Assalamualaikum wrt

Sebenarnya salah satu minat kami (saya, isteri dan beberapa orang
rakan) ialah untuk mendalami permasalahan mereka yang pernah
terlanjur. Kami ingin sangat tahu mengapa sesaorang itu terjebak ke
dalam aktiviti yang dikeji oleh Allah swt.

Mungkin kami boleh mendapatnya melalui pembacaan,tetapi bagi kami
untuk menjiwai permasalahan mereka ini, kami perlu terjun ke medan dan
bertemu sendiri dengan mereka.

Alhamdulilah, kami telah mendapat beberapa peluang dan salah satu
darinya ialah bertemu dengan sekumpulan pelajar perempuan yang
ditempatkan di Raudhatus Sakeenah di Kuala Lumpur. Tapi mereka ini
adalah kalangan remaja yang sudah insaf dan mahu kembali ke pangkal
jalan. Sedih kami lihat keadaan remaja ini - mereka macam anak-anak
kita sendiri- tetapi telah terlanjur...

Kami telah membuat rakaman suara salah seorang dari mereka. Kami
mendapat kebenaran dari mereka agar rakaman itu nanti digunakan bagi
menyedarkan mereka yang diluar sana.

Rakaman tersebut telah diproses dan kesannya Alhamdulillah amat
berkesan bagi menyedarkan remaja yang mendengar ceramah kami nanti.
Dengan teknologi terkini, kami dapat kongsikan bersama rakaman
pengakuan tersebut (7.56 minit) - moga dengan ini dapat dijadikan
bahan bagi menyedarkan masyarakat kita di luar sana.

http://www.youtube. com/watch? v=0uuuSGkptYA

Saya abadikannya juga dalam ceramah saya bertajuk Impian Kasih antara
Fantasi dan Realiti. Di mana ceramah ini memperkatakan persoalan cinta
remaja masa kini. Ikutilah sedutannya (2.13 minit) di bawah ini.

http://www.youtube. com/watch? v=i7opaFKU014

Rumusan yang dapat kami buat, apabila Allah itu tidak disembah dalam
ertikata yang sebenarnya, apabila Allah tidak menjadi neraca dalam
kehidupan kita, syaitan akan bermaharaja lela dan akhirnya akan
mengheret mereka dalam kancah kehinaan.

Moga Allah memberi kita kekuatan bagi membentengi anak-anak kita dari
terjebak dalam kancah yang tidak diingini ini.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham
http://ahisham2001. multiply. com/

Kirim email ke