Assalamualaikum...
 
MUHASABAH DIRI.
Pertama saya amat berterima kasih kepada golongan-golongan yang masih 
memikirkan, menjaga dan mengambil berat terhadap agama, bangsa dan tanahair 
kita. Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah muhasabah diri kita 
sendiri sebelum menuding jari ke arah orang lain. Bangsa kita dan agama Islam 
kita kebelakangi ini telah menerima tekanan yang cukup hebat bukan saja di 
Malaysia sendiri malah di dunia, pernahkah kita fikirkan ini? Mungkin kita 
berfikir seketika tetapi disebabkan kita terlalu sibuk dengan tugas 
masing-masing atas dunia ini kita kembali lupa tentang perkara yang sejenak 
melintas dalam kotak pemikiran tadi. Tetapi kita tidak terlupa waktu makan cuba 
kita bayangkan tahap kita ditindas, bagaimana pula kalau yang yang berada di 
IRAQ,PALESTIN,LUBNAN dan negara-negara Islam yang lain diserang dengan kejam 
adalah terdiri dari ahli keluarga terdekat kita? Tentu sedih bukan, tetapi ini 
adalah dugaan dari Allah swt.
 
BERSATU.
Marilah kita contohi cina(bukan sokong pun tetapi sebagai panduan) mereka jugak 
ada yang iri hati sesama mereka tetapi kebanyakkan mereka bersatu disebabkan 
itulah mereka boleh mendapat kejayaan, jika umat Islam boleh bersatu Insyallah 
kita juga dapat mengecapi kejayaan. Sewaktu perang di Iraq kita begitu 
memikirkan tentang sedara Islam kita disana yang ditembak, dibom, dibunuh 
dengan kejam dan berbagai bentuk penyeksaan dari puak kafir Laknatullah tetapi 
Alhamdulillah masih ramai orang Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan sama 
ada wang ringgit, pakaian dan lain2. Tetapi di tempat kita juga jangan lupa 
kita juga diserang tapi diserang dalam bentuk pemikiran(minda) kita dihasut 
oleh puak kafir Laknatullah. Isu murtad, maksiat, anak-anak muda hidup dalam 
huru hara, sosial, sex bebas, dadah, jenayah dan lain-lain pernahkah kita fikir 
untuk bertindak membendung perkara ini? Kita tidak boleh hanya mengharapkan 
pihak berkuasa tetapi kita sebagai umat Islam juga perlu bertindak
 dalam membendungkan gejala-gejala ini kerana ia juga salah satu daripada 
Jihad. 
 
HALAL DAN HARAM(H&H).
Kebanyakkan kita juga telah lupa termasuk diri saya sendiri, disini ingin saya 
menyedarkan diri saya dan berkongsi pendapat dengan seluruh umat Islam yang 
lain. Adakah kita mengambil berat tentang halal dan haram(H&H)? Jika disebut 
H&H ini kebanyakkan kita hanya berfikir kearah makan dan minum sahaja tetapi 
adakah kita memikirkan tentang pendapatan kita? Pendapatan yg dimaksudkan 
adalah kejujuran kita dalam bekerja sebagai contoh masa kerja kita hingga jam 5 
ptg tetapi kita sengaja tidak punch kad pada ketika itu semasa hendak balik, 
malahan berpesan kepada kawan kita supaya tolong punch kad kita pada waktu 
kawan kita itu hendak balik pada pukul 7 ptg nanti, ini bermakna kita telah 
dapat 2 jam upah lebihmasa padahal kita tidak menjalankan kerja lebihmasa itu 
tetapi tetap juga menikmati imbuhan itu adakah anda terfikir perkara ini? Jika 
sehari 2 jam didarab dengan RM10.00 didarab dengan 10hari kita berbuat 
begini(2jamxRM10=RM20x10hari=RM200) dua ratus ringgit kita dapat
 banyak tu.... RM 200.00 itu pula kita gunakan untuk belanja makan, maka darah 
daging kita juga telah tercemar, bagi yang berkeluarga pula menggunakan wang 
itu untuk perbelanjaan anak-anak adakah anda memikirkan tentang nasib anak anda 
yang bakal tiba? Bila suruh mengaji anak tak pandai, sekolah pun tak pandai, 
hidup pulak sesetengah itu menjadi sosial, mat rempit, bila ditegur melenting 
adakah anda fikirkankan kenapa mereka ini jadi begitu salah satunya adalah 
hasil dari wang yang tidak berkat tadi.

BERUBAHLAH.
Dalam bab ini ingin saya menyentuh beberapa perkara tentang ramainya dikalangan 
orang Islam yg makan dan minum di kedai bukan Islam. Cuba fikirkan lagi 
kemanakah wang yang kita bayar untuk makan dan minum itu disalurkan adakah wang 
itu di bayar zakat? adakah wang itu dihulurkan kepada masjid dan adakah wang 
itu digunakan untuk membantu anak yatim atau miskin dikalangan Islam? Jika ada 
sumbangan pun mungkin sekadar untuk menyenangkan umat-umat Islam yang 
memerhati. Disamping itu juga kita tidak mengetahui sama ada halal atau tidak, 
makanan yang kita makan itu dan bayangkan tangan mereka memegang anjing tanpa 
disamak membuat air, roti canai, masak nasi dan lauk. Jika kita membantu 
dikalangan kedai-kedai orang Islam mereka ini mungkin melakukan semua yang saya 
sebut tadi seperti bayar zakat, membantu umat Islam yang susah, bantuan kepada 
tabung masjid, menunaikan haji dan lain-lain jika mereka memikirkan balasan 
dari Allah swt jika tidak melakukannya. Dalam menuju negara maju
 pada hari ini selain dari corak hidup budaya Islam perlu dikekalkan, kita juga 
perlu wang untuk capai tahap kemajuan ini jika kita membantu dikalangan 
kedai-kedai umat Islam Insyaallah kita akan berjaya setaraf dengan bangsa lain.


N.AZMI A.WAHAB
SEKIAN TERIMA KASIH.
ASSALAMUALAIKUM..

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke