Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, 
kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. 
Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita 
tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal 
suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang 
disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana 
merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh 
kehidupan mereka.

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih 
mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula 
mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum.  Apabila cinta tidak 
tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke 
alam bebas lagi.  Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan 
kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.

Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang 
tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, 
kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak 
seharusnya ada.  Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang 
telah kita buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan 
tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih 
berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. 
Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi 
mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta 
itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat 
mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya 
di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti 
mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia 
apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai 
seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti 
kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati.  
Lebih baik menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang 
yang sedia ada.  Kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling 
menyakiti hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah cinta yang 
tidak kita sedari.




by,
Myelina Tashiro.

 
---------------------------------
Sponsored Link

Degrees online in as fast as 1 Yr - MBA, Bachelor's, Master's, Associate -   
Click now to apply

Kirim email ke