*??? ???? ?????? ??????

*

/Assalamu'alaikum wbth./

Tuan/puan dijemputan menyertai projek penulisan buku PTS Islamika. Maklumat projek adalah seperti dibawah.


*Siri ' 500 Soal-jawab Agama'*

*Pengenalan*

Siri ini memberi fokus kepada himpunan soalan-soalan tentang agama dalam pelbagai bidang dari persoalan paling asas. Satu judul membincangkan satu bidang dan skop ilmu Islam. Siri ini ditujukan kepada pembaca umum yang ingin mendapat jawapan ringkas tentang A-Z dalam bidang-bidang agama.

*Objektif*

  1. Mendekatkan pembaca umum dengan ilmu-ilmu agama
  2. Menerangkan ilmu-ilmu agama dengan bahasa mudah
  3. Membekalkan pembaca umum dengan rujukan asas agama yang lengkap
     dan ringkas
  4. Memudahkan pembaca mengamalkan dan menghayati cara hidup Islam
     dalam kehidupan seharian

*Kumpulan Sasar*

   *

     Pembaca umum dewasa yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan
     Islam dalam bahasa Arab.

*Skop Perbincangan (kandungan)*

   *

     Soalan-soalan dari peringkat paling asas kepada petengahan.

   *

     Jawapan yang diberikan adalah secara RINGKAS dan MUDAH difahami.
     Hujah perlu disokong :

* nas al-Qur'an / Hadis Sohih (nyatakan perawi hadis jika menggunakan hadis) /atau /

* qiyas atau pendapat majoriti sarjana /atau/

* pendapat sarjana besar yang kuat mengikut pandangan penulis.

* jawapan berkaitan aqidah perlu berdasarkan pandangan /Ahli Sunnah Wal-Jamaah/

*Kriteria Penulis*

Penulis boleh secara individu atau berkumpulan. Setiap kumpulan adalah seramai 2-3 orang ahli.
Kriteria penulis :
A. /Individu/ - mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian Islam sekurang-kurangnya peringkat ijazah sarjana. B. /Berkumpulan/ - ketua kumpulan perlu sekurang-kurangnya mempunyai ijazah sarjana dalam pengajian Islam, manakala ahli kumpulan sekurang-kurangnya mempunyai ijazah sarjana muda dalam pengajian Islam.

* Penulis muda yang mempunyai ijazah minimum juga digalakkan melantik seorang pakar rujuk yang mempunyai kelayakan ijazah PhD atau pakar rujuk terkenal dalam ilmu Islam (mufti, pensyarah kanan, professor madya, etc).


*Spesifikasi Buku Siap*

Saiz : 6" x 9"
Muka surat : 300 - 352 hlmn
Cadangan Harga : RM 32.50

*Format Manuskrip penulis hantar*

Saiz : A4
Font : Saiz 11, Times New Roman, Double Spacing
Minimun halaman : 310 - 331 halaman penuh
Jumlah Perkataan ` : 90, 800 patah perkataan (min)

*Skop/Tema*

              1. Puasa
              2. Haji & Umrah
              3. Zakat
              4. Kekeluargaan
              5. Muamalat
              6. Sembahyang
              7. Fiqah Wanita
              8. Ketuhanan (Aqidah)

Tema-tema lain yang difikirkan sesuai boleh dicadangkan kepada editorial PTS Islamika [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

Individu yang berminat menyertai projek ini boleh menghubungi editor PTS Islamika untuk maklumat lanjut atau terus menghantar proposal ringkas berkenaan judul yang ingin di tulis. Kandungan proposal ringkas ini adalah :

1. Tema / skop
2. Rangka kandungan - (bab-bab utama)
3. Anggaran tempoh menulis manuskrip dan tarikh akhir penghantaran manuskrip
4. Maklumat penulis (Nama, Alamat, Email, HP, Kelulusan, Pekerjaan, Pengalaman Menulis - jika ada) 5. Lampirkan Contoh penulisan tidak kurang daripada 3 halaman penuh (contoh 5-10 soalan & jawapan)
6. Nyatakan jika menggunakan khidmat pakar rujuk

Emailkan proposal kepada Editor PTSI, Cik Firdaus [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> .

Penulis yang berminat digalakkan menyertai bengkel penulisan yang dianjurkan oleh PTS Islamika dari semasa ke semasa. Sila layari laman web <www.pts.com.my <http://www.pts.com.my/>> untuk informasi aktiviti PTSI.




--

/Best Wishes & Warmest Regards.../

*FARIS BIN HASBULLAH*
Mobile  : +6019-286-2600
Email     : [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

/(Editorial Office)/
*PTS Islamika*
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur. Malaysia
Office : +603.4142.7416/3 Fax : +603.4142.7415 Email: [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>

/(Head Office)/
*PTS Publications & Distributors Sdn Bhd*
No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6,
68100 Batu Caves, Selangor. Malaysia
Office : +603.6188.0316 Fax : +603.6189.0316 *Url : **www.pts.com.my* <http://www.pts.com.my/>/

/*Kumpulan Syarikat PTS:-*/
/* PTS Consultants Sdn Bhd - /Latihan & Konsultasi//
/* PTS Publications & Distributors Sdn Bhd - /Jualan, Edaran & Pemasaran//
//* /PTS One Sdn Bhd - /Kanak-kanak & Kreatif Remaja Awal//
/* PTS Millenia Sdn Bhd - /Pembangunan Diri, Kesihatan, Kekeluargaan, Islam Kontemporari//
/* PTS Professional Publishing Sdn Bhd - /Pengurusan, Bisnes, Pendidikan//
/* PTS Paperback Sdn. Bhd. - /Edisi Ekonomi
/* PTS Islamika (imprint) - /Khazanah Ilmu-ilmu Islam Dengan Wajah Moden//
/* PTS Fortuna (imprint) - /Kreatif Dewasa/
* PTS Litera Utama Sdn Bhd - /Kreatif Import/

Kirim email ke