assalamualaikum
nampaknya ada 2 sahaja gerakan islam hari ini yakni salafiyyah dan islam
liberal
mungkinkah begitu?
tak ada ker halaqah dan jemaah lain yang sedang berjuang selain 2 gerakan ini?
yang ana nampak gerakan salafiyyah ialah gerakan yang pernah dibawa olih
muhammad abdul wahab yang akhirnya melahirkan arab saudi tetapi gagal
melahirkan daulat islamiah yang sepatutnya sebagai bukti usaha salafiyah yang
menekankan kepada tajdid dan pemurnian akidah . lantas terlintas di kepala,
apakah gerakan yang sama juga yang sedang melanda negara kita? dan apakah
kesudahannya nanti sama seperti arab saudi?
sambil islam leberal ialah gerakan yang merupakan carbon copy kepada gerakan
liberalisasai barat yang talah meliberalkan agama kristian di sana. gerakan ini
menyamakan islam dengan kristian atau dengan lebih tepat melihat islam
sebagaimana orang kristian melihat agama mereka. istilah konservertif yang
dirujuk kepada alim ulamak islam nyata merupakan pengaruh dari ideologi ini.
pun begitu adakah benar alim ulamak bersikap konservertif yang menghalang
golongan muda dari berfikir?
tidak adakah alim ulamak kita hari ini yang memberi peluang dan mengajak
golongan muda untuk terus sama berjuang memertabatkan semula islam sebagai
carahidup selain daripada gerakan salafiyyah dan islam liberal ini?
atau dengan lebih tepat tidak adakah alim ulamak yang dikatkan konservetif
dalam prospektif fikrah syaariah dan syaafiah(dalam kontek nnegara kita) yang
turut sama memperjuangkan islam untuk dikembalikan sebagai carahidup kita?
serta benarkan mereka ini golongan konservertif yang menghalang golongan muda
dari berfikir dan mendakwa agama adalah hak mereka seperti gereja pernah
mengamalkannya satu ketika dulu yang akhirnya membawa terjadinya liberalisali
di sana?
lantaran itu, benarkan alim ulamak kita yang konservertif ini sataraf dengan
pederi kristian?
dari apa yang ana faham gerakan salafiyyah dan islam liberal mempunyai satu
persamaan iaitu melihat agama islam seperti orang kristian barat melihat agama
mereka dan mahu mengubahnya walaupun dalam cara yeng berbeza : salafiyyah
mahukan quran dan sunnah dijadikan asas perjuangan(pemahaman quran dan sunnah
dari sudut fahaman mereka sendiri dan bebas dari tafsiran yang mereka
katakankan konservertif) dan islam leberal mahukan ideologi akal(hasil dari
pemikiran mereka dijadikan pemutus tindakan tanpa perlu mengambil kira samaada
ianya dari quran dan sunnah atau tidak).
walaubagaimanapun, golongan yang dianggap konservertif kelihatan teguh dalam
memelihara fikrah syaariah dan syaafiah(kontek negara kita) dan samada mereka
sedari atau tidak sedang giat dalam halaqah dakwah serta jemaah perjuangan
islamiah serta sentiasa yakin bahawa konservertif(dalam istilah yang mereka
guna) yang pernah menyelamatkan islam dari terus pupus dari bumi allah ini.
kisah salahuddin alayubi menewaskan tentera salib dan tertegahnya daulah
osmaniah setelah umat islam dimalukan olih orang tartar jelas menunjukan
sumbangan golongan konservetif ini .sebaliknya golongan salafiyyah walaupun
berjaya menghasilkan arab saudi tetapi sehingga hari ini nyata gagal menjadi
penyelamat umat malah kejadain muktakhir ini memperlihatkan betapa sebuah
negara salafiyyah menjadi boneka musuh untuk turut bersubahat membunuh umat
islam dengan jumlah yang begitu ramai. begitu juga islam liberal yang pernah
dibuat olih mustafa kamal artartuk telah menjadikan umat islam yang satu ketika
dulu memerintah dunia sebagai orang sakit yang sampai hari ini masih belum
dapat disembuhkan dan terus gagal mencapai kemaujuan yang mereka cari.
Mufti Perlis: 'Ada ruang untuk pengkritik'
Fauwaz Abdul Aziz - Nov 27, 06 Eksklusif Al-Quran sendiri memberi
ruang kepada orang ramai untuk bertanya, mempersoal dan mencabar pemimpin agama
mereka mengenai pengajaran dan amalan agama Islam, kata Mufi Perak, 27 November
2006Dr Mohd Azri Zainul Abidin.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) kelahiran Pulau Pinang itu dilantik
sebagai Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun mulai 1 November, menggantikan mufti
Mat Jahya Hussin.
Berusia 35 tahun, beliau merupakan mufti termuda. Selaku mufti, tugasnya ialah
merangka dan membincangkan mengenai fatwa serta menasihatkan Raja Perlis dan
kerajaan negeri mengenai halehwal Islam.
