WAHAI TENTERA KAUM MUSLIMIN : APAKAH TIADA DI ANTARA KAMU, SEORANG PUN 
PEMBELA/PEJUANG YANG MEMILIKI KESEDARAN, SEHINGGA MELAKUKAN PEMBELAAN TERHADAP 
ISLAM, KAUM MUSLIMIN SERTA KEMULIAAN DAN KEHORMATAN MEREKA?
Beberapa stesyen television telah menyiarkan peristiwa tentang pengepungan 
Yahudi ke atas umat Islam Palestin dengan melepaskan beberapa tembakan kepada 
para wanita Muslimah di Bait Hanun, sehingga ada di antara mereka yang terbunuh 
dan tercedera. Mereka juga menyerang beberapa masjid dan menghancurkannya; 
memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan juga perkampungan mereka (umat Islam Palestin). 
Mereka membunuh orang-orang tua dan kanak-kanak…… Sementara para penguasa kaum 
Muslimin pula hanya menyaksikan peristiwa itu; dan menghitung jumlah mangsa 
yang terbunuh dan tercedra akibat kebiadaban dan kekejaman Yahudi tersebut, dan 
memandangnya dengan pandangan yang kabur, berbeza pula kalau kematian tersebut 
di pihak Yahudi. Padahal, orang-orang Yahudi tersebut mengepung kaum wanita 
Muslimah di sana dengan melepaskan beberapa tembakan peluru. Namun demikian, 
apa yang berlaku tersebut,sedikit pun tidak menarik perhatian dan menyentuh 
perasaan para penguasa kaum Muslimin. Ungkapan
 orang-orang seperti mereka pun hanya menjadi alat untuk menimbulkan penyesalan 
terhadap para wanita muslimah itu yang keluar membantah serangan Yahudi. 
Bahkan,sedikit pun tidak timbul kesedaran dan penyesalan dalam diri mereka 
(para penguasa kaum muslimin) terhadap pembunuhan Yahudi ke atas para wanita 
muslimah itu!
Wahai Kaum Muslimin!
Wahai Tentera (juyush) Umat Islam!
Masih belum tiba masanya kah? Kamu melepaskan diri dari belenggu para penguasa 
yang mengkhianati umat itu, yang hanya menjadikan kamu sebagai barang mainan 
yang penuh kehinaan dan kekejian. Padahal, semestinya mereka mengobarkan 
semangat kamu untuk berperang di medan pertempuran melawan kebiadaban dan 
kekejaman Yahudi tersebut? Bagaimana mungkin tentera-tentera Mesir, Jordan, 
Syria, dan Lebanon terpaku dan terdiam seperti patung di wilayah sempadan 
negara-negara mereka dengan Palestin, padahal mereka menyaksikan dengan mata 
kepala mereka sendiri terhadap pembunuhan kejam lagi terkutuk ke atas para 
Muslimah oleh kaum Yahudi Laknatullahi `Alaihim? 
Mesir sendiri telah meminta izin kepada musuh umat Islam iaitu negara Yahudi 
untuk mengirimkan pasukan yang bertugas bagi menjaga sempadan wilayah Rafah 
yang bersempadan dengan wilayah Mesir agar penduduk di wilayah Mesir tersebut 
tidak boleh membantu saudara-saudara mereka yang menetap di wilayah Rafah, 
Palestin. Padahal, para tentera kaum Musliminlah yang berkewajipan menolong 
penduduk Palestin tersebut bagi melawan dan menghapuskan kekejaman dan 
kebiadaban Yahudi tersebut! 
Apakah tidak ada di antara kamu, orang-orang yang sangat mengharap dan 
merindukan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan syurga-Nya? Apakah tidak ada 
juga di antara kamu, orang-orang yang ingin mencari kehormatan di dunia dan 
kemuliaan di akhirat? Apakah tidak ada juga di antara kamu orang-orang yang 
mahu menjual dirinya untuk memperoleh keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan 
berusaha mengubah kemungkaran dan kezaliman para penguasa itu, sekaligus 
menolong Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya sehingga amalnya dicatat di 
sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala di lembaran-lembaran yang putih lagi bersih? 
Apakah tidak ada di antara mereka, seorang al-Mu'tashim untuk menolong dan 
melindungi para wanita Muslimah itu dari kebiadaban dan kekejaman serta 
kezaliman Yahudi tersebut?
Wahai Kaum Muslimin!
Wahai Tentera (juyush) Umat Islam!
