Kawan saya, seorang yang berpelajaran tinggi dan boleh dikatakan orang
berada juga menasihat saya begini:
Kalau nak kita tahu bagaimana anak-anak melayan kita semasa kita tua
dan dah tak larat 15 atau 20 tahun nanti, cuba tengok bagaimana kita
melayan orang tua kita sekarang.
Kalau baik layanan kita pada orang tua kita sekarang maka baiklah
layanan anak-anak pada kita nanti.
Saya mendengar nasihat kawan itu dgn penuh perhatian kerana zaman
sekarang ni nak cari orang berada yg beramal dgn apa yang dia kata serta
perihatin dgn orang tua tua mereka semakin sukar untuk dicari.

Wallahu'lam.   

>>> Rozmal bin Malakan  11/12/2006 16:10:08 >>>
Itulah berita yang saya dapat, seorang nenek Melayu
yang sudah tua yang tinggal bersendirian didapati mati
tergantung dengan tali buaian cucunya minggu lepas di
sebuah perkampungan Melayu di Malaysia ini.

Tak perlulah pembaca tertanya-tanya di mana kejadian
ini berlaku. Tak perlulah pembaca tertanya-tanya mana
anak-anak serta cucu-cucu nenek ini. Ambillah ia
sebagai satu pengajaran.

Inilah fenomena yang berlaku, hakikat sebenar keluarga
Melayu di Malaysia ini. Kita semakin hari semakin
hidup dalam keadaan sendiri sendiri. Aku hidup aku,
kau hidup kau. Apa sudah jadi dengan masyakarat kita ?
Apa sudah jadi dengan institusi keluarga Melayu kita ?
Apa sudah jadi dengan institusi masyarakat kita,
institusi penghulu, JKKK, jawatankuasa masjid dan
surau ?

Benarlah apa yang dipesankan oleh seorang ulama di NS
, Sheikh Faiz dalam kuliah-kuliah beliau. Jagalah diri
kita, jagalah ahli keluarga kita. Jagalah amal ibadah
kita dan keluarga kita. Banyak bala akan turun. Kalau
kita mampu hidupkanlah surau dan masjid ditempat kita
dengan solat jemaah. Jagalah diri kita dan keluarga
kita dari azab kubur dan azab api neraka.

Institusi keluarga Melayu semakin hancur. Apa balasan
yang diterima oleh nenek tadi adalah antara dia dan
Allah. Yang pasti yang tinggal akan
dipertanggungjawabkan, akan ditanya diakhirat kelak.
Mana anak-anaknya, mana cucu-cucunya, mana sanak
saudaranya, mana jirannya, mana penghulunya, mana
imamnya, mana wakil rakyatnya.

Tengok sendiri dikeliling kita berapa ramai atok-atok,
nenek-nenek, wan-wan, opah-opah, makcik-makcik,
pakcik-pakcik yang tinggal bersendirian. Bagaimana
layanan kita dengan ibu bapa kita ?





     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com 
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net 
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com 
   





 
____________________________________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke