DALAM ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2006, Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi sekali lagi menekankan aspek penjanaan modal insan berkualiti. Lebih 
menarik, penggunaan istilah 'Ulul-Albab' yang buat pertama kali diungkapkan 
oleh seorang Perdana Menteri untuk memperjelaskan maksud modal insan 
berkualiti. Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 menggariskan 8 
teras Dasar Pembangunan Modal Insan merangkumi penambahbaikan sistem 
penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan 
dilaksanakan di samping penekanan terhadap pembangunan kemahiran usahawan. 
Hakikatnya usaha itu pasti menemui kegagalan kerana sudah terbukti selagi 
kerajaan Malaysia masih lagi berkiblat kepada mabda' (ideology) kapitalisme, 
maka selagi itu apa sahaja rancangan akan menemui jalan buntu. Kerajaan sering 
menggunakan istilah-istilah dan slogan-slogan tertentu sebagai sebahagian 
daripada propaganda untuk menunjukkan kehebatannya. Termasuk istilah modal 
insan. Dr. Asyraf
 Wajdi Dusuki, salah seorang penyokong kuat usaha Perdana Menteri dalam aspek 
modal insan ini mengakui bahawa semakin banyak kita berbicara mengenai hala 
tuju negara makin banyak berita sedih mengenai generasi muda terjebak dengan 
pelbagai krisis nilai dan identiti didedahkan. Semakin banyak kita berbicara 
mengenai pencapaian ekonomi dan teknologi, semakin banyak orang Melayu yang 
didedahkan tersungkur dalam kecelaruan moral dan konflik akal budi.

Hakikatnya walau apa slogan yang diwar-warkan hakikat sebenar modal insan di 
Malaysia adalah sebaliknya. Walaupun kerajaan Malaysia telah menubuhkan 
Institut Integriti Malaysia dan melancarkan Pelan Integriti Nasional pada April 
2004 di dalam usaha untuk memerangi rasuah, tetapi rasuah semakin menjadi-jadi. 
Muhammad Hisyam Mohamad, Fellow Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut 
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dalam artikelnya Usaha Terap Nilai Murni Mesti 
Dipergiat (Berita Harian, 23 November 2006) mengakui kegagalan kerajaan untuk 
memerangi gejala rasuah setelah Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2006 (CPI 2006) 
dikeluarkan oleh Transparency International. Kajian itu menunjukkan terdapat 
kemerosotan berbanding keputusan laporan tahun 2003, 2004 dan 2005. Berdasarkan 
CPI 2006, rasuah semakin meningkat di Malaysia berdasarkan kedudukan Malaysia 
yang jatuh dari tangga ke 44 dunia berbanding tangga ke 39 untuk 2005 dan 2004, 
serta tangga ke 37 untuk 2003. Laporan itu
 menunjukkan masyarakat memandang rasuah semakin meningkat di Malaysia. Laporan 
kajian persepsi oleh The Business Ethics of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama 
University of Nottingham Malaysia dan Kolej Universiti Binary juga menunjukkan 
ketidakpercayaan masyarakat Malaysia terhadap 15 bidang kerjaya. Antara kerjaya 
yang dikaji ialah doktor, guru, professor, menteri, pemimpin perniagaan dan 
ahli politik. Keputusan laporan BEIM menunjukkan tahap kepercayaan responden 
terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan menteri adalah rendah sekali. 
Hanya 11 % masyarakat percaya kepada ahli politik, hanya 16 % percaya kepada 
pemimpin perniagaan (tokoh korporat) dan hanya 20 % percaya kepada menteri. 
Oleh itu ahli politik, pemimpin perniagaan menduduki senarai tiga terbawah 
berbanding doktor (72%), guru (67%), dan profesor (58%) menduduki senarai tiga 
teratas. Laporan Bank Dunia 2006 mengenai Worldwide Governance Indicators 
melaporkan tahap pencapaian Malaysia bertambah buruk
 sepanjang 10 tahun kebelakangan ini khususnya dalam aspek kecekapan kerajaan, 
kawalan rasuah dan prinsip pertanggungjawaban. 

Di dalam Islam, modal insan sebenar merujuk kepada Syakhsiah Islamiyyah 
(keperibadian Islam). Keperibadian setiap manusia terdiri dari aqliyah (cara 
berfikir) dan nafsiyah (cara bersikap). Keperibadian tidak ada kaitannya dengan 
bentuk tubuh, perhiasan, dan yang seumpama dengannya. Semua itu hanya 
penampilan luaran belaka. Adalah dangkal untuk berfikir bahawa perhiasan 
merupakan salah satu faktor utama keperibadian atau mempengaruhi keperibadian. 
Islam memberikan penyelesaian berasaskan aqidah, yang dijadikan sebagai kaedah 
berfikir, dan di atas aqidah tersebut dibangunkan seluruh pemikiran, dan 
dibentuk mafahimnya (pandangannya). Ini membolehkannya membezakan pemikiran 
mana yang benar dan pemikiran mana yang salah. Memiliki Nafsiyah Islam bermakna 
menjadikan seluruh kecenderungan (muyul) bertumpu kepada asas Islam iaitu 
menjadikan Islam sebagai kayu ukur terhadap seluruh pemenuhan keperluan jasmani 
mahu pun naluri. Keunggulan Syakhsiyah Islamiyyah memang tidak dapat
 disangkal lagi telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkemuka yang memiliki 
modal insan yang cemerlang. Sejarah telah membuktikan apabila Khilafah dalam 
sejarah lebih 1,300 tahun kewujudannya telah melahirkan modal insan yang 
dikagumi seluruh pelusuk dunia. Seseorang yang dikurniakan akal yang genius 
sekalipun jika tidak mempunyai mabda' Islam yang dipegang sebagai kayu ukur 
berfikir dan bertingkah laku, belum boleh digelar sebagai seorang yang 
bersyakhsiah cemerlang atau memiliki modal insan cemerlang. 

Wallahu a'lam 
Sumber : www.mykhilafah.com


 
____________________________________________________________________________________
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
http://new.mail.yahoo.com

Kirim email ke