Dalam satu wawancara, Dr Mohd Asri berkata, bertentangan dengan kecenderungan
sesetengah umat Islam yang sentiasa reaksi negatif terhadap persoalan dan
kritikan mengenai agama mereka, Islam sebaliknya, memberi ruang kepada
pengkritiknya untuk menyuarakan keraguan dan hujah mereka.
Menurutnya, al-Quran bukan sahaja mengemukakan dalil bagi membuktikan
kenyataannya dan untuk menyokong kebenarannya, tetapi juga memberi ruang yang
sama kepada pengkritiknya.
Menurut al-Quran: Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan
kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar,
kata Asri.
Beliau menyebut mengenai tindak balas keras orang Islam terhadap sebarang
persoalan yang menyentuh agama mereka.
Mereka selalu bertanya, Apakah tindakan yang akan kita ambil? Ini telah
sesat! Dan seterusnya....Apa juga pandangan yang tidak sehaluan dengan mereka,
mereka mengamok dan bukannya memberi hujah dan bukti serta menjawabnya secara
intelektual, kata Asri.
Sehubungan itu, Asri berkata, cabaran terbesar ialah kemampuan memberi respons
yang sesuai dan berkesan terhadap cabaran yang dihadapi oleh ummah (masyarakat
Islam) sama ada ianya di segi ideologi atau sebaliknya.
Sesuatu idea itu, tegas beliau, apabila diperkenalkan mungkin dapat didiamkan
untuk sementara, tetapi ia tidak boleh dihapuskan sama sekali kecuali ada idea
lain yang lebih baik daripada yang pertama tadi.
Idea itu akan hidup dalam minda dan fikiran orang ramai. Jika kita mahu
menolak sesuatu idea atau kefahaman, ia bukannya melalui penggunaan paksaan,
tetapi melalui hujah yang lebih baik, tambahnya.
Sikap konservatif
Bagi menjelaskannya, Asri mengulangi pendiriannya tentang isu murtad di mana,
menurutnya, ketegangan yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada sikap
pemimpin agama yang mengalihkan tumpuan daripada mecari sebab-sebab mengapa
umat Islam menjadi murtad.
Usaha menangani persoalan, umpamanya punca murtad, jelas Asri, adalah cabaran
yang lebih relevan kepada pemimpin agama dan Islam, daripada berdebat mengenai
isu-isu hukuman apabila murtad.
Menurut Asri lagi, generasi muda kini telah beralih daripada sikap konservatif
golongan establishment agama kerana golongan ini tidak mengendahkan keperluan
intelektual mereka.
Terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang pemikiran mereka mahu dibekukan
oleh pihak berkuasa agama yang konservatif. (Mereka mungkin) disekat daripada
berfikir, namun mereka berfikir juga.
(Golongan konservatif) mahu menyumbat mulut orang ramai dan memberitahu
mereka, Jangan bercakap mengenai agama. Agama adalah hak (eksklusif) kami,
seperti yang dilakukan oleh geraja (Roman Katolik). Kata mereka, Berhentikan
buat apa yang kamu sedang buat dan ikut sahaja.
Ini tidak boleh diterima oleh generasi muda kerana mereka tahu mereka tidak
boleh disekat daripada berfikir, tambahnya.
Menurutnya, sikap konservatif seumpama itu berisiko mengalihkan orang muda
daripada agama kepada sekularisme sepertimana yang berlaku di Eropah. Malaysia
telah menyaksikan kemunculan dua gerakan yang Asri percaya akan menentukan
halatuju Islam.
Satu adalah pergerakan Salafiyyah; kedua, jika ia berterusan, adalah Islam
liberal, kata Asri.
Tegasnya, golongan liberal mengkritik dan menentang perkara- perkara dalam
agama yang telah ditentukan oleh al-Quran an Sunnah, manakala golongan salafis
pula mencari dalam tajdid (gerakan kebangkitan semula) untuk menjadikan
al-Quran dan Sunnah rujukan dalam perbincangan mengenai Islam dan berdepan
dengan cabaran zaman moden.
Gerakan tajdid ini yang cuba kita bawa ialah Islam yang tulen, tetapi yang
boleh, pada masa yang sama, berdepan dengan cabaran yang kita hadapi hari ini,
bukan dalam bentuk konservatif yang mengelirukan generasi moden, katanya.
Bagi saya, menjadi seorang Salafi ialah tentang kembali kepada fundamental
Islam, balik kepada asasnya al-Quran dan Sunnah. Itulah yang memisahkan
Salafi daripada reformis yang lain, tambahnya.
Gerakan Salafiyyah ini berkata kita mempunyai hak untuk berfikir, kerana
intelektual mempunyai fungsi dalam agama, walaupun penggunaan pemikiran kita
itu tidak boleh bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, tambahnya
---------------------------------
Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.
---------------------------------
Have a burning question? Go to Yahoo! Answers and get answers from real people
who know.