isu dan polisi yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri dan bukan bertindak "menyimpang," katanya.
"Saya tidak berminat terlibat dalam sengketa mereka tetapi
terdapat dakwaan yang membabitkan dasar yang serius oleh kerana (dakwaan datang dari) bekas perdana menteri selama 22 tahun. Perkara ini mesti dibincang dan dipertimbangkan (oleh kerajaan)."
"Tidak guna kerajaan berada dalam kedudukan membuat penafian, tetapi perlu memberi jawapan memuaskan," katanya.
Kerajaan, katanya, perlu memberi penjelasan rasional bagi menyanggah sebarang dakwaan yang timbul dalam pertelagahan antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir.
Berhak kritik
Anwar mengulangi pendiriannya bahawa Dr Mahathir, sebagai seorang warga negara, berhak mengkritik pentadbiran sekarang dan ini memerlukan penjelasan lengkap dari kerajaan, khususnya tentang dakwaan berhubung isu dan dasar.
"Kita mungkin tak sependapat dengan Tun. Saya tak setuju dengan cara mencaci. Saya tak percaya penyelesaian ialah dengan bertindak zalim
kepadanya."
"Saya hormati hak Dr Mahathir (untuk bersuara). Kalau kenyataan itu berasas, kerajaan kena jawab," tambahnya.
Anwar berkata setakat ini, jawapan kerajaan terhadap dakwaan Dr Mahathir tidak begitu meyakinkan oleh kerana "beberapa orang tokoh setakat berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya mengkritik Perdana Menteri".
Tidak akan selesai
Ditanya sama ada pertelengkahan Abdullah-Dr Mahathir akan berakhir, Anwar berkata: "Saya tidak nampak cara ia akan selesai dalam masa terdekat".
"Bekas perdana menteri mengambil pendirian tegas. Isunya bukan setakat beberapa dasar tetapi kritikan cukup hebat terhadap pentadbiran," kata beliau.
Sementara itu, Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Khamis ini dijangka membincangkan kedudukan Dr Mahathir sebagai penasihat beberapa agensi dan syarikat milik kerajaan, ekoran kritikan berterusan
bekas Perdana Menteri itu terhadap pentadbiran sekarang.
Langkah tersebut dipercayai ekoran desakan beberapa pemimpin Umno, termasuk Menteri Besar Kedah, Dato Mahadzir Khalid, supaya Dr Mahathir meletakkan jawatan dan agensi dan syarikat berkenaan sekiranya mahu terus mengkritik Perdana Menteri.
Dr Mahathir merupakan penasihat kepada beberapa agensi dan syarikat milik kerajaan seperti Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Keluar Umno
Dalam reaksi yang dianggap paling keras setakat ini, Pemuda Umno Terengganu dilaporkan meminta Dr Mahathir keluar daripada Umno jika bekas Perdana Menteri itu terus menerus tidak bersetuju dan lantang mengkritik kepimpinan Abdullah.
Dr Mahathir dan Abdullah mengadakan pertemuan empat mata dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri tetapi sejurus selepas pertemuanitu, Dr Mahathir mengadakan dua sidang
akhbar mengkritik Abdullah selain mengeluarkan sepucuk surat terbuka yang mendakwa Malaysia kini menjadi sebuah negara yang penuh ketakutan.
Gantung keahlian
Sementara itu, UM juga melaporkan Umno Terengganu mendesak Dr Mahathir supaya memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri berhubung kritikan kerasnya terhadap kepimpinan Abdullah.
Bagaimanapun, Setiausahanya, Datuk Rosol Wahid berkata, sebarang tindakan keras termasuk memecat Dr Mahathir daripada Umno perlu dielakkan bagi mengelak masalah yang lebih besar dari segi perpaduan ahli.
Manakala Pemuda Umno Kedah pula mencadangkan supaya keahlian Dr Mahathir dalam Umno digantung.
Ketuanya, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, ini berikutan kenyataan Dr Mahathir telah menimbul banyak kontroversi.
*********************
Makluman semasa
Memandangkan kesukaran untuk mengakses emel dari www.gmail.com kebelakangan ini, pihak kami menyediakan emel alternatif bagi Surat/Emel Pembaca ([EMAIL PROTECTED]) dan Salam Perantau (
[EMAIL PROTECTED]). Kami memohon maaf terutamanya kepada perantau-perantau di luar negara yang
menghantar ucapan/gambar sempena Ramadhan/Syawal kepada keluarga di atas kesukaran yang berlaku. Selamat berpuasa dan menyambut hari raya Aidil Fitri dari kami di Harakahdaily. Salam Perantau Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat
[EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.
Surat/Emel Pembaca Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke
[EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad
pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
__,_._,___