Antara Arqam, Ayah Pin & Islam Hadhari Tun Jul Mon | Dec 11, 06 | 09:24:01 AM - Harakahdaily.net
Saudara Pengarang, Sekarang mula sibuk kembali cerita pasal Arqam yang pernah diharamkan beberapa tahun lalu. Masalahnya apa muslihat timbulnya perkara ini semula sedangkan Arqam sudah diharamkan dan telah difatwakan. Kalau adapun yang masih degil dan taksub, hanya sebilangan kecil bekas-bekas ahli Arqam dulu. Apa ianya benar-benar membahayakan negara atau masyarakat jika dibandingkan dengan masalah murtad, arak, judi, rasuah dan termasuk ajaran sesat Islam Hadhari? Mengapa Kerajaan tak haramkan Sisters in Islam dan IFC? Apakah kerana Sisters in Islam itu orang Melayu yang sokong dan taat pada Umno? Kalau gitu elok syorkan semua ahli Arqam atau Rufaqa itu isytihar masuk Umno saja, pasti tidak akan diambil tindakan kerana dalam ajaran Islam Hadhari sesiapa pun boleh masuk tak kira si murtad, tak solat, pelacur, perogol, kaki zina, kaki arak, puak sesat, perasuah, penipu, penindas, pendusta agama, perompak, pencuri, peragut dan berbagai lagilah dan itu sebabnya ia diiktiraf oleh Yahudi dan Nasrani. Ayah Pin dan pengikutnya yang jelas murtad sehingga sekarang tiada apa tindakan pun malahan Ayah Pin dikatakan masih bebas ke sana ke mari. Apakah kerana Umno banyak terhutang budi dengan Ayah Pin kerana beberapa hari sebelum hari mengundi pada pilihan raya terkotor di Malaysia khususnya di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis diadakan pada tahun 2004 lalu beribu-ribu orang dari luar yang dibawa masuk untuk mengundi di Terengganu dan Kelantan ditempatkan di perkampungan Ayah Pin di Besut? Apakah kerana puak-puak Melayu yang telah murtad ini merupakan ahli Umno dan penyokong setia Umno maka tiada tindakan yang selari dengan ajaran Islam diambil? Ahli Parlimen Besut dan MB Terengganu ini juga mendapat undi dari puak murtad yang dilindungi mereka sekian lama ini. Pendedahan pengerusi SPR dalam Siasah baru-baru ini bahawa beribu-ribu rakyat Thailand mempunyai kad pengenalan negara ini dan akan masuk untuk mengundi pada pilihan raya di Kelantan dan sebelah Utara. Ini belum termasuk beratus ribu rakyat Filipina, Indonesia dan lain-lain negara yang mempunyai kad pengenalan negara ini semata-mata membolehkan mereka mengundi di sini bagi mengekalkan kuasa pemerintah sekarang? Apakah kerana rakyat negara ini majoritinya sudah tidak berminat dengan Umno maka rakyat asing digunakan untuk mengundi mereka. Akhirnya Umno menang kerana diundi oleh rakyat asing dan akhirnya negara ini tergadai jadinya nanti. Tidak mustahil bukan? Dan pengakuan Pengerusi SPR itu bahawa memang terdapat lebih sejuta orang mati masih ada nama dalam daftar pengundi dan ada yang pulang mengundi menguatkan lagi dakwaan pembangkang yang selama ini dinafikan oleh Umno. ISA yang dikatakan selari dengan Islam Hadhari secara tidak langsung menguatkan dakwaan Islam Hadhari itu benar-benar sesat lagi menyesatkan. ISA adalah haram di sisi Islam kerana ia berlawanan dengan keadilan yang dituntut oleh Nabi. ISA menahan tanpa bicara hanya berlaku di Palestin bila puak Israel menangkap umat Islam dan dipenjarakan tanpa bicara. Juga dilakukan oleh Yahudi Amerika dengan menahan umat Islam di penjara Guantamo di Cuba tanpa bicara. Sama bukan? Jadi Israel dan Yahudi pun menganut Islam Hadhari jugalah kot! Golongan yang boleh dikatakan melaksanakan Islam dan memperjuangkan hanya yang berasaskan al-Quran dan hadis sahaja dan melaksanakan semua hukum-hukum tanpa ragu dan banyak alasan yang direka. Mana mungkin orang murtad, orang kaki arak, kaki judi, kaki zina, tak solat, hina Islam, perasuah akan menyokong Umno jika benar Umno itu memperjuangkan Islam berasaskan Quran dan Hadis? Yang pasti Umno bukan jemaah Islam, sedangkan jika mengambil Islam lain dari Al-Quran dan hadis jelas sesat. Jadi, umat Islam yang ingin mencari reda Allah, dan menjadi umat Muhammad, wajib menolak Umno dan berusaha menjatuhkannya kerana menghancurkan Umno adalah jihad dan fisabilillah yang nyata dan besar. Umat Nabi Muhammad tidak akan menyokong Umno malahan terniat nak sokong pun boleh dianggap mengkhianati Rasulullah. - mr Tun Jul Terengganu Darul Iman. --------------------------------- Access over 1 million songs - Yahoo! Music Unlimited.