Sesungguhnya musuh-musuh kamu bukanlah orang-orang yang kuat dan gagah, 
sebaliknya disebabkan oleh sikap mendiamkan diri dan juga pengkhianatan para 
penguasa kamu lah yang menyebabkan kamu menjadi umat yang lemah dan takut 
kepada musuh-musuh kamu sendiri. Sebenarnya, Yahudi tidak pernah mencapai satu 
pun kemenangan dalam berbagai peperangan sebenar yang dihadapi dan 
ditempuhinya. Itulah yang telah dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di 
dalam kitab-Nya (Al-Quran Al-Karim):
Jika memerangi kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang 
(kalah), kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. [TMQ. Ali-`Imran [3]: 111]
Hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam, sebagaimana dikeluarkan oleh 
Muslim, juga telah bersaksi:
Kamu benar-benar akan memerangi orang-orang Yahudi dan kamu benar-benar akan 
membunuhi mereka. [HR Muslim]
Dalam riwayat lain disebutkan:
Orang-orang Yahudi benar-benar akan memerangi kamu. Namun, kamu akan mampu 
menguasai mereka. 
Demikian pula beberapa fakta peperangan seperti: 
Briged al-Quds pada tahun 1948, ketika sejumlah tentera yang masih memiliki 
keimanan menolak untuk menarik diri dari al-Quds hingga mereka tetap bertahan 
di sana dan akhirnya menang. Hal yang sama juga terjadi pada Perang al-Karamah 
tahun 1968, ketika sebahagian tentera kaum Muslimin membangkang arahan penguasa 
mereka, kemudian mereka pun terlibat dalam peperangan untuk menolong kelompok 
perlawanan di al-Karamah. Kemudian,kemenangan pun tercapai, sementara 
sebahagian kereta kebal (dababah) musuh yang ditinggalkan di belakangnya 
ditarik. Para pemandunya diikat di steringnya (kereta kebal) dengan ikatan yang 
sangat kuat sehingga mereka tidak dapat berperang. Hal yang sama juga terjadi 
pada permulaan Perang tahun 1973, ketika tentera Mesir menyeberangi 
benteng-benteng Yahudi di sempadan Ber-Lev; sementara tentera Syria melalui di 
garisan sempadan 48 di Golan, meskipun tentera Yahudi ketika itu bersiap-sedia 
dengan persenjataan berat. 
Seandainya, bukan kerana pengkhianatan Sadat di sempadan Dafr-Sur, dan sikap 
hina Hafidz al-Asad terhadap tenteranya di Golan, kerana mematuhi rancangan 
Amerika agar kedua-duanya terlibat dalam peperangan supaya dapat membuka jalan 
perundingan di lobi perjamuan (penyambutan), bukan kemenangan di medang perang. 
Kalau, bukan kerana semuanya itu, tentu hasil terakhir dari perang tersebut 
akan berbeza sama sekali…….
Setelah itu, sejumlah serangan Yahudi pada bulan Julai 2006 berjaya dihadapi 
oleh sekelompok orang Mukmin yang melakukan serangan balas terhadap mereka 
(yahudi), ternyata mampu menyungkurkan hidung Yahudi ke tanah, padahal mereka 
memiliki kelengkapan perang yang hebat.
Sesungguhnya Yahudi telah ditimpa kemiskinan/kepapaan dan kehinaan. Seandainya 
mereka membayangkan ada satu sahaja negara ---bukan semuanya--- dalam wilayah 
tersebut, tentu juga dari kalangan negeri-negeri Islam yang lain; andai saja 
negara Yahudi itu membayangkannya, pasti mereka tidak akan berani menyerang dan 
bersikap biadap kepadanya. Bahkan keadaan mereka di Palestin pun akan turut 
goyah dan kucar-kacir. Mereka pasti akan mengalami nasib yang sama dengan 
orang-orang Yahudi sebelumnya. Rumah-rumah mereka akan dirobohkan oleh 
tangan-tangan mereka sendiri dan juga tangan kaum Mukmin. Namun, mereka yang 
bernasib-baik, yang berjaya menyelamatkan diri akan meratap dan terusir dari 
Palestin serta menjadi pelarian yang tiada tempat untuk berteduh.
Sebenarnya, wahai kaum Muslimin!
Sesungguhnya kekuatan musuh-musuh kamu itu adalah disebabkan oleh sikap kamu 
sendiri yang mendiamkan diri, di samping juga pengkhianatan para penguasa kamu 
yang mengikut telunjuk orang kafir. Ini bukan hanya terjadi di Palestin saja, 
tetapi di setiap negeri kaum Muslimin yang didiami oleh orang-orang Kafir. 
