Assalamu'alaikum semua, Minta laluan nak menjampuk sikit.
Puan RajaAzura jelasnya pernah mengalami sesuatu yg agak pahit. Tapi tak semestinya kes Puan Soharabi tu kes yg sama dengan Puan.... Saya rasa keterlaluan kalau kita tuduh org sampai macam tu sekali tanpa usul periksa. Mungkin suaminya sayang kat dia dan nak pelihara dia dari maksiat (di samping menunaikan amanah Allah kat dia .... "jagalah di kamu dan keluarga kamu dari api neraka" Macam yg saudara kita ada buat ulasan dahulu.... kursus2 motivasi sekarang ini banyak yg tak sesuai dengan kehendak Allah. Maksiat... percampuran bebas.. soal aurat.. buang rasa malu....dan macam2 hal lagi. Saya pun bukannya pandai sangat tapi pernah juga pergi kursus2 begini... banyaknya lebih kepada bersuka ria dan lagha... tak mencapai matlamat sebenar pun. Bagi saya ... kalau suami Puan mampu menanggung keluarga dengan pendapatannya sendiri... dia dah beri izin untuk Puan keluar kerja itu pun dah besar rahmat... Kalau difikirkan dosa2 kecil, sederhana dan besar yg "terbuat" dek isteri dan suami orang kat tempat kerja sekarang ni... seram juga dibuatnya nanti bila kita (suami) di tanya pasal tanggungjawab untuk pelihara keluarga dari api neraka tadi.... Minta maaf pada kaum ibu... saya bukan anti perempuan bekerja (isteri saya pun bekerja juga).... tapi bukankah wanita solehah itu mutiara yg tak ternilai harganya.... On 11/27/06, rajaazura <rajaazura> wrote:
salam to soharabi sedih dan menyampah bila dengar semua nih..sbb i pernah mengalaminyer dulu..samada laki u tu bersaka atau mengamalkan benda2 yang haram yang mmg nk kite sujud pada dia..dan dia buat supaya kita takut ngan dia dan tak boleh membantah apa dia ckp..tidak mahu bertolak ansur dalm apa jua keadaan kerana dlm badan dia ada jin atau saka datuk nenek dia sndri! apa yang kita buat dulu ialah baca yasin niat kan nama suami..setiap mubin berhenti dan berdoa supaya lembutkan hati suami benarkan kite keluar..lepas tuh solat hajat, akhir sujud doa lagi apa yg kita nk..setiap usai solat subuh zikirlah doa nabi yunus dlam ikan paus tuh..sbanyak 100x dan berdoa YA ALLAH AKU HAMBA YANG HINA NI MOHON DR MU YA ALLAH KELUARKAN AKU DR CENGKAMAN DAN KEZALIMAN SUAMIKU NAMA ....DAN TUNJUKLAH PADAKU NIAT SEBENAR SUAMIKU BERNIKAH DENGAN AKU.. rajin2lah baca doa haekal dari ayat 1-7, surah al-fath(surah kemenangan bg setiap perjuangan) surah sajadah niatkan tok suami supaya dia tahu nilai kita di mana, niat kita kuar rumah/buat keja tok sape.. bagi dia cermin beso2 skit diri dia dulu sbb takde pmpn nk kat dia kalu tak kita yang ikhlas terima dia sebagai suami kita dunia akhirat, surah an naba', tok suami jugak supaya ALLAH celikkan mata dia tengok kita ni isteri mcm mana.., beramallah ngan surah al kahfi niatkan tok diri sndiri, suami dan anak2 sbb dalam surah ni ada ayat saka, jin dan syaitan dimana kita tk tahu samada kite dizalimi oleh org sekeliling.. Alhamdulillah sekrg i dah keluar dari cengkaman kezaliman suami i sndri..satu lg pintaan setiap apa yang u buat kuat kan semangat teruskan wlupun adakala u akan mengantuk baca surah2 ni dlm rumah u sndri..jadikan al-quran tu sahabat sejati kite.. wassalam *"Soharabi, Narikkodan Mammoo"@yahoo.com* wrote: Assalamualaikum... Nak minta pandangan rakan2...saya berkerja dan sykt saya bekerja akan conduct motivation camp setiap tahun, ia adalah compulsory & surat bertulis perlu diberi sekiranya kita tidak dapat menghadirkan diri...kita akan di interview & kemudian they will give us answer whether our reason tu acceptable or otherwise.. Masalah saya ialah...suami tak benarkan hadir motivation camp ni...bukan kata camp ni...kalau ada trip ke..annual dinner ke...staff birthday celebration ke...staff kahwin ke...semuanya tak boleh pergi..tapi pergi kerja sahaja dibenarkan... Baru minggu lepas trip ke resort terdekat untuk branch kami dibuat & saya tidak menghadirkan diri atas permintaan suami...sampai rakan sekerja saya call husband for approval but tak dapat jugak...colleaque kahwin...satu office pergi except myself..bila ajak pun dia taknak... Saya tak kisah untuk patuh apa yang disuruh...cuma masalah saya bila boss kata...macam tu suruh suami u simpan u kat rumah tutup pintu & tingkap lah...kalau motivation camp he can't do like this...boss give up sebab dia ada offer suruh husband ikut sekali pergi resort tu, so that i can go...i'm the only staff yg tak pergi..boss dah perasan...banyak activity i tak join sekarang...badminton ke...bbq for staff ke...apa2 jelah...semua tak pergi.. Tak lama lagi motivation camp akan dibuat...suami awal2 dah pesan cannot go...that's it..bila saya suruh dia bagi reason...dia kata u dah kahwin...suami u kata jangan so janganlah...just create whatever reason, bila i kata abang yang patut bagi reason dia kata...i dont know..u come out with something... What should I do ya?? I taknak tak patuh kat dia..but i ni kan makan gaji...how to handle this..i really dont know.. ------------------------------ Yahoo! Movies<http://sg.rd.yahoo.com/mail/sg/footer/def/*http://sg.movies.yahoo.com>- Search movie info and celeb profiles and photos.
