ini ke yang mengundang masalah sosial skang ni? aku yang ade 2 keje pun still
tak mampu nak kumpul duit banyak tu. mane nak bayar duit kete lagi, nak bayar
utang itu ini lagi, nak bagi ontua lagi. sabo je la
sape yg yg nak kawen hari ek???
Mungkin kini anda sedang dilamun cinta. Usia perkenalan
yang sudah agak panjang dengan si "dia" .... membuatkan anda merasakan, sudah
tibalah masanya ntuk anda mengikat kukuh cinta anda dengan ikatan yang sah,
iaitu sebuah ikatan perkahwinan. Satu ikatan suci murni yang akan menjadikan
anda berdua sebagai sepasang suami-isteri yang sah dan seterusnya hidup dengan
aman dan bahagia.
Namun.. merealisasikan impian rumahtangga itu.. bukanlah suatu perkara yang
mudah sepertimana memetik sekuntum bunga di taman. Keinginan anda yang
membuak-buak untuk mendirikan rumah tangga itu, terhenti seketika setelah anda
membuat sedikit kira-kira tentang perbelanjaan yang diperlukan untuk
melangsungkan perkahwinan anda.
Anggaran Kos Belanja Perkahwinan Mas Kahwin
RM 100
Barang-Barang Hantaran
RM 600
Wang Hantaran
RM 7,000
Cincin Kahwin
RM 1,000
Belanja Kenduri
RM 4,000
Sewa Pakej Pelamin & Baju Pengantin
RM 1,500
Tempahan Kad Kahwin
RM 500
Upah Jurugambar
RM 800
JUMLAH RM15,500
RM 15,000? Perghh... itu belum masuk kos pengangkutan untuk
pergi ke rumah pengantin. Duit minyak, tol, tempat penginapan, upah penanggah,
sewa peralatan set audio video, upah juruvideo, potpuri... dan bermacam-macam
lagi 1001 benda yang perlu anda sediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan
anda.
Itu hanyalah baru kos sebelum dan semasa anda melangsungkan perkahwinan...
bagaimana pula dengan kehidupan selepas perkahwinan anda? Bajet honeymoon?..
Bajet untuk sewa rumah baru? Perabot serta kelengkapan-kelengkapan rumah? TV..
Set Bilik Tidur.. Kelengkapan Dapur untuk memasak.. dan macam-macam lagi...
semuanya memerlukan WANG....
Pendek kata.. "Jika tidak ada wang simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam
akaun bank anda... jangan bermimpilah nak kahwin."
Mungkin anda pernah mendengar sindiran sebegitu. Memang ianya agak pedih dan
terasa seperti hati anda ditusuk-ditusuk dengan satu benda yang amat tajam..
amat pedih sekali.. tetapi.. itulah hakikat kehidupan yang perlu anda hadapi
dan terima.
Saya memahami situasi anda.... Anda mungkin baru sahaja tamat belajar dan
baru sahaja mendapat pekerjaan, itupun kontrak sahaja, belum lagi mendapat
jawatan tetap. Di dalam situasi sebegini, memang agak sukar untuk anda
menyimpan wang yang banyak untuk perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan
beberapa bebanan hutang yang terpaksa anda tanggungi seperti hutang kad kredit,
hutang kenderaan (Motorsikal/Kereta) dan juga hutang pelajaran (PTPTN) yang
anda ambil sewaktu belajar dahulu.
Ataupun.. mungkin anda sudah lama bekerja. Tetapi, hingga kini, anda masih
tidak lagi dapat mengumpul wang yang secukupnya untuk melangsungkan perkahwinan
anda.
Gaji anda agak banyak juga, tapi.. setiap hujung bulan, anda pasti tidak akan
cukup duit, anda tidak tahu kemana wang anda menghilang setiap bulan.
Rasa-rasanya.. anda tidaklah ada ber"joli" sakan.. tetapi.. pada setiap bulan,
anda pasti tidak cukup wang... atau lebih baik sedikit.. wang gaji anda hanya
cukup-cukup sahaja. Asal cukup bulan sahaja.. wang anda habis.. cukup bulan
je.. wang anda habis... sedikit pun tidak dapat nak menyimpan. "Macam mana lah
nak kahwin kalau macam ni?" kata hati anda....
Lebih membingungkan lagi... kekasih anda sudah mula bertanya.. "Bila abang
nak masuk meminang? Mak saya dah tanya dah bila abang nak masuk meminang?"...
Fuhh... memang satu soalan yang agak mencabar.. "Kalau ikutkan hati aku..
hari ini juga aku nak kahwin..... tapi... apakan daya..... duit simpanan ku tak
cukup-cukup lagi... Oh! " keluhan anda di dalam hati. Mulut anda tidak berkata
apa-apa, anda hanya mampu membisu. Untuk tidak mahu meresahkan hati, anda cuba
mengalihkan topik perbualan anda kepada topik yang lain... tetapi kekasih anda
seperti tidak berpuas hati. Dia mula menarik muka masam kerana beranggapan anda
tidak serius di dalam perhubungan cinta anda.
Hari demi hari terus berlalu.. anda kini bertekad untuk mengumpul duit untuk
melangsungkan perkahwinan anda dengan secepat yang mungkin. Anda mula melupakan
tabiat bersarapan dan minum petang harian anda. Sehari.. anda makan 2 kali
sahaja... kalau rasa-rasa boleh tahan.. anda akan makan sekali sahaja sehari.
Mee segera kini menjadi stok makanan yang wajib bagi anda. Semuanya kerana
gara-gara ingin menyimpan duit untuk perkahwinan anda. Waktu kerja anda pula
menjadi semakin panjang... kalau boleh.. hari-hari anda ingin membuat kerja
lebih masa di tempat kerja anda. Hidup anda kini hanya ada 2 tempat sahaja..
rumah.. tempat kerja.. rumah.. tempat kerja.. rumah.. tempat kerja... tiada
lagi masa untuk menonton wayang.. tiada lagi waktu untuk beriadah dan bersukan
bersama-sama rakan anda diwaktu petang. Masa anda kini.. hanyalah untuk
kerja-kerja-kerja dan kerja... semuanya sebab nak cari duit kahwin punya pasal.
---------------------------------
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
---------------------------------
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.