[EMAIL PROTECTED];
   
  Assalamu'alaikum Wr.Wb,
   
  Alhamdulillah pada Allah dan RasulNya.Mudah2an dibukakan wajah hati kita 
seluas2nya dalam mencari kebenaran dan bukan kemenangan. Amein..amein.. 
ya.Rabbal'alamein.
   
  Saya amat setuju dengan beberapa hal ulasan nchik kalam. Setujunya saya 
bukanlah kerana  betul tapi kerana ada benar dalam beberapa hal yang 
disampaikan.
   
  Pertamanya masa'alah murtad, Hal ini perlulah difahami akan sebab muasababnya 
kenapa seseorang itu menjadi murtad.Marilah kita meneliti dan meninjau bersama 
untuk mencari pendekatan bagi masa'alah tersebut secara berikut;
   
  A: YANG MEMBINASAKAN ISLAM EMPAT PERKARA:
   
  1.Berbuat suatu perbuatan yang tiada diketahui.
  2.Diketahui tiada diperbuatnya.
  3.Tiada mahu belajar kepada orang 'alim.
  4.Mencela2 orang berbuat baik kepada Allah Ta'ala serta 
diharuskan(meringan2kan) pekerjaannya.
   
  Itu adalah perkara dasar bagi setiap ummat islam mesti mengetahui dan 
memahami.Mengetahui dan memahami adalah tuntutan bagi ummat2 islam itu sendiri 
dalam mencari ilmu pengetahuan agama yang sah dan benar dari Allah dan 
RasulNya.Sebagai mana sabda baginda Nabi Muhammad saw;
   
  "Telah diwajibkan bagi tiap2 muslimin dan muslimat menuntut ilmu agama"
   
  Tanpa ilmu pengetahuan agama islam maka, akan rusaklah perlaksanaan dalam 
menunaikan kehendak didalam tuntutan agama itu sendiri.Kita perlu sedari untuk 
menjadi seorang islam, bukanlah mudah. 
   
  Kitalah yang dipertanggung jawabkan akan apa2  yang telah diamanahkan.Hidup 
kita ini kerana sudah diamanahkan.Sebagai mana ulasan nchik kalam iaitu; 
'....mereka murtad kerana Islam yang mereka nampak bukan dari Muhammad saw. 
mereka nampak Islam acuan yang salah'.
   
  Samalah juga halnya, jika benar kita mahu mengikut Nabi Muhammad 
Rasulullah,..tanpa mebawa 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman,...adakah boleh?
  Nabi membina Islam setinggi derajat.Sampai kepada kita semuanya jatuh 
melarat.Kenapa?Jawabannya kerna kita tidak dapat agama Islam yang tulen>
   
  Sekian, salam keagamaan dengan ucapan assalamu'alaikum wr.wb.
   
  Wassalam.
  
 
   
  [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Saudara-saudara ku sekelian, Adakah manusia yang belum
beriman minta dilahirkan dalam keluarga Nasrani atau
Majusi? Adakah manusia murtad kerana mereka sengaja
hendak murtad? Jawapannya mereka murtad kerana Islam
yang mereka nampak bukan dari Muhammad saw. Mereka
nampak Islam acuan yang salah. 
Saya amat terkilan dengan pendapat seperti ini,
mengatakan org lain terpesong dan hanya pendapat anda
sahaja yang betul. Rasulullah saw telah mendakwahkan
bapa saudara baginda Abu Talib sehingga ke masa beliau
nazak demi untuk mengislamkannya. Sehinggakan Allah
swt menurunkan ayat Al Quran mengatakan Rasulullah saw
hanya diturunkan untuk membawa ajaran yang mulia serta
mendakwahkannya sedangkan hidayat di tangan Allah swt.
Kita lihat Rasulullah saw berdakwah tidak kenal penat
lelah namun kita umat akhir zaman apabila melihat
seseorang murtad apatah lagi yg dilahirkan tidak
beriman, terus kita meletakkan neraka bagi mereka
tanpa sebarang usaha untuk menarik mereka kepada Allah
swt. Jelas sekali ramai umat Islam sendiri tidak cinta
pun kepada Islam sekadar perasan Islam dan perasan
ahli syurga! Saya sekadar berpesan kepada diri saya
dan sesiapa yang ingin berpesan-pesan dengan KEBENARAN
dan KESABARAN. Bukan senang nak mencintai Islam kerana
ia ibarat menggenggam bara api, apatah lagi mengikut
jejak langkah idola No 1 kita, Rasulullah saw. Baginda
tidor di atas alas kulit berbantalkan pelepah tamar
sedangkan kita??? Baginda dilontar batu di Taif
sedangkan kita hanya dilontar kata-2 oleh mereka-2
yang MASIH BELUM BERIMAN pun kita sudah tak tahan.
Dimana iman kita? Iman kita iman keturunan bukan iman
peliharaan yang ditanam, dijaga dan diasuh dengan
mujahadah. Saya ingin menasihati diri saya supaya
menjaga iman saya seperti menjaga api lilin di dalam
ribut pasir yang kencang..... AMIN segala yang baik
dari Allah swt manakala kesilapan adalah kerana
kelemahan iman saya dalam menyampaikan amanah yang
amat berharga ini. Wassalam

