Ana cukup hairan bila di informkan, wakil palestin yg dtg utk persidangan ini
ialah wakil dari parti Fatah....bukan dari wakil kerajaan iaitu Hamas......
saya rasa pelik pulak, adakah negara kita sehaluan dgn amerika iaitu sama2
tidak mgiktiraf hamas sbg parti kerajaan palestin....
Tadi ana pi demotrasi dari masjid KLCC ke kedutaan amerika sedih sangat sbb tak
ramai yg join...entah mungkin smagat ukhwah kita semua tawar kot.... atau
mungkin takut dibuang kerja..... ana buat bodoh je...pakai baju batik sbb 15hb
pak lah suruh pakai....latak je lah...bos buleh buat ape sgt....
PBB harap mesyuarat mengenai Palestin berhasil
PUTRAJAYA 14 Dis. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berharap Mesyuarat
Khas Asia Bagi Menyokong Hak Mutlak Rakyat Palestin selama tiga hari bermula
esok di Kuala Lumpur dapat membuahkan cadangan konkrit bagi menyelesaikan
konflik di Palestin.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, harapan tersebut adalah
berdasarkan agenda mesyuarat berkenaan yang akan membincangkan pelbagai aspek
dan isu yang menyentuh Palestin secara menyeluruh.
Beliau berkata, mesyuarat berkenaan juga akan membentangkan laporan dan
beberapa cadangan yang sesuai untuk menyelesaikan konflik di Palestin.
‘‘Apa jua laporan dan cadangan yang bakal dibentangkan dalam mesyuarat
berkenaan adalah berdasarkan resolusi PBB dan juga proses multilateral.
‘‘Ini kerana, Malaysia berpendapat bahawa PBB sepatutnya memainkan peranan
utama dalam menyelesaikan konflik di Palestin dan bukannya bergantung harap
kepada usaha kumpulan Hamas serta Fatah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi
Jawatankuasa Mesyuarat Khas Asia Bagi Menyokong Hak Mutlak Rakyat Palestin di
sini hari ini.
Lebih 40 buah negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia
akan menyertai mesyuarat berkenaan.
Syed Hamid memberitahu, dalam pertemuan itu, wakil jawatankuasa berkenaan
menyifatkan usaha kumpulan Hamas dan Fatah dalam menyelesaikan konflik di
Palestin adalah terlalu perlahan serta tiada kemajuan yang membanggakan.
___________________________________________________________
All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease
of use." - PC Magazine
http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html