------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful 7 Zulkaedah 1427 / 29 November 2006 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kandungan: - Aktiviti akan datang - Ringkasan - 4 - Bantuan Sumbangan - 3 - Iklan Umum - 2 - Aktiviti akan datang - Detail - 4 Kunci: MYS - Malaysia <<<<<<<<<<<<<<<<<< Aktiviti akan datang - Ringkasan >>>>>>>>>>>>>>>>>> Kem Remaja Islam WORLD - Seremban, MYS, 1-3 Disember MALAM AMAL PALESTIN anjuran RICOI - UIA, PJ, MYS, 1st December KURSUS SOLAT (REMAJA DAN DEWASA) SIRI PERTAMA, Shah Alam, MYS, 10 Disember PERSIDANGAN SISWAZAH ISDEV II - USM, Penang, MYS, 12 - 13 Disember <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Bantuan Sumbangan >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Rayuan Qurban Eidul Adha & Aqiqah 1427H Palestin Mindanao Selatan Thailand Sri Lanka Kemboja Jogjakarta Aceh/Meulaboh Afghanistan Saudara Bara Maklumat lanjut: http://qurban-aqiqah.jim.org.my/ ************************************************************************************* Assalamualaikum wrt. Sekolah Rendah AlAzhar telah diasaskan pada tahun 1989. Ia bermula dari sebuah rumah berkembar kepada sebuah banggunan kayu dua tingkat sehinggalah ke tapak kompleks sekarang di Jitra Kedah. Pada tahun 2006 Sekolah Menengah AlAzhar (berasrama) pula telah dimulakan. Tapak kompleks ini seluas 26 relung adalah hasil sumbangan orang ramai. Kini sekolah ini mempunyai murid seramai 500 orang. Kewujudan masjid yang akan dibina ini bukan sahaja akan dimanfaatkan oleh pelajar dan kakitangan sekolah, tetapi juga oleh masyarakat disekitarnya, khususnya bagi sembahyang berjamaah dan kelas pengajian. Masjid ini boleh memuatkan 1000 orang jamaah. Buat masa ini sembahyang dan aktiviti ibadah dilakukan di banggunan kantin sekolah. Mereka yang berminat untuk membeli wakaf ini sebagai pelaburan jangkamasa akhirat bolehlah menghubungi Ustaz Dr Wan Ab Rahman (01944415940) atau Tn Hj Nasiruddin Abdullah (0194746657). Akaun pembangunan masjid adalah seperti berikut: Nama: Sekolah Rendah Al Azhar Bank Islam Jitra: 02 039 0201 0682 Sila maklumkan sumbangan dengan menghubungi kami: [EMAIL PROTECTED] Saya mempunyai brosur rasmi mengenai projek ini tatepi tidak dapat disertakan kerana fail yang besar. Sesiapa yang berminat untuk melihat brosur ini dapat hubungi email di atas. Jazakallah Khairan. Wassalam JK Wakaf Masjid AlAzhar. ************************************************************************************* RM1 setiap bulan kepada Palestin Masukkan derma anda ke dalam akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 12113010005797 http://palestinkini.info/ <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Iklan Umum >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> We are in the process of launching Malaysian-based toolbar [for IE and Firefox]. There will be lots of handy links in the toolbar, and user-friendly too. I am inviting all islamic organisations/societies/charities based in Malaysia/Singapore/Brunei to email me the following details to be included in the toolbar soon to be released. Name of the society: URL: Contact person [ie email]: Moderator Hidayahnet [EMAIL PROTECTED] ************************************************************************************* Anda boleh masukkan produk jualan kedalam web wanita JIM dan berikan sedikit keuntungan kepada Wanita JIM bila dapat buat jualan melalui website wanita. Yang diperlukan gambar produk, harga dan juga sedikit keterangan Sila emelkan pada saya untuk di muatkan kedalam kedai online Wanita JIM. Hanya produk yang diluluskan oleh ajk akan di masukkan. http://wanita.jim.org.my/kedaiwanita.htm Dr Suriya [EMAIL PROTECTED] <<<<<<<<<<<<<<<<<<< Aktiviti akan datang - Detail >>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Sertai Kem Remaja Islam WORLD ( Work Optimum Raise LeaDership ) Tempat : Taman Awam Rimba Rekreasi, Seremban, N.Sembilan Tarikh : 1 - 3 Disember 2006 ( Jumaat - Ahad , 3 hari 2 malam ) Yuran : CUMA RM 30 sahaja ( Tempat Terhad - "First Come First Serve" ) Masa pendaftaran : 3 ptg , Jumaat 1 Disember 2006 Antara aktiviti yang dijalankan : Mencari Maruah & Harga Diri Ku , Outdoor, Motivasi dan Pelbagai !!! Anjuran : Kelab Remaja JIM Maklumat lanjut hubungi : Puan Jawiyah 012-3279161 Sdr Muhannad Hj Jamil 017-6149192 ************************************************************************************* MALAM AMAL PALESTIN anjuran RICOI JAMUAN MAKAN MALAM dan ceramah oleh Dr.Chandra Muzaffar-"WHAT HOPE PALESTINE?" BERSAMA KITA BANTU RAKYAT PALESTIN 1 Disember, 2006 Dewan Al Malik Faisal, UIA (Pusat Matrikulasi), Jalan Universiti, Petaling Jaya. Sila hubungi Urusetia RICOI: Talipon: 03-77273092(Pejabat) H/P: 013-2284349(Anwar), 012-6986057(Adam/Hafsah), 013-3595740(Sakina) Email: Urusetia http://www.ricoi.org/ ************************************************************************************* Tahukah anda bagaimanakah untuk menunaikan solat ketika sakit? Ketika berada di atas kapal terbang dan keretapi? Apakah tindakan anda apabila perkara dharurat berlaku ketika anda solat? Adakah anda khusyuk di dalam solat anda? Apakah yang berbeza antara solat lelaki dan perempuan? Bagaimanakah solat membentuk peribadi anda? Untuk menjawab persoalan-persoalan seperti berikut sila baca maklumat di bawah. KURSUS SOLAT (REMAJA DAN DEWASA) SIRI PERTAMA Tema : Solat sempurna peribadi mulia Tarikh : 10 Disember 2006 Hari : Ahad Tempat : Surau Najahiyyah, Jln Batas 19/6, Seksyen 19 Shah Alam Masa : 8.00 hingga 5.00 petang Objektif : 1- Memahami hakikat dan kepentingan solat bagi seorang muslim 2- Mendalami persoalan berkaitan solat-solat fardu dan sunat 3- Persediaan ilmu bagi seorang muslim ketika waktu sukar untuk menunaikan solat Penceramah : 1- Ustaz Md. Aleh Solehin b. Ahmad Sidiki (Ba. Hons Syariah Islamiah Universiti Damsyik Syiria) 2- Ustaz Khasful Anuar b. Ahmad (Ba. Hons Usuluddin Universiti Al-Azhar) 3- Ustaz Husni Zaim b. Muhammadan (Ba. Hons Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar) Anjuran : PAKSI Yuran : RM 30.00 (dewasa) RM 20.00 (remaja @ pelajar) Tarikh tutup pendaftaran selewat-lewatnya sebelum : 5 Disember 06 Sasaran : Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat, pelajar sekolah dan remaja yang berumur 17 tahun ke atas. Pendaftaran: Hubungi nombor di bawah atau email ke [EMAIL PROTECTED] dan Buat bayaran ke akaun BCB no. 12260004495051 atas nama Sarjana Resources dan fakkan slip ke 03 78439157. Bawa slip asal pada hari kursus. Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Ustaz Zamil : 013-3445790 Ustaz Amri : 016-2021114 Ustaz Husni : 019-2738581 ************************************************************************************* JEMPUTAN MENYERTAI PERSIDANGAN SISWAZAH ISDEV II Tarikh: 12 - 13 Disember 2006 Tempat: Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Website: http://www.geocities.com/ipg2conference/ Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Sains Malaysia akan mengadakan Persidangan Siswazah ISDEV II pada 12 -13 Disember 2006 di Bilik Ibnu Khaldun, IPS, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu kami berbesar hati menjemput semua calon dan bakal calon Ijazah Tinggi di mana-mana Pusat Pengajian yang akan, sedang dan telah melakukan kajian yang berkaitan dengan Islam membentangkan kajian masing-masing atau menyertai Persidangan Siswazah ISDEV II ini. Selain daripada itu, kami juga ingin menjemput para graduan yang telah menyelesaikan pengajian peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah pada tahun 2005 untuk menyertai pencalonan bagi Anugerah Tesis Sarjana Terbaik ISDEV 2006 dan Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik ISDEV 2006 yang akan dikurniakan di Persidangan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.geocities.com/ipg2conference/ Atau hubungi talian 013-428 1960, atau 04-653 2655 atau 019-442 5550 atau 04-653 3422. Fadzila Azni Ahmad Urusetia Persidangan <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Islamic_Board >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ Subscribe: [EMAIL PROTECTED] HOW TO ADVERTISE - This is a responsible information based e-mail. Untuk mengiklankan Islamic aktiviti anda, sila hantarkan "sekurang-kurangnya" perkara berikut [dalam text format] kepada [EMAIL PROTECTED]: Nama event, alamat lengkap tempat [termasuklah negara], tarikh, masa, sedikit detail mengenai aktiviti tersebut dan contact detail penganjur. Aktiviti anda perlu diterima oleh Islamic_Board sebelum 11pm pada setiap Selasa [Malaysia Time], untuk dimasukkan kedalam email mingguan yang dihantar oleh Islamic_Board pada setiap hari Rabu. Sebarang attachment yang dihantar ke Islamic_Board tidak akan disiarkan. Yang berikut juga tidak akan diterima: - MLM/SPAM - Iklan perniagaan - Pelawaan ke egroup-egroup yang lain ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ DISCLAIMER Islamic_Board [Malaysia Islamic Events and Notices] does not take responsibility for any of the events, notices or comments, presented in this email, other than its own. Those who are interested in taking part in any event or enquiring about a particular notice, should contact the appropriate organisations or individuals. This email is offered as a community service, and is compiled weekly on a best endeavours basis. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ AFFILIATES: Hidayahnet Website: http://hidayahnet.multiply.com For general discussion group,please join: Hidayahnet eGroup : http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
