Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Agama itu sangat
ringan dan sesiapa yang membebani amalan dalam agama secara berlebihan akan
dikalahkan oleh agama itu sendiri (yakni akan merasa bosan melakukan amalan
yang berlebih-lebihan). Jadi tidak perlulah engkau berlebihan dan berbuatlah
yang benar (yakni melakukan amalan secara sempurna, tanpa tokok tambah atau
menguranginya) dan terimalah khabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran
dan mohonlah pertolongan (untuk mengerjakan agama) di waktu pagi, siang dan
penghujung malam."

(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah r.a., ketika saya sedang duduk dengan seorang wanita Nabi
Muhammad s.a.w datang dan bertanya kepadaku, "Siapakah dia?" Aku menjawab,
"Si Fulanah", dan aku menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia beribadah
dengan berlebihan. Nabi s.a.w. bersabda, "Hentikan, lakukanlah amalan
mengikut kemampuan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah tidak penat (untuk
memberi pahala) namun engkaulah yang akan lelah dan amalan agama itu adalah
yang dikerjakan secara tetap."

(Riwayat Bukhari)

--
* Forwardkan kat kengkawan, mudah-mudahan mendapat manfaat.

Kirim email ke