Asalamualaikum wbrt
Yayasan Pembangunan Nurhikmah mengucapkan berbanyak terima kasih diatas
sumbangan yg anda sekelian hulurkan bagi membantu Puan Mazni di Kampung Pulai,
Baling Kedah. Sukacita dimaklumkan bahawa sumbangan anda telah kami sampaikan
sendiri kepada Puan Mazni dirumah beliau pada hari Ahad 10 Disember 2006 lalu.
Keterangan foto : Haji Abdul Razak Barzid dari YPN sedang menyampaikan
sumbangan kepada Puan Mazni
Keterangan foto : Puan Mazni bersama anak-anak
Berikut adalah lapuran penuh Hj Abd Razak mengenai lawatan tersebut :
Alhamdulillah, dengan izin allah saya selamat pergi dan balik ke rumah Pn
Mazni di Pulai Baling Kedah. Saya dah sampaikan salam & sumbangan dari sahabat
sahabat dari sini Dan dia pun ada kirim salam pada semua sahabat sahabat dengan
ucapan
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ . Dengan rasa terharu dia mengucapkan berbanyak
banyak terima kasih kepada semua yang menyumbang kepadanya. Selepas saya
menyerahkan sumbangan itu dia menadah tangan kehadrat allah subhanawataala dan
berdoa semuga allah luaskan rezeki serta di panjangkan umur kepada hamba allah
yang menolongnya. Dia memberitahu saya bahawa dia akan menderma sedikit duit
yang diterima kepada anak anak Yatim untuk di panjangkan sedekah tersebut
kerana dia berkata siapa yang pernah merasa susah mereka akan tahu keperitan
hidup dalam kesusahan. Bantulah orang orang yang sangat memerlukan , Fakir
miskin dan anak-anak yatim. Setiap rezeki yang kita dapat & dibelanjakan akan
ditanya. Dari mana kita dapat dan kemana kita belanjakan kerana terdapat
bahagian fakir miskin & anak yatim. Dengan sedekah yang di keluarkan akan
bertambah berkatlah rezeki. Terdapat orang orang individu yang datang membantu
membaiki rumahnya.
Bersama sama ini saya sertakan gambar terbaru ;-
Sebelum ini pintu depan rumahnya tidak berpintu hanya mengunakan langsir ,
sekarang dah ada pintu .
Bilik dulu tak ada , sekarang dah dibuat bilik untuk anak anak perempuannya
dengan menggunakan papan plywood.
Atap zink sebelum ni bocor , telah diganti bahagian yang bocor.
Bilik air dulu daif dan tidak berpintu , sekarang dalam proses buat bilik
air yang baru.
Sekarang Pn Mazni mengambil ubat untuk suaminya sebulan sekali ke Perlis
kerana ubat berkenaan serasi dengan suaminya. Dia perlu berulang ke Perlis
untuk mengambil ubat tersebut dan kos berulangalik dan harga ubat dia tanggung
sendiri. Sebelum ini suaminya akan bangun malam sebanyak 8 kali, selepas
mengambil ubat tersebut dia hanya bangun 2 kali dan kesihatannya nampak
bertambah baik.
Ini saja yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Jika kita gembirakan hati
orang lain yang dalam kesusahan insyaallah allah akan gembirakan hati kita di
akhirat nanti. Maaf jika tulisan saya kurang enak dibaca.
Wasalam.
TERUSLAH MENYUMBANG MELALUI YAYASAN PEMBANGUNAN NURHIKMAH. SILA LAYARI
www.nurhikmah.org.my
---------------------------------
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/