[SN] Setelah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam diangkat menjadi Rasul, maka 
baginda telah bertungkus lumus dan bermati-matian mendakwahkan agama Allah 
kepada semua manusia. Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang hanya 
keseorangan pada waktu itu telah menentang keseluruhan aqidah, agama, 
kepercayaan, adat-istiadat, dan segala jenis ikatan yang ada di dalam 
masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah. Dengan satu kalimah tauhid, La ilaha 
illallah Muhammad Rasulullah yang dengannya Muhammad diutus, maka sesiapa 
sahaja yang memeluk agama Allah disatukan dengan satu ikatan yang kukuh. Ikatan 
ini tidak lain adalah ikatan aqidah. Ikatan aqidah yang dibawa oleh Muhammad 
ini tidak lagi mengenal dan mengiktiraf ikatan-ikatan lain yang mengikat 
manusia pada ketika itu seperti ikatan Qaumiyyah, Assabiyyah, Wathaniyyah dan 
sebagainya. Setelah manusia mengikat diri mereka dengan ikatan yang baru ini, 
maka mereka bersatu tanpa mengira kaum, bangsa, pangkat dan darjat. Maka
 terburailah segala ikatan-ikatan Jahiliyyah yang ada pada manusia, kecuali 
mereka yang masih kekal di dalam kekufuran.

Setelah memeluk agama Allah yang baru ini, maka orang-orang yang bersama dengan 
Muhammad ini telah menukar agenda perjuangan mereka. Tiada lagi perjuangan 
keluarga, kaum, bangsa dan tanahair; agenda perjuangan mereka hanyalah untuk 
Islam semata. Mereka hidup hanya untuk Islam. Ikatan mereka adalah ikatan Islam 
walaupun ada yang berkulit merah dan ada yang hitam. Mereka berpegang teguh dan 
bersatu di bawah kalimah yang sama. Mereka mendengar dan taat akan sabda Nabi 
mereka bahawa ”Bukanlah dariku orang-orang yang berkata-kata atas assabiyyah, 
berperang atas assabiyyah dan mati kerana assabiyyah”. Oleh itu, mereka hanya 
berkata-kata dengan Islam, berperang kerana Islam dan mati kerana Islam. Mereka 
memahami bahawa Muhammad diutus untuk menghapuskan segala ikatan bangsa dan 
tanahair dan menggantinya dengan ikatan Islam semata. Oleh itu, mereka telah 
menjadikan Islam sebagai agama hidup dan mati mereka. Inilah agenda perjuangan 
mereka.

Setelah Islam menjadi satu-satunya ikatan yang mengikat dan menyatupadukan 
mereka, hal ini telah menjadi keresahan dan kegelisahan kafir Quraish. Kafir 
Quraish mula memusuhi Muhammad dan pengikutnya, hanya semata-mata kerana 
Muhammad menyatukan mereka dengan ikatan yang baru ini, yang tidak membezakan 
di antara kaya dan miskin, tuan dan hamba, yang berpangkat atau tidak. Semuanya 
diikat dengan kalimah yang sama. Jika dahulu kaum Jahiliyyah ini bergaduh dan 
sanggup berperang hanya kerana ikatan kesukuan, setelah kedatangan Muhammad, 
mereka sekarang bergaduh dan ingin memerangi kelompok yang telah diikat dengan 
ikatan yang baru ini (ikatan Islam). Begitulah kebencian orang-orang kafir 
terhadap ikatan yang baru muncul ini. Kebencian ini menyebabkan mereka tidak 
henti-henti memerangi Muhammad. Kebencian ini wujud hanya kerana Muhammad 
menyeru agar manusia mengucapkan bahawa ’Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan 
Muhammad adalah Rasul Allah’. Kebencian inilah yang diwarisi
 oleh kaum kuffar sekarang. Mereka tidak sanggup dan tidak akan membiarkan umat 
Muhammad kembali bersatu di atas ikatan ini. Mereka akan memerangi mana-mana 
kelompok yang berusaha untuk menyatukan semula umat Muhammad di atas asas ini.

Wahai kaum Muslimin! Agenda perjuangan kalian adalah ISLAM! Inilah agenda 
perjuangan Rasulullah. Tidakkah kalian sedar bahawa Rasulullah itu adalah orang 
Arab, tetapi baginda tidak pernah menjadikan bangsa Arab sebagai agenda 
perjuangan? Tidakkah kalian sedar bahawa para sahabat yang mulia juga adalah 
orang Arab, tetapi mereka tidak pernah memperjuangkan bangsa mereka? Kenapakah 
kalian masih menjadikan bangsa sebagai agenda perjuangan? Kenapakah kalian 
masih ingin menjadikan bangsa sebagai ikatan yang mengikat kalian? Kenapakah 
hanya Melayu yang perlu dibantu, yang perlu diberi perhatian, yang perlu diberi 
keutamaan, yang perlu diperbincangkan? Kenapa pula bangsa Melayu yang tinggal 
di selatan Thai tidak pula dibantu atau diperhatikan? Apakah nasib bangsa 
selain Melayu tidak perlu diperhatikan, walhal mereka adalah saudara seIslam 
kalian? Inilah racun assabiyyah dan wathaniyyah yang telah menjadi kanser di 
dalam tubuh kalian. Sedarlah wahai saudaraku, kalian telah kembali
 ke zaman Jahiliyyah!

Wahai kaum Muslimin! Kaum kuffar berjaya memecahbelahkan kita apabila mereka 
menghidupkan semula api nasionalisme dan patriotisme di dalam tubuh kita. 
Ikatan-ikatan inilah yang telah menyebabkan kita terpecah kepada lebih dari 50 
buah negara. Ikatan-ikatan inilah yang menyebabkan umat Islam dan para penguasa 
mereka tidak bersatu, malah sebaliknya mereka bangga dan bermati-matian 
mempertahankan sempadan negara mereka yang palsu itu. Ikatan-ikatan kufur 
inilah yang telah menyebabkan hilangnya rasa persaudaraan dan tanggungjawab di 
dalam diri umat Islam dan para penguasa kaum Muslimin terhadap saudara mereka 
yang lain. Kerana ikatan Jahiliyyah inilah mereka hanya menjadi penonton kepada 
pembunuhan dan penganiayaan yang berlaku ke atas saudara-saudara seagama 
mereka. 

Mereka tidak lagi peduli terhadap pembunuhan dan pembantaian ke atas umat Islam 
di Palestin, Iraq, Kashmir, Chehnya dan lain-lain. Mereka hanya perlu bersyukur 
dengan kemanan yang dinikmati oleh negara mereka dan berpeluk tubuh menyaksikan 
darah ibu-ibu, kakak-kakak dan anak-anak mereka membasahi bumi Iraq, Lebanon 
dan Palestin. Mereka sedikit pun tidak melihat kitab Allah dan Hadis Rasulullah 
bahawa Allah dan RasulNya MEWAJIBKAN mereka menghantar pasukan tentera yang 
mereka miliki demi membela dan menjaga darah kaum Muslimin, di mana sahaja 
darah-darah tersebut ditumpahkan di bumi Allah ini. Para penguasa ini hanya 
menginginkan keselamatan di dunia semata-mata, tanpa memperhitungkan azab Allah 
yang pedih yang bakal menunggunya di akhirat hasil pengkhianatan yang mereka 
lakukan!

Atas dasar ini, Sautun Nahdhah kali ini sekali lagi ingin menyeru dan 
mengemukakan kepada kalian akan seruan dari Hizbut Tahrir Pusat [Nasyrah asal 
adalah di dalam Bahasa Arab dan ini merupakan terjemahan yang telah disunting 
ke dalam Bahasa Melayu]. Seruan ini ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, 
terutamanya para penguasa mereka dan pasukan tentera umat Islam agar mereka 
mendengar dan melihat rintihan serta tangisan saudara-saudara mereka yang 
mengharapkan bantuan dari mereka. Sesungguhnya seruan ini adalah sebagai 
peringatan kepada mereka yang memegang kekuasaan bahawa Allah mengamanahkan 
mereka kekuasaan bukan untuk disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, untuk 
kepentingan bangsa, tanahair, apatah lagi untuk tunduk menyembah musuh Allah, 
tetapi kekuasaan yang Allah anugerahkan kepada mereka hanyalah untuk mereka 
tunduk kepada Allah dan menegakkan agama Allah di muka bumi ini, sebelum Allah 
menjemput mereka bertemuNya pada hari yang tiada seorang pun yang berkuasa
 kecuali Dia. Maka pada hari itu, hilanglah segala kekuasaan dan kekuatan yang 
mereka miliki dan Allah akan bertanya mereka, ’Siapakah yang berkuasa pada hari 
ini?’
 
