Assalamualaikum.. > Saya berminat untuk menjalankan perniagaan berkaitan dengan roti dan juga makanan lain. > Tujuannya untuk membekalkan makanan yang terjamin "HALAL" kepada umat Islam > Berikan Komen Tuan haji ** Tempoh masa latihan yang akan diberi ** Bayaran yang dikenakan untuk mengikuti latihan tersebut ** Pengalaman pasaran & pemasaran > Saya akan hubungi Tuan Haji selepas saya kembali ke Malaysia nanti > Sekarang saya berada di Jepun > Bulan December nanti, saya kembali.
Terimakasih -----------------------------21.11.2006------------------------------------- > Sudah sampai masa orang islam menguruskan makan minuman orang Islam. > Orang kafir tak akan baik hati menjaga hati orang Islam. > Kini ada institusi latihan cake dan bakery orang Islam diBangi Selangor. > "BuleCollar Institute" ada francaise sendiri.bagi yang berminat atau > tolong sebarkan : > Hubungi : Tn Hj Basharuddin > Tel: 019 2621533 > > syukran > > pa ' shaik > > *********************************************************** > > > > ----- Original Message ---- > From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> > To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> > Sent: Tuesday, October 31, 2006 1:27:06 PM > Subject: Help Palestine [hidayahnet] Isu Roti Kotor Hi 5- Perbincangan > PPIM dengan Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz > > Date: Tue, 31 Oct 2006 08:24:11 > Subject: Fwd: Isu Roti Hi 5- Perbincangan PPIM dengan Datuk Abu Hassan > Din Al-Hafiz > > Fikir2kan > > Subject: FW: Isu Roti Hi 5- Perbincangan PPIM dengan Datuk Abu Hassan Din > Al-Hafiz > Importance: High > > Assalamualaikum. > > > Moga penjelasan ini dapat memberikan kebenaran sebenarnya pada kita semua. > > Sampaikan pada semua saudara2 Islam kita,sanak saudara,keluarga dan rakan2 > akan hakikat kebenaranya. > > Sila lihat laman web rasmi PPIM seperti dinyatakan dibawah; > > <http://www.muslimco nsumer.org. my/ppim/news. php?extend. > 250>http://www.muslimco nsumer.org. my/ppim/news. php?extend. 250 > > > Dan sungguh orang-orang kafir yang sebelum mereka (kafir Mekah) telah > mengadakan tipu daya, tetapi semua tipu daya itu adalah dalam kekuasaan > Allah. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri, dan > orang-orang kafir akan mengetahui untuk siapa tempat kesudahan (yang baik) > itu. Ar-Raad; ayat 42 > > > Wassalam > > > BERSAMA JERNIHKAN SUASANA MENJELANG SYAWAL PPIM - DATUK ABU HASSAN DIN > > KUNJUNGAN HORMAT PPIM DAN PERBINCANGAN HATI KE HATI DENGAN YANG BERBAHAGIA > DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ. > > . > > Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita > semua ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah > S.W.T dan satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan > kemelut yang melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti > Silverbird High 5. Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato > Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham > Pengarah Sekretariat dengan Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai > Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 > Oktober, 2006. > > hassan_din.jpg hassan_din_1. jpg > > Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan > Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya > duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta > membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua > belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah. > > Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak > bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang > lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa > hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, > dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan > penuh rasa insaf dan tawadduk. > > > Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur > malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas > sikap professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai > Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan. > > > Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa > perkara-perkara berikut adalah nyata: > * Dato' Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah > MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah > kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI. > * Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PERIBADI > dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar > prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum > memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama > ini. > * Dato' Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, > PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato' Abu Hassan Din berkenaan sehingga > dilihat seolah-olah Dato' Hassan memihak kepada syarikat dan menuding > kepada ummat Islam sebagai zalim. > * Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO' HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah > perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan > syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, > KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato' Abu Hassan secara > peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana. > * Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN > MEMBERI KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato' Hassan selaku > Ulamak yang amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan > segera akan diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta > syarikat menarik balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT. > * PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN > SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau berikan. > * PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA SILAP > TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di laman web > ini supaya Y. Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau > 'malice' terhadap beliau. > * PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa > wujud jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan > berlaku sedikit rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya > telah diselesaikan dengan semangat ukhuwah dan jihad Islam. > * Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK > DIBERIKAN GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan > menimbulkan banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk > berkenaan. > * Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN > SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA > PENGGUNA YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN > PRODUK MEREKA YANG AMAT KOTOR. > * SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI > DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH > DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU > MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA > TIDAK DIPATUHI SEBELUM INI. > * Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 > tahun, tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi > pelbagai peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah > kesemuanya JELAS, BENAR DAN NYATA. > * PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak babi > dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan diprecayai didalangi dan dirancang > oleh SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap > isu sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai > perniagaan telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka > melakukan. Bayangkan kalau isu minyak babi tidak wujud dalam kes serbuan > ini! > * Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan > berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional > dan mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua > perkara yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan > dinafikan sekeras-kerasnya. > > Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan para pelayar laman web > ini khususnya dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan > memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan > buruk pihak pengurusannya. > > Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak > lagi memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah > polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi. > > Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN > AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA > TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain > supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah > harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika > akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu.. > > Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan > hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan > kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga > dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM. > > Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:- > > * Fikir, lihat, semak, fahami, tanya. Apa yang kita lakukan haruslah > memberi menfaat kepada Ummah; > * Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara. Bersatu di atas persamaan > dan ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus > saling bantu membantu dan kasih mengasihi; > * Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam > walaupun agak susah sedikit; > * Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu > sesama kita walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah > yang membawa kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia; > * Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di > mana mungkin; > * Jangan beli produk yang kotor; > * Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau > membantu musuh Islam; > * Cari syarikat yang "Muslim Friendly Organisation (MFO)" jika berurusan > dengan syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll; > * Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka > terhadap keperluan Islam; > * Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka > boleh menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan > datang!; > * Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam > jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain > seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia > jika tiada syarikat roti 100% Islam. > > Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha > membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, > restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, > peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, ...... > > " Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah > adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar..." > > Sekian terima kasih. > > - PPIM > > > Yahoo! Photos NEW, now offering a quality print service from just 7p a > photo. > > > > " > > > > ____________________________________________________________________________________ > Do you Yahoo!? > Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta. > http://new.mail.yahoo.com
