Engkau-Kah Pencinta Wanita?
   
  As-Salaa mu ‘Alaikum…
   
  Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa 
kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang 
pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut 
seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap 
sampai habis.
   
  Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang 
memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai 
wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius 
sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... 
kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan 
mencintai.
   
  Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si 
lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la 
juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si 
wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan 
sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, 
tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya...
   
  Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke 
mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat 
untuk tengok aurat-nya. Free jer kan… 
   
  Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan 
wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut 
Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika 
dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, 
Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan 
lelaki dengan gaya yang menghairahkan.
   
  Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam 
ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak 
kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian 
elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya 
berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai 
(purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup 
pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian 
lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.
   
  Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam 
turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah 
ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati 
(berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang 
tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).
   
  Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam 
datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi 
simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan 
pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita 
dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk 
membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam 
membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk 
Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), 
(at-Taubah (9): 71).
   
  Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam 
ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, 
Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat 
tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam 
memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam 
mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)
   
  Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah 
tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan 
nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik...
   
  Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam 
yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu... peribadi seorang 
muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.
   
  Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri 
yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... 
siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas 
nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa 
akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan 
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, 
maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah 
kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)
   
  Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri 
kerana engkau yang alpa… 
   
  Renungilah maksud ayat ini;
   
  “Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga 
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan 
yang baik” (al-Ahzaab (33): 32)
   
  “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan 
baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah 
untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. 
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59)
   
  Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu 
banyaknya gejala buruk menimpa wanita.
   
  Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. 
Iaitulah ALLAH melalui syariatnya... Islam.
   
  Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita 
(bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main 
tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.
   
  Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda!
   
  “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang 
keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik 
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk 
wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26)
   
  Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung...)


@Brother Nawawi... 
+60126887715 
YM: [EMAIL PROTECTED] 
MSN: [EMAIL PROTECTED] 

Kirim email ke