"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian 
itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45)
   
  "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, 
sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153)
   
  "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat 
kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)
  Bismillahirrahmaanirrahim...
  Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, 
para sahabat dan umat Islam seluruhnya...
   
  Nak lembutkan hati suami...
  Sebutlah kalimah "laailaha illallah" sebanyak-banyaknya..
  Kata ustaz saya, ada hadith pasal kebaikan kalimah itu. Maksud hadith, 
"Laailaha illallah itu kotaKu (kota Allah). Barangsiapa menyebutnya, maka dia 
telah masuk ke dalam kotaku. Dan barangsiapa masuk ke kotaKu, sesungguhnya dia 
telah aman (daripada kesusahan/keburukan)."
   
  Kebaikan menyebut laailaha illallah juga ada disebut dlm al-Quran, surah 
Ibrahim, surah ke-14, ayat 24 & 25. Rujuk tafsir. Saya pernah dengar huraian 
panjang lebar tafsir ayat tersebut. Sangat hebat & takjubnya kalimah ini.. 
Subhanallah.
   
  "Tidaklah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat 
yang baik** seperti pohon yang baik, akarnya teguh (di bumi) dan cabangnya 
(menjulang tinggi) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim 
dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk semua 
manusia supaya mereka selalu ingat." (Ibrahiim, 14:24 & 25)
   
  **Termasuk dalam "kalimat yang baik" ialah kalimat tauhid, segala ucapan 
kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimat 
tauhid seperti kalimat "laailaha illallah."
   
  Pesan ustaz saya juga, kalau ada barang hilang ke, susah nak belajar ke, nak 
lembutkan hati yg keras ke, anak tak dengar cakap ke, atau ape sahaja yg 
merunsingkan hati kita (termasuklah masalah2 gangguan, rasa macam ade hantu, 
rasa macam ade benda yg memerhatikan kita, rasa takut, rasa resah gelisah, 
murung, sedih tak bersebab, rasa malas, rasa berat badan), sebutlah byk2 
kalimah toiyyibah ini (laailaha illallah) byk2. Bila memasak, menyapu, sidai 
kain, lipat baju, berjalan, duduk dan bila2 masa kita teringat. Niatlah dalam 
hati menurut apa yg kita hajatkan. Contoh: "Ya Allah, lembutkanlah hati 
suamiku.", "Ya Allah, hilangkan rasa malasku ini.","Ya Allah, berilah 
kegembiraan kepadaku." Yakinlah dgn rahmat Allah. Pesan ustaz lagi, "Pilihlah 
apa yg Allah pilihkan untuk kita." Maksudnya, Allah sudah anjurkan supaya 
menyebut kalimah laailaha illallah dan janjinya adalah merasa aman. Begitu juga 
yg telah diterangkan dalam Al-Quran. 
   
  Jadi, seeloknya, kita ikutlah apa yg al-Quran & hadith tetapkan untuk kita. 
Tak perlulah pula pergi jumpa bomoh, pawang, buat perkara2 syirik, hanya 
semata-mata nak tundukkan suami kita. Silap2, sebab pergi mintak azimat dgn 
bomoh2, pawang2 itulah menyebabkan suami kita jadi macam orang bodoh, tak 
keruan atau tak sedar, pakai dengar je apa orang cakap, atau boleh jadi si 
suami angguk je apa yg disuruh. Ilmu2 yang batil macam tu hanya mengundang bala 
kepada keluarga. Allah pula murka. Na'uzubillahi min zalik..
   
  Jangan lupa juga, banyakkan solat sunat taubat, hajat & tahajjud. Mintaklah 
dgn sungguh2 agar Allah lembutkan hati suami kita. Sesungguhnya, Allah itu 
berasa malu apabila ada hambaNya yg meminta, menadah tangan, memohon sesuatu 
keperluan, tanpa dipenuhi keperluan itu. Allah itu Maha Pemurah. (ada juga 
hadis pasal ni.. maaf, tak dapat nak cari)
   
  Kalau ada masa, amalkan membaca surah Yaasin setiap hari. Pasal kebaikan 
surah ini juga ada disebutkan dalam wasiat Nabi Muhammad kepada Saiyidina Ali 
k.w. Sedikit contoh kebaikan membaca surah ini: perkara yg susah jadi senang, 
kalau dalam kelaparan akan merasa kenyang, kalau barang hilang, akan berjumpa 
kembali, kalau seorang yg bujang, akan berkahwin, kalu dibacakan untuk org yg 
nazak, akan mudah urusannya dan sebagainya.
   
  Memang benar.. memang rasa hati ni seolah-olah bengkak menahan sabar 
menghadapi perangai seseorang, apatah lagi dia suami kita, org yg paling kita 
kasih, paling dekat, dan orang yg kita perlu taat padanya selepas Allah & 
Rasul. Selalulah mengadu pada Allah, Dia Maha Mendengar, Dia Maha Dekat, Dia 
Maha Lembut dgn hamba-hambaNya, Dia Maha Kasihan pada kita. Kalau kita tak 
cakap pun, Dia Allah sudah tahu apa yg terbuku di hati. 
   
  Tapi, jgn kita lupa, Allah yg memiliki hati mereka. Allah-lah yang mampu 
membolak-balikkan hati mereka. Kalau Allah nak jadikan hati yg keras macam batu 
tiba-tiba lembut macam air, tak sampai satu kerlipan mata pun. "Kun fayakun!" 
Yakinlah dengan Allah, jgn putus asa dengan rahmat Allah. Akhir usaha adalah 
bertawakkal kepada Allah. Terpulanglah kepada Allah apa yg ditaqdirkanke atas 
kita. Yg penting, kita sudah minta tolong & bantuan serta doa daripada Allah. 
Dialah Pemilik semua hati2 manusia, termasuklah hati suami kita.
   
  "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian 
itu adalah berat, kecuali bagi orang yang khusyuk." (Al-Baqarah, 2:45)
   
  "Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu, 
sesungguhnya Allah berserta orang2 yang bersabar." (Al-Baqarah, 2:153)
   
  "Keselamatan ke atas kamu berkat kesabaranmu. Maka Alangkah baiknya tempat 
kesudahan itu. (Ar-Ra'du, 13:24)
   
  Salam mujahadah. Semoga menjadi wanita solehah, calon bidadari syurga.
   
  "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. 
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Bidadari-bidadari) 
yang jelita, putih bersih, dipingit di dalam rumah." (Ar-Rahmaan, 55: 70,71 & 
72) 

 
---------------------------------
Sponsored Link

Mortgage rates near 39yr lows. $510,000 Mortgage for $1,698/mo -   Calculate 
new house payment

Kirim email ke