Assalamu'alaikum,

Benar, benar. Saya amat bersetuju dengan Sarina dan A. Ishak; Melayu patut 
bersatu. Dalam masa yang sama, saya juga berpendapat - kerana majoriti orang 
Melayu beragama Islam - maka kita patut bersatu bawah panji Islam. Ini adalah 
kerana Islam tidak memandang pada warna kulit, bangsa, kaum ataupun keturunan. 
Dengan itu, kita akan menjadi lebih kuat.

Dan, apabila kita sudah bersetuju untuk bersatu, janganlah kita bersatu 
melakukan keburukan jenayah, korupsi, dan pelbagai lagi yang diharamkan; 
hendaklah kita bersatu untuk melaksanakan hukum hukum Allah di bumi ini. Juga, 
mana lebih elok, menjadi profesional dari kacamata bukan Islam atau menjadi 
seorang Muslim Professional? Pada saya, menjadi seorang Muslim Professional 
lebih tinggi mertabatnya kerana jawatan itu boleh dibawah ke alam kemudian 
(saya akui bahawa saya masih lagi Amatuer Muslim tapi masih sedang berusaha). 

Sarina ada menyebut 'salah menyalahkan antara satu sama lain', saya turut 
bersetuju. Sewaktu dari dahulu lagi parti pembangkang Melayu cuba menyedarkan 
rakyat Malaysia akan salahguna kuasa parti pemerintah Melayu, namun ramai tidak 
percaya. Selepas berlaku kes DSAI dan kini Tun M, baru ramai yang sedar bahawa 
banyak perkara yang didedahkan oleh parti pembangkan Melayu adalah benar; 
haruskah kita mengunggu satu lagi gegaran untuk menyedarkan lagi? 
Kemungkinankah gegaran baru yang ditunggu itu boleh menghancurkan?

Mengenai saranan A.Ishak agar parti pembangkang Melayu turut mendedahkan 
korupsi parti politik kaum lain, saya turut bersetuju dan percaya mereka pernah 
melakukan sedemikian. Hanya....kerana media tidak menghiraukan mereka, maka 
ramai yang tidak tahu. Juga, saya percaya parti pembangkang tersebut terpaksa 
berhati dalam pendedahan mereka agar jangan termasuk perangkap dan dilabelkan 
sebagai memecahkan keharmonian kaum di Malaysia. Silap silap, lagi ramai ahli 
parti tersebut akan ditangkap ISA.

Ingin juga saya menyatakan pendapat saya yang tidak seberapa: parti parti 
politik kaum lain (dalam Barisan Nasional), bergantung sepenuhnya kepada parti 
pemerintah Melayu. Jika dapat dibukitkan korupsi yang sewenangnya dilakukan 
oleh parti pemerintah Melayu, maka dengan sendirinya, parti politik bukan 
Melayu akan terjerumus sekali; bukankah itu dinamakan 'killing 2 birds with one 
stone'?

Kini, menggunakan kata kata anda sendiri, saya menyeru orang Islam bersatu 
dalam Parti Pembangkang Melayu/Islam untuk memerangi jenayah minda dan fizikal 
yang dilakukan oleh parti pemerintah Melayu itu; ini terutama sekali ditujukan 
kepada A.Ishak dan Sarina Sultan Ibrahim - mari kita berusaha menjadi Muslim 
Professional. Allahu Akbar!


Wassalam
Amir


From:"Sultan Ibrahim, Sarina" 
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] ISTANA ZAKARIA

Saya amat bersetuju dengan ape yang ditulis oleh A.Ishak sebab
 kebanyakkan penulisan didalam group ini lebih kepada salah menyalahkan
 antara satu sama lain. Kalau semua orang Melayu berfikiran begini kan
 bagus, barulah namanya professional dalam menyatukan orang Melayu.
 
 -----Original Message-----
 From: [EMAIL PROTECTED] ups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] ups.com] On
 Behalf Of "A.Ishak"
 Sent: Thursday, November 02, 2006 5:22 PM
 To: Ikhwanul Muslimun
 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ISTANA ZAKARIA
 
 Bagus isu-isu macam ini diketengahkan supaya kita dapat membersihkan 
 jentera pentadbiran negara dari orang-orang yang korup.
 
 Cuma saya agak terkilan kerana sejak sekian lama memerhatikan 
 scenario politik di Malaysia, saya lihat bagaimana lemahnya orang 
 Melayu (tak kira parti apa) berpolitik.  Maksud saya:
 
 1.  Bila ada isu yang membabitkan orang Melayu yang dibangkitkan 
 oleh orang Cina/India, orang Melayu dari parti lawan juga akan 
 sokong habis-habisan e.g. bila isunya melibatkan ahli politik UMNO, 
 orang PAS, KEADILAN etc. akan menyokong & menghangatkan lagi isu 
 itu, begitu juga sebaliknya.. .
 
 2.  Tapi jarang (bukan tak ada) ahli-ahli politik kita(Melayu) 
 menyiasat, mencungkil dan mendedahkan isu-isu korupsi kuasa dan 
 muslihat bangsa-bangsa lain.  Biasanya kena tunggu mereka bangkitkan 
 satu isu dahulu e.g. tukar perlembagaan (artikle 121), tuntutan TPM 
 ke-2 dsb. barulah orang-orang Melayu akan bersuara, tetapi dalam isu-
 isu yang sebegini, kita dapat perhatikan bagaimana bangsa2 lain 
 tidak kira parti apa, akan BERSATU dalam memperjuangkan isu tersebut 
 walaupun di kritik oleh parti2 Melayu yang bersekutu dengan mereka.
 Contohnya, satu masa dahulu bila Samy Vellu/Erik Chia di kritik 
 hebat oleh media, ada ke kita dengar Karpal Singh, Lim Kit Siang 
 sibuk2 memperbesarkan isu tersebut? Kalau ada pun mungkin satu-dua 
 kenyataan umum sekadar untuk memperdayakan pandangan orang Melayu.
 
 3.  Sepatutnya bila orang Cina/India mendedahkan satu penyelewengan 
 atau isu yang dilakukan oleh orang Melayu (UMNO/PAS/KEADILAN dsb), 
 kena balance balik dengan mendedahkan penyelewengan/ muslihat dsb 
 yang dilakukan oleh mereka...
 
 Perlu ada anjakan paradigma dalam strategi politik bangsa Melayu
 
 --- In [EMAIL PROTECTED] ups.com, zikri_fadzil wrote:
 >
 > Sekarang ni dah ada 4 Ahli Majlis Perbandaran Klang yang dah 
 buat "Istana" tanpa permit! Itu baru
 > 
 > di Klang....... di bandar-bandar besar yang lain lagi....entah 
 berapa ramai yang berbuat demikian!
 > 
 > Kalau KERAjaan negeri dan persekutuan kita jujur dan bersungguh-
 sungguh nak basmi RASUAH,
 > 
 > suruh saja semua ahli-ahli Majlis Perbandaran masing-masing 
 istiharkan HARTA_HARTA mereka
 > 
 > dan keluarga terdekat. Ini biarkan mereka sehingga rakyat dah tak 
 tahan sampai buat laporan, baru
 > 
 > nak ambil tindakan. Terlampou-melampau sangat mereka ni slah guna 
 kuasa, tanah KERAjaan dibuat
 > 
 > macam tanah mak bapak mereka! Rakyat biasa dirikan rumah untuk 
 berteduh dirobohkan, orang kampung 
 > 
 > buat surau untuk beribadat, dirobohkan. Inikah dia amalan mengikut 
 Islam Hadhari.
 > 
 > Orang-orang UMNO pun marah sangat dengan keadaan Ketua Bahagian/ 
 Naib Ketua Bahagian mereka
 > 
 > berkelakuan sombong dan biadap begini inikan rakyat jelata yang 
 bukan ahli UMNO. Utusan Malaysia 
 > 
 > hari ini melaporkan si Mazlynoor (one of the culprits) buat 
 mesyuarat tergempar menyatakan sokongan
 > 
 > mereka untuk mengekalkan kedudukan si Zakar ia ni. Yang satu lagi 
 laporan, ramai pemimpin UMNO 
 > 
 > mintak Tun Mamat letak semua jawatan dan keluar dari parti. Memang 
 dah bergelora parti keris karat
 > 
 > bogel ni, tak sempat nak bersarung... .semuanya terdedah sekarang. 
 More to come !
 > 
 >  
 > 
 > Maka pada PRU akan datang ni, gunakanlah kematangan Anda untuk 
 membuat perubahan.
 > 
 >  
 > 
 > MASA UNTUK PERUBAHAN !
 > 
 >  
 > 
 > -Prof. Dr. Alexjal Zabrienski <http://web-
 docsv.mys.agilent. com:8088/ Agilent/>  <mailto:zikri_ [EMAIL PROTECTED] .> 
 > 
 >  
 > 
 > From: [EMAIL PROTECTED] ups.com 
 [mailto:[EMAIL PROTECTED] ups.com] On Behalf Of "A. A"
 > Sent: Monday, October 30, 2006 12:24 PM
 > To: Ikhwanul Muslimun
 > Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] ISTANA ZAKARIA
 > 
 >  
 > 
 > Melayu sudah lupa ............ .
 > 
 > [EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ ... wrote: 
 > 
 > Salam syawwal to all,
 > 
 >  
 > 
 > ZAKARIA DAROS bina ISTANA RM 5 juta di PANDAMARAN KELANG.
 > 
 >  
 > 
 > AWANG - Mintak AUDITOR GENERAL siasat !!! Cuba tengok tax return 
 dia berapa. Kalau harap gaji & elaun ADUN, memang sah dia tak boleh 
 bina ISTANA tu, so dari mana dia dapat duit sebanyak itu ??? 
 >  
 > 
 > INSYA ALLAH,
 > 
 > THANK YOU,
 > 
 > WASSALAM &
 > 
 > BEST REGARDS
 > 
 > FROM
 > 
 > AZMI ABDUL LATIFF
 > 

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke