Bagi pendapat saya dalam pekara ini Ibu / Bapa masih lagi tidak sedar, lalai dan juga masih tidur. Kasihan pada mereka yang tidak berdosa. ( Kanak kanak yang kena langgar ) Mat Rempit tidak bersalah dalam perkara ni. Ibu / Bapa yang kita mesti persalahkan kerana kurang ajar dan kurang didikkan kepada anak anak mereka.salahkan.ra ni.
Regards, Halim Kadir Assit. Engineer Seksun Technology (J) S/B -----Original Message----- From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] Behalf Of Rozmal bin Malakan Sent: Tuesday, 28 November, 2006 8:16 AM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Help Palestine [hidayahnet] Surat Terbuka Kpd Polis N.Sembilan Kalau nak tahu kenapa Mat Rempit makin menjadi-jadi, tanya diri sendiri. Apa sumbangan kita untuk mengurangkan aktiviti rempit di kejiranan kita, di kampung kita, di bandar kita ? Atau kita sebahagian daripada ibu bapa yang bangga anak pandai membawa motosikal walaupun di bawah umur ? **************************************************************************** ***** Daripada : Rozmal bin Malakan No 144, Jln 6, Taman Alamanda 70450 Senawang Negeri Sembilan Darul Khusus Tal : 012-2267406 Tarikh : 28hb November 2006 Kepada : Ketua Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban Tal : 6013222, Fax : 6012624 Tuan , Mohon Bantuan Pemantauan Remaja Bawah Umur Tanpa Lesen Bermotosikal Merujuk kepada perkara di atas adalah saya di sini amat mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk melakukan pemantauan terhadap remaja-remaja bawah umur termasuk remaja sekolah rendah yang menunggang motosikal di kawasan Senawang ini. Ini memandangkan kebelakangan ini aktiviti sebegini semakin menjadi-jadi ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak-anak mereka membawa motosikal tanpa lesen dan di bawah umur. Pada Khamis 23 Nov. 2006 sekitar jam 8.30 malam anak jiran saya yang berumur 6 tahun di No 143 telah dilanggar lari oleh seorang remaja bawah umur yang membawa motosikal Modenas Kriss berwarna merah. Anak jiran saya tadi telah mengalami luka-luka serta patah gigi. Pada Isnin 27 Nov. 2006 sekitar jam 6.30 petang sebuah kereta Proton Satria hitam plet no. NBP 293 dipandu oleh seorang wanita telah mengejar sebuah motosikal Modenas Kriss warna biru plet no. MBC 4960 dibawa oleh seorang remaja dalam keadaan laju dan merbahaya melalui Jalan Alamanda 6. Malah anak saya sendiri yang berumur 5 tahun tahun lepas telah dilanggar oleh remaja perempuan tingkatan 1 yang membawa motosikal juga di Jalan Alamanda 6 dan telah mengalami luka dan calar seluruh badan. Oleh yang demikian saya amat mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memantau kegiatan menunggang motosikal oleh remaja di bawah umur dan tanpa lesen ini sebelum lebih ramai lagi anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa disebabkan kelalaian para remaja dan para ibu bapa yang tidak bertanggung jawab. Kerjasama dari pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar , _____________________ Rozmal bin Malakan s.k. : Ketua Polis Negeri Sembilan - Tal : 7682222, Fax : 7623506 Ketua Balai Polis Bandar Baru Senawang - Tal : 6792222, Fax : 6792231 Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com <http://waghih.blogspot.com> __________________________________________________________ Do you Yahoo!? Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta. http://new.mail.yahoo.com <http://new.mail.yahoo.com>
