Assalamu`alaikum kepada semua Muslimeeen, Muslimah yang dirahmati lagi dikasihi ALLAH. Sampailah masanya untuk kita menyumbangkan (menginfa') sedikit daripada pendapatan kita yang telah ALLAH kurniakan di sepanjang tahun, kepada program Qurban yang amat baik ini. Tidak mahal, hanya rm 290 sahaja satu bahagian. Perbendeharaan ALLAH itu sangat luas. Jika tuan-puan, saudara-saudari sekelian tidak mampu menyumbang rm 290 untuk satu bahagian, jangan rasa ketinggalan. Ajaklah kengkawan beberapa orang untuk berkongsi. Tentukan nama siapa yang akan diistiharkan. Tapi yang jelas, yakinlah... ALLAH tetap akan memberi ganjaran pahala untuk satu bahagian juga, kerana setakat itu yang anda mampu... ALLAH tidak akan jatuh miskin atau fakir kerana memberikan anda ganjaran seekor lembu qurban, walaupun anda hanya menyumbang rm 10.00 sahaja. Tapi perlu diingat, jangan menipu ALLAH. Kalau mampu satu bahagian, tapi sengaja mengatakan hanya mampu rm 10/=, ... ... ... Tunggulah ketentu ALLAH ke atas anda. Kalau rujuk surah Al-Baqarah ayat 261, maksud ayat tersebut, ALLAH umpamakan sumbangan /amal kebajikan/ amal soleh hambanya yang beriman seperti satu bijik benih padi/ gandum yang ditanam, kemudian menumbuhkan 7 tangkai, kemudian setiap 1 tangkai mempunyai 100 biji padi/ gandum. Jumlah kecilnya sudah 700. Kemudian lihat pula maksud hadith riwayat AHmad; Jika seseorang yang beriman berniat melakukan sesuatu kebaikan, tetapi tak sempat melakukannya, dalam buku amalannya tercatit ganjaran pahala untuk satu perbuatan soleh itu, sebagai dilakukan sepenuhnya. Dan jika benar-benar dia berjaya melakukannya, akan tercatit dalam buku amalannya, ganjaran untuk amal soleh itu dengan pahala ianya dilakukan sepenuhnya, serta dikali gandakan dengan 10 kali ganda lagi. Inilah sifat pemurah ALLAH kepada hambanya yang beriman. Dengan kata lain, kalau kita gabungkan janji ALLAH dalam ayat 261 surah Al-Baqarah dan maksud hadith yang dinyatakan, kita akan dapati, amal kebajikan seorang yang beriman itu setiap satunya akan mendapat ganjaran 7000 kali ganda... Justeru, sukalah AKAD memperingatkan diri AKAD sendiri dan menyeru tuan/puan, saudara/saudari sekelian untuk turut sama menyertai program qurban ini, yang diusahakan oleh JIM. Ganjaran yang disebutkan, belum masuk ganjaran kerana memberikan kegembiraan kepada saudara seagama, belum masuk ganjaran pahala kerana bersedeqah, dan sebenarnya banyak lagi cabang hiliran kepada ganjaran pahala yang akan anda perolehi dari melakukan Qurban kepada pihak yang benar-benar memerlukan ini...
Semoga ALLAH memberi ganjaran syurga firdaus dan kedudukan sebaik-baiknya atas amal soleh tuan/puan, saudara-saudari sekelian. AKAD p.s. Sesiapa yang belum Aqeeeqahkan anak, boleh dibuat juga dalam program ini... Mudah-mudahan selepas diaqeeeqahkan anak, akan hilang segala ancaman bahaya yang wujud sebelum diaqeeeqahkan anak berkenaan. ============================================================== > > From: Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini <[EMAIL PROTECTED]> > Salam~ > > Antara kata-kata yang dikatakan oleh penerima program RAYUAN QURBAN JIM 1426H > tahun yang lalu: > > "It's very nice, I've been seeing cows everyday but it takes me a year to get > the chance of eating its meat... I am very thanful for this program. > Eventhough we are far from Malaysia, they still remember the needy Muslims > here in the Philippines.." > Aisha Zailon, Mindanao (balu, 60 tahun, 8 anak) > > Ayuh! Mari kita bersama-sama sokong program tahun ini!! Allahu Akbar! > Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu > Akbar! > > Abu Ameen @ Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: 012-3930329) > Sekreteriat Rayuan Qurban JIM 1427H > "Cemerlang Qurban Untuk Mereka Yang Lebih Memerlukan" > <http://qurban-aqiqah.jim.org.my/>http://qurban-aqiqah.jim.org.my
