Assalamualaikum wbt.

Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran.
Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmayNya.
Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur. Dan
insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka. Dan ketahuilah
bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah
kematian.
Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari.
Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga
Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam, ia terbimbing
dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.


Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu
disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan tidak akan memandang
dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya sayang akan
terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah, malah menarik ke arah
kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika
dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi
kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai
akibat dari kelalaian kita sendiri.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu
dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi
yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi
yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil
dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan
fikiranmu mentafsirkannya.
Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima
berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka
jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan
pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat
kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan
berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi
letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula
sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan
fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam,
ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di
siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam
hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi.
Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari
keredhaan Tuhannya.

Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan
itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya
tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari menjadi kemestian
kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki menjadi mahal.
Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki
bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan
tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada
Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.

Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam hidup ini,
tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya
mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.
Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang menjadikan
panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela.
Ketahuilah sayang…
Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah
yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka
luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu Pertamanya keinginan untuk
makan, Keduanya keinginan terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk
tidur di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri
manusia maka selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan
manusia. Kita semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan
ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam
hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba
yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan sekali-kali
menyombong diri….

~salam ceria selalu
http://bicara-sepi-buat-teman.blogspot.com
roxannezy
This E-mail contains privileged and / or confidential information. If 
you are not the intended recipient ( or responsible for delivery of the 
message to such person) or if you have inadvertently received this e-mail, you
should destroy or delete this message and notify the sender by replying 
the
E-mail accordingly. If you or your employer do not consent to using
Internet E-mail for messages of this kind, please advise immediately by
sending an E-mail to the sender of this message.
All opinions, conclusions and other information in this message do not
relate to the official business of HeiTech Padu Berhad ("HeiTech") 
shall be
understood as neither given nor endorsed by HeiTech. Our company 
accepts no
liability for the content of  this E-mail, or of the consequences of 
any
actions taken on the  basis of the information provided, unless that
information is subsequently confirmed in writing. Caveat.


--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke