Assalamualaikum warahmatullah...

   Saya juga seorang suami dan untuk menjadikannya sempurna, saya juga
   tidak izinkan isteri saya menyertai aktiviti sekolahnya (isteri saya
   seorang guru). Bukan tidak beri langsung sebenarnya. Apa yang penting,
   saya tidak suka pergaulan isteri saya dengan lelaki lain. Jika buat
   family day atau annual dinner dan sebagainya, biasanya akan melibatkan
   aktiviti 'kebersamaan' yang jelas mejatuhkan maruah saya sebagai suami.

   Kalau ada acara camping, saya benarkan isteri saya jadi guru pengiring
   tetapi, tidak boleh bermalam. Sebelum maghrib mesti ada di rumah.
   Mengapa? Kerana anak kami memerlukan dia lebih dari anak orang lain.

   Soalan saya kepada majikan, mengapa perlu motivation camp seperti ini?
   Motivasi seorang pekerja adalah pada duit. Kalau nak naikkan motivasi
   pekerja, beri saja gaji lebih. Tak perlu buat acara yang bertentangan
   dengan syarak. Motivation camp bererti akan ada sukan² mengarut yang
   sekurang²nya, menyebabkan si isteri terpaksa memakai t-shirt dan track
   bottom. Menampakkan punggung dan pinggul. Astaghfirullah...

   Baru² ini, saya saja cuba pergi ke family day. Saya diminta menjadi juru
   kamera. Biasalah, apabila family day, banyaklah acara sukan mengarut.
   Saya pun terpaksalah ambil gambar si perempuan melompat dan yang paling
   seronok, masuk dalam air! Jadi, untuk apa rancangan atau acara seperti
   ini? Untuk menggalakkan maksiat?

   Sebab itu, sebaiknya puan tak payah pergi. kalau bos puan hendak pecat
   kerana tidak pergi ke acara sebegini, laporkan saja ke IR. Setahu saya,
   di luar waktu kerja, majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengikut
   aktiviti syarikat. Tapi, kalau puan rasa arahan syarikat lebih penting
   dari arahan suami, kahwinlah saja dengan syarikat tempat puan bekerja.

   Untuk alasan, katakan saja kepada mereka bahawa puan orang Islam yang
   taat kepada ajaran agama. Jika kerana itu puan hendak dipecat, puan ada
   alasan yang lebih kukuh untuk menang dalam perbicaraan.

   Wassalamualaikum warahmatulllah...
   -Abu naqibah-

   ____________________________________________

   saya juga merasa simpati di atas apa yang puan hadapi, saya juga sebagai
   seorang boss, dan jika staff tidak dapat memberikan sepenuh komitmen
   terhadap pekerjaan dan aktiviti syarikat, perkara seperti ini sedikit
   sebanyak akan menjejaskan perjalanan syarikat.

   Di sini puan ada 2 opsyen, pertama mungkin puan satu hari akan
   diberhentikan kerja atau minta berhenti (jadi surirumah sepenuh masa)
   kerana tidak dapat memberikan komitmen terhadap pekerjaan (sebab kursus
   dan program motivasi adalah untuk mencemerlangkan kakitangan) termasuk
   kursus dan sebagainya adalah untuk kecemerlangan staff dan syarikat.

   Kedua, puan terpaksa melanggar cakap suami.... saya x galakkan......

   Oleh itu, puan harus berbincang dengan suami, dan dia seharusnya faham
   mengenai pekerjaan yang puan sedang lakukan..... jika dia tidak mahu
   puan mengikuti semua aktiviti syarikat, maka puan harus berhenti atau
   jika dia mahu puan bekerja, dia harus faham kehendak dan tanggungjawab
   terhadap pekerjaan yang puan lakukan.

   Kita kena faham, bahawa kita di bayar gaji untuk bekerja.....

   Semoga dapat membantu

   Soharabi, Narikkodan [EMAIL PROTECTED] wrote:
   thanks...suami saya adalah sangat lembut & penyayang orangnya...sentiasa
   berterima kasih di atas
   apa yang saya lakukan untuknya, cuma bab ni dia memang strict, dia dah
   tau company kami dipenuhi
   lelaki 2/3 & dia taknak saya berada di sekeliling environment yg boleh
   mengundang macam2 hal, motivation
   kami pun bukan sekejap, 3 malam 4 hari, it's quite long for him....so
   bila dia menjaga saya dengan baik
   memang kita kalah dgn dia...cuma my prob is with da company yg anggap
   motivation camp tu compulsory, reason
   family members sakit je yang dia terima...itu pun family
   terdekat..anyway thanks.


   -----Original Message-----
   From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
   Behalf Of siti halimah bakri
   Sent: Friday, 24 November, 2006 09:33
   To: Ikhwanul Muslimun
   Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Bila Suami Kata Jangan...(1)

   Wa'alakumussalam.
   saya amat bersimpati dengan puan, walaubagaimanapun saya/org lain tidak
   mengetahui siapa suami puan sebenarnya...yang mnegenali dia pun hanya
   puan seorang.
   walaupun saya baru setahun jagung dalan lam perkahwinan, "komunikasi"
   merupakan perkara amat penting...setiap apa yang berlaku mesti
   bersebab..saya harap puan tidak putus asa menyelidik apa sebab suami
   puan berkelakuan begini(mungkin juga ada sejarah lalu dalam
   keluarganya)...dan saya doakan Allah kurniakan kesabaran kepada puan di
   atas apa yang berlaku...dan banyak2kanlah baca doa pelembut hati dan
   tujukan padanya pada semua keadaan(sediakan makan, tidur dsb)..

   Soharabi, Narikkodan [EMAIL PROTECTED] wrote:
   Assala mualaikum...

   Nak minta pandangan rakan2...saya berkerja dan sykt saya bekerja akan
   conduct motivation camp setiap tahun, ia adalah compulsory & surat
   bertulis perlu diberi sekiranya kita tidak dapat menghadirkan
   diri...kita akan di interview & kemudian they will give us answer
   whether our reason tu acceptable or otherwise..

   Masalah saya ialah...suami tak benarkan hadir motivation camp ni...bukan
   kata camp ni...kalau ada trip ke..annual dinner ke...staff birthday
   celebration ke...staff kahwin ke...semuanya tak boleh pergi..tapi pergi
   kerja sahaj a dibenarkan...

   Baru minggu lepas trip ke resort terdekat untuk branch kami dibuat &
   saya tidak menghadirkan diri atas permintaan suami...sampai rakan
   sekerja saya call husband for approval but tak dapat jugak...colleaque
   kahwin...satu office pergi except myself..bila ajak pun dia taknak...

   Saya tak kisah untuk patuh apa yang disuruh...cuma masalah saya bila
   boss kata...macam tu suruh suami u simpan u kat rumah tutup pintu &
   tingkap lah...kalau motivation camp he can't do like this...boss give up
   sebab dia ada offer suruh husband ikut sekali pergi resort tu, so that i
   can go...i'm the only staff yg tak pergi..boss dah perasan...banyak
   activity i tak join sekarang...badminton ke...bbq for staff ke...apa2
   jelah...semua tak pergi..

   Tak lama lagi motivation camp akan dibuat...suami awal2 dah pesan cannot
   go...that's it..bila saya suruh dia bagi reason...dia kata u dah
   kahwin...suami u kata jangan so janganlah...just create whatever reason,
   bila i kata abang yang patut bagi reason dia kata...i dont know..u come
   out with something...

   What should I do ya?? I taknak tak patuh kat dia..but i ni kan makan
   gaji...how to handle this..i really dont know..

Kirim email ke