MEJAR KALAM BIN PIE TUDM
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

--- johari [EMAIL PROTECTED] wrote:

> maaf jika mail saya ni terlambat....elok lah saudara
> rujuk kepada ustaz 
> sebab saya rasa saudara telah jauh terpesong dari
> ajaran islam itu 
> sendiri...contoh nyer jika suami atau isteri itu
> murtad maka akan 
> terputuslah tali ikatan nyer...inikan pula telah
> sahih dari bayi lagi telah 
> islam nyer cukup akal dan fikirannyer kenapa pula
> bila dewasa perlu bertukar 
> arah.....walaupun ia adalah adik berdik kita sendiri
> jika seseorang itu 
> tidak mahu kembali ke jalan islam setelah kita pujuk
> maka akan terputuslah 
> tali silaturahim antara keduanyer...wallahualam
> 
> 
> >From: BPPNS Reply-To: [email protected]
> >To: "Ikhwanul Muslimun"
> <[email protected]>
> >Subject: Help Palestine [hidayahnet] Jangan
> sisihkan orang yang murtad
> >Date: Thu, 9 Nov 2006 23:29:01 -0800 (PST)
> >
> >Utusan Malaysia 10 Nov 2006. Bersama: MOHD. FARID
> RAVI
> >ABDULLAH
> >SOALAN : Jika seorang Muslim murtad, adakah kita
> harus
> >menjauhkan diri kita daripada orang-orang seperti
> >mereka. Jika orang yang murtad itu adalah abang
> atau
> >kakak kandung kita sendiri, adakah kita akan
> >dimasukkan neraka kerana masih bergaul dan
> menganggap
> >diri mereka seperti kakak atau abang? Bagaimana
> pula
> >jika orang itu yang beragama lain memeluk Islam.
> >Haruskah dia memutuskan hubungan mereka dengan
> >keluarga kandung mereka sendiri?
> >
> >JAWAPAN:
> >Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w penuh
> >dengan kasih sayang dan toleransi. Setelah baginda
> >dilantik menjadi Rasul terakhir, baginda
> menghabiskan
> >usia selama 23 tahun untuk mengajak orang kepada
> >Islam.
> >
> >Baginda tidak mengenal penat lelah dalam mengajak
> >manusia kepada Islam. Masyarakat yang menjadi
> sasaran
> >dakwah baginda mempunyai pelbagai perangai,
> >kadang-kadang baginda berhadapan dengan ancaman
> nyawa.
> >
> >Namun baginda tidak berhenti mengajak mereka kepada
> >Allah. Justeru, tidak sepatutnya kita menjauhkan
> diri
> >daripada mereka yang murtad, ini kerana mereka
> adalah
> >madÂ’u (orang yang menjadi sasaran) kita. Justeru
> kita
> >bertanggungjawab mengajak mereka kembali kepada
> agama
> >Islam. Usaha kita mesti disertakan dengan
> pengharapan
> >yang tinggi serta penyerahan kepada Allah s.w.t
> serta
> >diiringi dengan doa yang tidak putus-putus supaya
> >Allah kembalikan mereka kepada Islam.
> >
> >Yakinlah dengan Allah, kerana Allah sahaja yang
> mampu
> >memberi hidayah kepada manusia. Lebih-lebih lagi
> jika
> >yang murtad itu adik-beradik kandung, sudah
> semestinya
> >kita tidak sanggup melihat mereka berpaling dari
> agama
> >Islam yang suci ini.
> >
> >Isu orang murtad bukan sesuatu yang baru dalam
> dunia
> >perkembangan Islam kerana di zaman Rasulullah s.a.w
> >ada yang murtad. Pada zaman khalifah Abu Bakar pun
> ada
> >yang murtad. Hukuman orang murtad jelas iaitu
> bunuh,
> >tetapi berapa ramai yang dibunuh kerana murtad di
> >zaman Rasulullah dan zaman para sahabat?
> >
> >Kebanyakan yang murtad pada zaman itu adalah
> golongan
> >yang tidak sempurna imannya. Apa kurangnya zaman
> kita
> >ini? Adakah semua yang bergelar muslim itu sempurna
> >imannya? Jadi punca orang keluar islam ialah
> nipisnya
> >iman serta keyakinan kepada Allah s.w.t sebagai
> tuhan
> >yang berhak disembah.
> >
> >Kerja agama yang paling utama dilakukan oleh
> >Rasulullah ialah mengajak orang kepada Islam.
> >Sebaliknya, kita sudahlah tidak mengajak orang
> kepada
> >Islam, malah bertindak menjauhkan diri daripada
> >orang-orang yang perlukan bimbingan.
