PROGRAM CUTI SEKOLAH  KEM REMAJA P.E.R.K.A.S.A.     Kem Remaja
P.E.R.K.A.S.A.... Apa tu?  Ia merupakan satu program khas untuk untuk
memperkasakan pelajar-pelajar supaya berkebolehan dalam pelbagai aspek
menerusi aktiviti-aktiviti yang 'mengancam', menghiburkan, dan sarat
dengan maklumat. P.E.R.K.A.S.A. tidak bermaksud perkasa fizikal
semata-semata, bahkan yang paling penting, memperkasakan kefahaman
kehidupan di dalam diri setiap peserta.     Anjuran siapa kem
P.E.R.K.A.S.A ni?  Program ini merupakan program kerjasama BAHTERA
CONSULTANT Sdn Bhd dan Quality Expert Sdn Bhd. Dua syarikat ini
merupakan syarikat yang berpengalaman dalam mengendalikan
program-program pembangunan manusia dan latihan.     Ooo... Kem ni untuk
siapa?  Program ini terbuka untuk para pelajar tahun 6 hingga tingkatan
5     Mmm... Bila program ni?  Ada 4 pilihan tarikh untuk peserta.
Tarikh adalah seperti berikut:     Menengah Bawah (Tahun 6 - Tingkatan
3)  Kem 1 : 23-26 November 2006  Kem 3 : 7-10 Disember 2006     Menengah
Atas (Tingkatan 4 - Lepasan SPM)  Kem 2 : 29Nov - 2 Disember 2006  Kem 4
: 14-17 Disember 2006     Buat kat mana?  Lokasi program ini ialah di
Kompleks Rakan Muda & Perpat Resort, Sementa, Klang     Apa yang menarik
pada kem ni?  Untuk mencapai objektif memperkasakan para peserta, modul
program ini telah disusun dalam bentuk yang menarik dengan
aktiviti-aktiviti seperti River Crossing, Saham PERKASA, Berkhemah,
Mempelajari kemahiran komputer, night walk, pizza PERKASA dan banyak
lagi.      Selain dari aktiviti yang menarik, pengendali program ini
juga bukanlah penceramah dan pengendali program remaja yang asing lagi
di tanah air. Dalam kem ini, peserta akan bersama dengan Ustaz Muhaimin
dan Abang Fazrul Ismail.      Ustaz Muhaimin adalah ustaz yang cool dan
sering memberi ceramah di masjid sekitar Selangor dan luar negara. Abang
Fazrul Ismail pula adalah pengendali program remaja yang amat
berpengalaman dengan aktiviti menarik. Beliau adalah penulis buku di
bawah PTS Publications.     Fuiyoo.. menarik tu.... kena bayar berapa?  
Untuk pembayaran awal, pelaburan anda cuma   RM 220     Untuk pembayaran
lewat (selepas tarikh tutup pendaftaran), pelaburan anda adalah RM 250
Tarikh tutup pendaftaran adalah SEMINGGU sebelum setiap program bermula
Ok, macam mana saya nak join?  Untuk menyertai, sila hubungi  bahagian
urusetia :   Cik Rafidah Bt Abu Bakar  No Tel : 03-5549 2028  No Faks :
03-5542 0425     Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://quality-expert.com <http://quality-expert.com/>  atau
http://bahtera. <http://bahtera.info/>

Kirim email ke