Setuju.
Dato' Azhar cakap yg dia takmau memburukkan keadaan. Keadaan jadi buruk sbb 
tuduhan mengatakan dia murtad. Sudah tak Islam. dengan tak mejawab soalan 
samada dia masih Islam atau tidak semestinya akan memburukkan lagi keadaan dan 
tidak menyelesaikan masalah. Tak faham kenapa dia takut sgt nak mengaku dia 
masih Islam.

dan newspaper semalam tulis Shahidan Kassim, MB Perlis tolong ckp bg pihak 
Dato' Azhar yg dia masih Islam. Tapi dia sendiri masih membisu seribu bahasa 
tak mahu beri apa2 komen. 

Besar harapan kita agar dia masih teguh dlm Islam. InsyaAllah.




----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, November 9, 2006 9:09:19 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] SMS untuk burukkan Mufti Perak, Azhar 
Mansor

Smlm dlm berita berkata Dato Azhar tak mahu mengumumkan status agamanya.. 


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED] com>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Monday, November 6, 2006 10:44:26 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] SMS untuk burukkan Mufti Perak, Azhar 
Mansor


(4 dan 5 Nov 2006 ramai umat Islam di Malaysia ini
jadi bodoh kerana menyebarkan SMS yang tidak pasti
kesahihannya tanpa usul periksa. Lain kali nak
sebarkan SMS pastikan kesahihan, periksa dalam laman
web yang sahih Harakah, JIM, ABIM dan sebagainya.
Kalau nak bendung gejala murtad , mula dengan diri
sendiri, hidupkan solat jemaah di masjid/surau/ rumah,
hidupkan makan jemaah. Jangan nak jadi juara isu
murtad tapi solat jemaah di masjid, surau, rumah
diabaikan)

Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad. Utusan
Malaysia 5 Nov 2006.. – Azham Mansor, abang sulung
kepada pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor, hari
ini menafikan adiknya itu sudah murtad dan tinggal di
Australia.

Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menegaskan, Azhar
masih beragama Islam dan kini tinggal di Langkawi
kerana menguruskan perniagaannya di sana.

Katanya, mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel
yang tersebar luas mengatakan Azhar sudah menganut
agama Kristian serta membaptiskan ramai pelajar adalah
fitnah dan tidak benar sama sekali.

‘‘Saya sebagai abang Azhar mahu menjelaskan bahawa SMS
itu menipu dan tidak benar sama sekali. Setahu saya
adik saya bekerja keras menjalankan perniagaan di
Langkawi.

‘‘Saya pasti dan tahu Azhar seorang Islam. Saya minta
tolonglah jangan ganggu dia lagi, sejak semalam saya
cuba hubungi dia tapi tak dapat,” katanya kepada
pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Azham berkata, dia datang ke Gereja Lady of Lourdes di
sini semata-mata mahu memastikan kesahihan SMS yang
tersebar dan bersyukur kerana ia terbukti palsu.

Menurutnya, bapanya ada menghubungi Azhar dan
dimaklumkan bahawa dia kini berada di Langkawi.

‘‘Kerajaan sepatutnya ambil tindakan terhadap
penyebaran SMS ini dari awal kerana kerajaan lebih
tahu apa yang patut dibuat. Mungkin saya akan jumpa
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria untuk
berbincang dengannya.

‘‘SMS ini disebarkan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab. Atas niat apa, itu saya tak tahu
tetapi jelas dia nak burukkan nama mufti, Azhar,
keluarga kami dan kita semua (umat Islam),” katanya
yang dukacita dengan fitnah yang menimpa adiknya itu

http://www.utusan. com.my/utusan/ content.asp? y=2006&dt= 1106&pub= 
Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_03.htm

Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut

Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns. blogspot. com


____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
We have the perfect Group for you. Check out the handy changes to Yahoo! Groups 
(http://groups. yahoo.com)







Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail. 


Kirim email ke