> >
> >Berceramah di masjid senang tetapi dakwah secara
> >perseorangan cukup sukar, perlukan kekuatan dan
> >keinginan yang tinggi. Lebih-lebih lagi menghadapi
> >orang yang murtad.
> >
> >Orang yang paling hampir kepada seseorang ialah
> >adik-beradiknya, maka adik-beradiklah yang lebih
> utama
> >memainkan peranan mengembalikan mereka kepada
> Islam.
> >
> >Ustaz tidak menafikan hukuman yang telah ditetapkan
> >dalam kanun syariah, tetapi ingin mengajak
> masyarakat
> >supaya menangani isu murtad dengan dengan lebih
> >berhemah lagi melalui dakwah, kaunseling, ziarah.
> >Pandangan fuqaha?juga menyarankan orang murtad itu
> >diberi tempoh untuk kembali ke pangkuan agama
> Islam.
> >
> >Adapun menjauhkan diri daripada mereka akan
> >memburukkan lagi keadaan dan ada pihak lain yang
> akan
> >mengambil kesempatan. Dari sudut pergaulan tidaklah
> >salah, kerana hubungan adik-beradik seperti air,
> tidak
> >akan putus biarpun dicincang. Persoalan mengenai
> >adakah apabila bergaul dengan mereka akan membawa
> kita
> >ke neraka? Jawapannya tidak.
> >
> >Ini dijelas dalam firman Allah: Barang siapa yang
> >berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), Maka
> >Sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan)
> >dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka
> >sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya
> >sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat
> memikul
> >dosa orang lain, dan kami tidak akan mengazab
> sebelum
> >kami mengutus seorang rasul (untuk menerangkan yang
> >benar dan yang salah. (al-Isra? 15).
> >
> >Apabila seseorang itu menganut agama Islam, tidak
> >harus dia memutuskan perhubungan dengan keluarganya
> >asalnya yang bukan beragama Islam. Malahan
> hendaklah
> >dia menjaga perhubungan kekeluargaan.
> >
> >Sikap yang demikian akan menjadikan seseorang yang
> >menganut Islam lebih dihormati dengan pilihannya.
> >Sekurang-kurangnya dapat meneutralkan pandangan
> >keluarga mengenai agama Islam.
> >
> >Sedangkan sebelum ini ada yang berpendapat apabila
> >seseorang itu menganut agama Islam maka terputuslah
> >hubungan kekeluargaan, sampai ada yang kata ziarah
> pun
> >tidak boleh.
> >
> >Dalam masalah ini kita lihat bagaimana sikap Nabi
> >Muhammad s.a.w dengan datuknya, pakcik-pakciknya
> serta
> >saudara-saudaranya yang lain yang bukan beragama
> >islam.
> >
> >Walaupun kebanyakan mereka tidak beragama Islam,
> >Rasulullah tetap menziarahi mereka, mendekati
> mereka.
> >Apa matlamat Rasulullah berbuat demikian? Bukankah
> >tujuan baginda untuk memperlihatkan kepada keluarga
> >baginda akan sikap toleransi dalam Islam dan sifat
> >kasih sayang dalam Islam?
> >
> >Akhirnya ada yang menerima Islam seperti Abu Sufyan
> >dan Hamzah. Lebih hebat lagi pada tahun Rasulullah
> >membuka kota Mekah, berduyun-duyun penduduk Mekah
> >menganut agama Islam.
> >
> >Mengambil diri saya sebagai contoh, budi pekerti
> yang
> >saya tunjukkan kepada keluarga menyebabkan ibu dan
> >abang saya menganut Islam.
> >
>
>http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
> >
> >
> >
> >
> > Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab
> Allah
> 
=== message truncated ===

__________________________________________________________
Want to start your own business?
Learn how on Yahoo! Small Business.
http://smallbusiness.yahoo.com/r-index


         


&#1581;&#1580;
   
  '....ini 'amalan Rasulollah punya 'amalan. Engkau tak boleh dapat walau macam 
mana pun... orang tak boleh dapat carik...' (4.6.1975)

                
---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.

Kirim email ke