Saudari amelia dan pembaca budiman,
Seharusnya kita tidak melatah melihat kepada fenomena di mana stiap pengganut
di tanah air mahukan keselesaan dalam menjalankan ibadah masing-masing. Penulis
tidak dapat menerima ungkapan KUIL HINDU LEBIH HEBAT DARI MASJID DI TRENGGANU.
Apa ini semua?...adakah saudari hanya tinggal di bawah tempurung dan menunding
jari bila terbaca ungkapan "terbesar" saja sudah menjadi sesuatu yang
menakutkan?
Baru semalam PM yg kita kasihi meluahkan rasa kebimbangan dan perihatin
beliau bahawa perpaduan di negara kita masih rapuh. Adakah kita mahu merobohkan
terus kerapuhan itu?
Penulis tidak mahu menyentuh isu perpaduan ataupun isu murtad dalam hal ini,
hanya ingin membetuli persepsi pembaca dan saudari amelia sahaja.
Melihat kepada foto yg ada dalam The Star, kuil yg saudari maksudkan hanyalah
sebuah kuil biasa yg juga terdapat di mana-mana tempat di negara ini. Bukan
menyokong pembinaan kuil jauh sekali cenderung kepada ugama hindu atau apa-apa
ugama pun. Sebagai seorang islam penulis ingin mengajak pembaca supaya sensitif
bertempat dan tidak melihat sesuatu itu sebagai ancaman.
Tidak betul jika saudari menyatakan masjid-2 berharga jutaan ringgit d
malaysia hanya dikunjungi oleh 3-4 org saja, mungkin sebagai kiasan. Di
terengganu sendiri lihat sahaja mesjid yang ada walaupun datang dari sumber
kerajaan, cukup besar dan selesa untuk kita beribadah di dalamnya. Dan boleh
saja kita lihat dimana-mana hatta di kawasan perumahan sekalipun, surau sahaja
sudah cukup banyak untuk melambangkan betapa fungsi masjid mahupun surau masih
tetap di imarahkan oleh penduduk setempat mahupun org yang sedang bermusafir.
di tempat saya sahaja ada beberapa surau yang sentiasa ada jemaahnya yang
kebanyakannya dibina hasil dari kutipan derma penduduk setempat yg menjangkau
ratusan ringgit. Di serawak (sebab saya pernah kesana), surau mencecah harga
hampir sejuta ringgit. Tidakkah saudari melihat itu kesungguhan masyarakat
setempat kita? Tidak di nafikan memang kebanyakan masjid di negara kita adalah
dari bantuan kerajaan, tapi siapa yang membuat permohonan? tepuk dada
tanaya selera. JPM memang ada peruntukan untuk itu semua...apa salahnya kita
meminta? hanya untuk menggantikan mesjid usang kepada yang baru dan yang tiada
kepada terbinanya mesjid yang lengkap.
Di negara kita aktiviti masjid bukan terhad kepada aktiviti solat
semata-mata, saudari rajin-rajinlah menjenguk masjid, di sana ada banyak
aktiviti terancang yang sering diadakan mengikut keperluan semasa dan tuntutan
agama. Sesungguhnya mesjid mahupun surau kita tidak pernah sunyi dari aktiviti
dan kunjungan umat islam. Belum ada mesjid atau surau di negara kita di jadikan
muzeum seperti di turki. Percayalah tidak timbul isu mengharap ihsan kerajaan,
kerana jika tidak terbinapun mesjid baru, mesjid berdekatan sentiasa cukup
untuk melambangkan keislaman rakyat malaysia dan Islam di daulatkan di negara
ini.
Penulis tidak nampak terbinanya kuil kecil di terengganu itu sebagai sebab
masyarakat atau golongan muda menjadi murtad. Pembinaan itu hanyalah tuntutan
hak oleh masyarakat minoriti di negara berbilang kaum ini. Itu kontrak sosial
namanya dan Allah tidak melarang kita membenarkan pembinaan itu. malah Dia
menggalakkan kita berbaik sangka.
Wallahu alam.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
ada gambar x?
nak la tgk besar mana kuil tu
----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, November 27, 2006 8:45:43 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kuil Hindu Lebih Hebat Dari Masjid Di
Terengganu
Umat Islam di negara ini harus mengelakkan budaya
mengharap atau menyerahkan kepada kerajaan untuk
membina masjid atau surau di tempat mereka, serta
untuk membuat aktiviti di masjid.
Masyarakat setempat haruslah berusaha sendiri membina
masjid dan surau, serta menghidupkan aktiviti masjid
serta surau. Jika tidak lihatlah apa yang berlaku di
Malaysia sekarang ini, masjid berjuta-juta ringgit
tetapi jemaahnya 3-4 orang.
Masjid makin lama makin mati, kuil makin lama makin
hidup. Bukan salah orang Hindu , tetapi salah orang
Islam sendiri. Gejala murtad bukan salah agama lain,
tetapi salah orang Islam sendiri.
Akhbar The Star 27 Nov 2006 melaporkan Kuil Sri Maha
Mariamman di Kemaman, Terengganu telah mendapat
sumbangan RM 170,000 dari orang ramai dari Angola,
Afrika Selatan, Perancis dan Indonesia apabila mereka
merayu sumbangan untuk satu majlis di kuil berkenaan
dalam tempoh yang singkat melalui internet sahaja.
Kuil Mariamman adalah kuil yang terbesar di
Terengganu.
************ ********* ********* ********* ********
Temple funds from as far as Angola, South Africa
KEMAMAN: Funds for the Sri Maha Mariamman consecration
ceremony came from as far as Angola, South Africa,
France and neighbouring Indonesia.
Temple committee chairman R. Marimuthu said the
RM170,000 needed for the ceremony was collected within
a short period of time when an advisory was placed on
the Internet.
The majority who responded with funds were those who
had worked in the petroleum industry here, he said
when met during the ceremony on Friday.
Some 1,500 devotees from Kuala Lumpur, Kuantan and
Johor witnessed the ceremony, which is held once every
12 years.
Five days of prayers were held culminating in Friday's
consecration ceremony.
He said priests from Malaysia and overseas conducted
the prayers in accordance with Hindu rites.
The temple is the biggest and grandest of four Hindu
places of worship in Terengganu.
http://www.thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2006/ 11/27/nation/ 16142275&
sec=nation
KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns. blogspot. com
Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui Bank
Islam No Akaun 50120100 27521. Bank in slip bolehlah dihantar kepada :
Bendahari
Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah,
Ampangan,
70400 Seremban, N.S.
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
http://new.mail. yahoo.com
---------------------------------
Need a quick answer? Get one in minutes from people who know. Ask your
question on Yahoo! Answers.
---------------------------------
Check out the all-new Yahoo! Mail beta - Fire up a more powerful email and get
things done faster.