Mereka tidak akan berhasil menguasai suatu negeri melainkan dengan sebab 
pengkhianatan para penguasa kaum muslimin dan agen-agennya serta sikap 
berdiam-diri kaum Muslimin untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada 
saudara seagama mereka yang ditindas. Kashmir didiami oleh orang-orang Hindu, 
sementara Pakistan mengambil sikap berdiam-diri saja, tidak memberikan 
pertolongan kepada umat Islam di Kashmir. Malahan, Pakistan berusaha untuk 
menghancurkan sehancur-hancurnya gerakan muslimin Kashmir yang memperjuangkan 
Islam. Manakala,Chechnya pula di bawah penguasaan Rusia, sementara 
negara-negara Asia Tengah dan Azerbaijan hanya mengambil sikap berdiam-diri 
saja, tidak
 mahu membantu mereka. Adapun Afghanistan pula, tidak akan boleh ditawan oleh 
Amerika, melainkan dengan sebab pengkhianatan dan konspirasi keji dari penguasa 
Pakistan. Justeru itu, mungkinkah Amerika dapat menakluki tanah kaum Rafidin, 
seandainya Syiria, Turki, atau Iran bergerak untuk membantu mereka? Atau 
seandainya sejumlah negara Teluk yang kecil-kecil itu tidak menjadikan 
wilayah-wilayah mereka sebagai pangkalan tentera Amerika dan Britain, sekaligus 
menjadi titik tolak serangan untuk menghapuskan musuh-musuh Islam?
Wahai Kaum Muslimin!
Tentera kaum Muslimin adalah anak-anak kamu; panasnya mereka bersumber dari 
panasnya kamu. Bagaimana mungkin kamu tidak berangkat menghampiri mereka dan 
bersama-sama mereka untuk mengubah para penguasa yang Ruwaibidhah (bodoh) itu? 
Bagaimana mungkin kamu tidak mendorong mereka untuk menyelamatkan wilayah dan 
kehormatan kaum Muslimin yang dijajah dan tertindas, menjaga kemuliaan dan 
kehormatan kamu? Sesungguhnya keinginan kamu dan keinginan mereka untuk diri 
mereka, tidak akan pernah menunda sedikit pun ajal mereka. Bahkan puncak dari 
apa yang kalian dan mereka peroleh adalah berakhirnya kehidupan, tetapi dalam 
kehinaan, kerendahan, ketundukan dan kepasrahan. Sesungguhnya itu adalah 
kehidupan yang benar-benar sia-sia sekiranya kamu dan mereka mengetahuinya. 
Sesungguhnya Hizbut Tahrir menyeru kamu: 
Wahai seluruh umat manusia dan para tentera untuk menyambut jeritan permintaan 
tolong para wanita Muslimah, tangisan anak-anak dan keluhan orang-orang tua 
yang tidak berdaya itu. Sesungguhnya Hizbut Tahrir meminta kamu agar bersegera 
dan bergerak menuju ke medan perang untuk menuntut-bela demi mereka, di samping 
menyingkirkan para penguasa kaum muslimin yang mengkhianati umatnya dan juga 
ejen-ejennya yang menghalangi jalan kamu. 
Ketahuilah wahai kaum muslimin! Penyingkiran mereka (penguasa dan ejen-ejennya 
yang mengkhianati umat) itu merupakan salah satu bentuk mendekatkan diri 
(taqarrub) kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang akan menyelamatkan kamu dari 
azab-Nya dan memuliakan kamu pada hari ketika mana harta dan anak-anak kamu 
tidak bermanfaat lagi kecuali orang-orang yang datang dengan hati yang lurus 
(qalbun saliim).
Sesungguhnya Hizbut Tahrir meminta pertolongan kepada kamu agar kamu berdiri 
bersamanya untuk mengembalikan Khilafah Ar-Rasyidah `Ala Minhaj Nubuwwah. 
Dengan itu akan muncul kembali para Khulafa' Rasyidin, para pemimpin terdahulu, 
al-Mu'tashim, Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fatih…… Di saat itulah, tidak 
akan ada seorang kafir atau orang zalim yang berani menyentuh dan menodai 
sedikit pun seorang wanita dengan perlakuan buruk, apatah lagi menembak dan 
membunuhnya seperti yang berlaku hari ini disebabkan oleh kebiadaban dan 
kekejaman bangsa Yahudi laknatullahi `alaihim. Hanya dengan itulah, kamu akan 
kembali menjadi umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia.
Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul-Nya jika Rasul 
menyeru kamu pada sesuatu yang menghidupkan kamu. [TMQ Al-Anfal [8]: 24]
13 Syawal 1427H / 4 November 2006 M
HIZBUT TAHRIR

Kirim email ke