WAHAI TENTERA KAUM MUSLIMIN! TIADAKAH DI KALANGAN KALIAN SEORANG PEMBELA PUN 
TERHADAP ISLAM DAN KAUM MUSLIMIN, KEMULIAAN SERTA KEHORMATAN MEREKA?

Yahudi la’natullah telah menggerakkan Tentera Udara mereka untuk melepaskan 
beberapa tembakan ke arah wanita Muslimah di Bait Hanun, sehingga ada di antara 
mereka yang terbunuh dan tercedera. Mereka juga telah menyerang dan memusnahkan 
beberapa masjid; merosakkan tanam-tanaman dan membunuh kanak-kanak serta 
orang-orang tua di rumah-rumah mereka……sementara para penguasa kaum Muslimin 
pula hanya sibuk mengukur setakat manakah kemusnahan yang berlaku dan 
menghitung berapa ramaikah yang terkorban. Para penguasa ini hanya duduk 
menonton dengan penuh selesa akan kebiadaban dan kekejaman Yahudi tersebut yang 
membunuh wanita Muslimah dengan peluru-peluru mereka. Apa yang berlaku ini 
tidak sedikit pun menarik perhatian dan menyentuh perasaan para penguasa kaum 
Muslimin. Malah, apa yang keluar dari mulut-mulut mereka hanya berupa kecaman 
ke atas wanita Muslimah yang memprotes pembunuhan tersebut, tetapi para 
penguasa kaum Muslimin ini tidak sedikit pun menyalahkan Yahudi yang
 telah melakukan pembunuhan kejam tersebut.

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!

Masih belum tibakah masanya kalian melepaskan diri dari belenggu para penguasa 
yang telah menukarkan kemuliaan kalian menjadikan kalian kaum yang hina dan 
tiada maruah? Walhal apa yang sepatutnya mereka (para penguasa) lakukan ialah 
menggerakkan kalian menuju medan pertempuran melawan kebiadaban dan kekejaman 
Yahudi tersebut? Bagaimana mungkin tentera-tentera Mesir, Jordan, Syria dan 
Lebanon yang mempunyai kem-kem di sempadan Palestin hanya diam terpaku 
menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri para wanita Muslimah dikejar 
(untuk dibunuh) oleh kaum Yahudi? Mesir tanpa segan silu telah meminta izin 
dari Yahudi untuk menghantar pasukan petugas sempadannya ke wilayahnya sendiri, 
Rafah. Pasukan ini dihantar untuk menghalang penduduk Rafah (sebelah Mesir) 
dari membantu saudara mereka sendiri yang menetap di wilayah Rafah (sebelah 
Palestin). Padahal para tentera inilah yang sepatutnya menjaga dan melindungi 
kedua-dua penduduk dari serangan ganas dan kejam Yahudi! 

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!

Apakah tidak ada di antara kalian orang-orang yang sangat mengharap dan 
merindukan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala serta syurgaNya? Apakah tidak 
ada di antara kalian orang-orang yang ingin mencari kehormatan di dunia dan 
kemuliaan di akhirat? Apakah tidak ada di antara kalian orang-orang yang 
benar-benar ingin menjual dirinya untuk memperoleh keredhaan Allah Subhanahu wa 
Ta'ala dan bangkit berusaha mengubah kemungkaran dan kezaliman para penguasa 
itu, sekaligus menolong Allah dan RasulNya sehingga amalnya tercatat di 
lembaran-lembaran yang putih lagi bersih di sisi Allah? Apakah tidak ada di 
kalangan kalian seorang Mu'tasim yang akan menolong dan melindungi para wanita 
Muslimah ini dan menuntut bela di atas kebiadaban, kekejaman dan kezaliman 
musuh-musuh Allah ini?

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!

Sesungguhnya musuh-musuh kalian tidaklah kuat. ’Kekuatan’ yang ada pada mereka 
hanyalah disebabkan pengkhianatan para penguasa kalian sendiri yang bukan 
sekadar berdiam diri terhadap musuh, malah menyokong dan membantu musuh-musuh 
kalian untuk menghapuskan kalian. Mereka menjadikan kalian umat yang lemah dan 
takut kepada musuh-musuh kalian. Yahudi sebenarnya tidak pernah mencapai satu 
pun kemenangan dalam peperangan yang dihadapinya. Kejayaan mereka hanya muncul 
di dalam beberapa siri peperangan terancang (hasil pengkhianatan dari pemimpin 
kaum Muslimin sendiri). Kitabullah menjadi saksi akan hakikat ini, 

وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الأَدْبَارَ ثُمَّ لاَ يُنْصَرُونَ

”Dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri 
ke belakang (kalah), kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.” [TMQ 
Ali-'Imran (3):111].

Hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana dikeluarkan oleh 
Muslim, juga menjadi saksi,

«لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ وَلَتَقْتُلُنَّهُمْ»

”Kamu benar-benar akan memerangi orang-orang Yahudi dan kamu benar-benar akan 
membunuh mereka.” [HR Muslim].

Dalam riwayat lain disebutkan:

«تُقَاتِلُكُمُ الْيَهُودُ فَتُسَلَّطُونَ عَلَيْهِمْ»

”Orang-orang Yahudi benar-benar akan memerangi kamu, namun, kamu pasti akan 
mampu menguasai mereka.” 

Beberapa fakta peperangan turut menjadi saksi kepada hakikat ini:

Di dalam peperangan pada tahun 1948, sejumlah tentera yang benar-benar beriman 
kepada Allah menolak dari menyerah diri mahupun berundur dari benteng Al-Quds 
dan mereka tetap bertahan di sana dan akhirnya mereka menang. 

Di dalam Perang al-Karamah tahun 1968, sekumpulan dari tentera kaum Muslimin 
telah mengengkari arahan penguasa mereka lalu terjun ke kancah peperangan untuk 
menolong peperangan di Al-Karamah. Mereka mencapai kemenangan dan pasukan musuh 
cabut lari dengan meninggalkan beberapa buah kereta kebal. Rupanya pemandu 
kereta kebal ini (tentera musuh) diikat di tempat duduk mereka agar mereka 
tidak melarikan diri!!

Hal yang sama juga terjadi pada permulaan perang tahun 1973, di mana sekumpulan 
pejuang dari tentera Mesir menggempur kubu-kubu pertahanan Yahudi di sempadan 
Bar Lev. Tentera Syria pula berjaya menyusup masuk ke sempadan 48 (Border 48) 
di Golan, meskipun tentera Yahudi ketika itu dilengkapi dengan persenjataan 
berat. Seandainya tiada pengkhianatan dari Sadat semasa Perang Dafurs, dan 
kejahatan Hafidz al-Asad terhadap tenteranya di Golan yang membenarkan Amerika 
terlibat dengan ’perang melalui meja perundingan’, bukannya di medan 
perang..... kalaulah bukan kerana ’perundingan pintu belakang’ ini, tentulah 
hasil perang tersebut akan berbeza sama sekali.

Yang terbaru, serangan Israel pada bulan Julai 2006 di mana sekelompok tentera 
yang masih memiliki keimanan ternyata mampu menentang keganasan Israel walaupun 
perbezaan dari segi persediaan dan peralatan ketenteraan amat ketara di antara 
keduanya. 
Sesungguhnya Yahudi akan sentiasa diliputi kehinaan dan kengerian jika mereka 
menyedari bahawa sebenarnya cukup hanya dengan satu negara sahaja, tidak perlu 
bantuan negara-negara lain disekelilingnya, negara ini sudah mampu untuk 
melawan dan mengalahkan mereka. Andai saja negara Yahudi itu membayangkannya, 
pasti mereka tidak akan berani menyerang kaum Muslimin, bahkan pendudukan 
mereka di bumi Palestin pun akan turut goyah dan kucar-kacir. Mereka pasti akan 
mengalami nasib yang sama dengan orang-orang Yahudi sebelumnya. Rumah-rumah 
mereka telah dirobohkan oleh tangan-tangan mereka sendiri dan juga tangan 
orang-orang Mukmin; dan golongan yang bernasib baik dan terselamat dari 
kalangan mereka nescaya akan terusir dan lari dari Palestin.

Sesungguhnya wahai kaum Muslimin, kekuatan musuh-musuh kalian itu adalah 
disebabkan oleh pengkhianatan para penguasa kalian sendiri. Ini bukan hanya 
terjadi di Palestin, malah di setiap negeri kaum Muslimin yang diduduki oleh 
orang-orang kafir. Mereka sebenarnya tidak akan berhasil menguasai suatu negeri 
pun kecuali dengan sebab pengkhianatan para penguasa kaum Muslimin dan 
agen-agennya serta sikap berdiam-diri kaum Muslimin dari memberikan bantuan dan 
pertolongan kepada saudara seagama mereka. Kashmir contohnya, diduduki oleh 
orang-orang Hindu di mana Pakistan gagal untuk membebaskannya. Sebaliknya, 
Pakistan berusaha untuk menghancurkan gerakan Mujahidin di Kashmir 
sehancur-hancurnya. Manakala Chechnya pula berada di bawah penguasaan Rusia, 
sementara negara-negara Asia Tengah dan Azerbaijan hanya mengambil sikap 
berdiam-diri saja, tidak mahu membantu dan membebaskannya dari penguasaan Rusia 
yang begitu brutal. Adapun Afghanistan pula, tidak akan boleh ditawan oleh 
Amerika,
 melainkan dengan sebab pengkhianatan dan konspirasi keji dari penguasa 
Pakistan. Justeru itu, mungkinkah Amerika dapat menakluki Iraq seandainya 
Syria, Iran dan Turki bergerak untuk membantu Iraq? Atau seandainya sejumlah 
negara Teluk yang kecil-kecil itu tidak menjadikan wilayah-wilayah mereka 
sebagai pangkalan tentera Amerika dan Britain sebagai tempat pelancar serangan 
mereka ke atas umat Islam?

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!

Tentera kaum Muslimin adalah anak-anak kalian; semangat dan kekuatan mereka 
adalah lahir dari kalian. Mengapa kalian tidak berdiri bersama-sama mereka 
untuk mengubah para penguasa kalian yang berlutut tanpa maruah di hadapan 
musuh? Mengapakah kalian tidak bertindak membebaskan tanah-tanah kalian dan 
mengembalikan maruah kalian serta menjaga kemuliaan kalian? Sesungguhnya 
keinginan kalian dan kasihnya kalian kepada kehidupan dunia ini, hanyalah akan 
menjatuhkan kalian ke lembah kehinaan, kesengsaraan dan kepasrahan. 
Sesungguhnya itu adalah kehidupan yang benar-benar sia-sia jika kalian 
menyedarinya. 

Sesungguhnya Hizbut Tahrir menyeru kalian! 

Wahai seluruh kaum Muslimin, kami menyeru kalian dengan segala kekuatan yang 
kami miliki. Hizbut Tahrir menyeru kepada para tentera kaum Muslimin agar 
menyahut jeritan pertolongan para wanita Muslimah, menyahut tangisan anak-anak 
dan keluhan orang-orang tua yang tidak berdaya. Sesungguhnya Hizbut Tahrir 
menyeru kalian agar segera bergerak menuju medan perjuangan untuk menuntut bela 
terhadap mereka yang bertanggungjawab, di samping menyingkirkan para penguasa 
kaum Muslimin yang mengongkong kalian dan juga agen-agennya yang menghalangi 
jalan kalian. Inilah yang akan menyelamatkan kalian dari kemurkaan Allah dan 
azabNya, pada hari di mana harta kekayaan dan anak-anak tidak lagi bermanfaat 
kecuali mereka yang datang dengan hati yang tulus dan suci.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir meminta pertolongan kepada kalian agar kalian 
berdiri bersama-samanya untuk mengembalikan Khilafah ar-rasyidah ’ala minhaj 
nubuwwah..... agar kalian menjadi golongan yang terpimpin di atas kebenaran, 
sebagaimana pimpinan Khulafa' Rasyidin, al-Mu'tasim, Salahuddin al-Ayubi. Di 
saat inilah, tidak akan ada seorang kafir pun yang menyentuh seorang wanita dan 
akan terselamat dari perlakuan buruknya (apatah lagi menembak wanita Muslimah). 
Hanya dengan inilah kalian akan kembali menjadi umat yang terbaik yang 
dilahirkan untuk manusia.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا 
دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ 

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan RasulNya apabila 
Rasul menyeru kamu pada suatu yang memberikan kehidupan kepada kamu.” [TMQ 
Al-Anfal (8):24].

13 Syawal 1427H / 4 November 2006M
HIZBUT TAHRIR

SN Keluaran - 17 Nov 2006 
Sumber - www.mykhilafah.com






Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.


Check out the all-new Yahoo! Mail beta - Fire up a more powerful email and get 
things done faster.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke