Wa'alaikum salaam

Kalau sahabat anda berhajat nak beli rumah, apa yg dia perlu buat ialah first 
of all kena decide samada nak beli rumah terus dari pemaju atau rumah sub-sale 
(2nd hand). Kalau terus dari pemaju adalah lebih mudah. 

Setelah lokasi dan jenis rumah yang ingin dibeli telah dikenalpasti. Kepada 
pihak pemaju, yg diperlukan hanyalah deposit. Jumlah deposit bergantung kepada 
pemaju itu sendri. Ada yg hanya RM1000, RM5000 dsbg. Selain dari itu pemaju 
perlukan photocopy IC. pembeli kemudiannya perlu sign Sales & Purchase 
Agreement dan membayar 10% dari harga rumah dalam masa 14 hari dari tempoh 
pembelian. Dalam masa yg sama, pembeli juga perlu source for loan. Biasanya 
pemaju akan tolong pembeli utk submit kepada bank. 

Document yg diperlukan utk loan ialah photocopy IC, 3 bulan payslips, EA atau J 
form, EPF statement, Bank Statement dan lain2 documents yg pihak bank pikirkan 
perlu utk mengukuhkan income pembeli. Loan approval cukup pantas skg. Biasanya, 
kalau tak ada apa2 masalah, result bleh dapat dlm masa seminggu. 

Untuk pengeluaran KWSP bagi bayaran bakibeza (perbezaan diantara harga rumah 
dan jumlah loan), apa yg diperlukan ialah salinan Sales & Purchase Agreement 
dan juga salinan loan letter offer atau loan agreement dari pihak bank.  

Untuk legal fee, akan wujud 2 bayaran guaman, iaitu pembeli dan pemaju (Sales & 
Purchase Agreement) dan pemaju dan bank (Loan Agreement). Pemaju biasanya akan 
bayar S&P legal fee bagi pihak pembeli. Tapi ada juga pemaju yg tidak ada pakej 
ini. Untuk loan legal fee, ini kena bayar sendiri atau pembeli boleh pilih bank 
yg ada pakej Zero Cost, iaitu legal fee dah dipakejkan kedalam loan. Kalu yg 
ni, interest dia mahal skit. 

Secara kasarnya macam tu la keadaannya. kalau nak go into details,  byk le 
benda lagi. 

Jafri Abu Bakar



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Tuesday, November 21, 2006 9:50:00 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pasal rumah

Assalamualaikum. ..w.b.k.. .

Ader satu soalan yang ingin saya kemukakan... .perihal kawan saya yang ingin 
membeli rumah....boleh saya tahu apa kriteria2 yang perlu kita kaji atau 
selidik dulu sebelum membeli rumah...contohnya berkenaan dengan dokumen atau 
EPF ker atau sebagainya.. ..:)

Minta tolong ye...terima kasih.

Wassalam.

Rgds,
Ismahani





 
____________________________________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com

Kirim email ke