Tujuan utama perkahwinan ialah untuk mendapatkan seks yang halal supaya 
hubungan yang berlaku adalah di dalam batas syariat dan jika lahir anak paling 
tidakpun anak itu adalah anak sah taraf dan mempunyai ibu bapa untuk dirujuk 
jika berllaku apa-apa masalah kemudian hari.  Bukan maksud saya perkahwinan 
adalah untuk tujuan seks semata-mata.  Tapi itu adalah hakikat yang tidak dapat 
disangkal oleh sesiapa.  Selain dari tujuan tersebut tidak siapa yang boleh 
menjamin berterusan dan berpanjangannya sesuatu perkahwinan.  Pasangan yang 
berkahwin mempunyai seribu sebab untuk berpisah dan hanya satu sebab untuk 
meneruskan perkahwinan.  Lihat saja masyarakat kita sekarang yang mempunyai 
pelbagai masalah bahkan masalah yang dihadapi oleh kita adalah semakin kronik 
dan semakin membimbangkan.  Antaranya adalah masalah anak luar nikah.  Kalau 
masyarakat barat terlalu senang mendapatkan seks walaupun mereka tidak 
berkahwin tapi masyarakat kita dipersukarkan keperluan itu.  Orang barat
 walaupun tidak berkahwin atau lambat kahwin tidak bermakna mereka tidak 
melakukan seks.  Mereka juga tidak mengatakan seks itu tidak perlu.  Mereka 
berkahwin bukanlah untuk tujuan mendapatkan seks kerana seks boleh mereka 
dapati tanpa perkahwinan.  Dalam masyarkat yang serba salah seperti komuniti 
yang kita hidup hari ini, perkara ini menjadi dilema yang besar.  
   
  Sebenarnya Islam cukup memudahkan perkahwinan tinggal lagi `Melayu boleh' 
kita terlalu menyukarkan dan tidak membolehkannya dalam banyak perkara.  Sistem 
yang kita hidup hari ini adalah terkontang-kanting, Dengan erti kata lain, kita 
tidak mengikut Barat atau Islam sepenuhnya.  Keadaan ini akan membuatkan Melayu 
Baru menyalahkan Islam.  Mereka tidak menyedari bahawa kita hidup dalam sistem 
sosial yang cacamerba.  Cuba saudara saudari renungkan, keredhaan siapakan yang 
kita cari?.. Keredhaan George Bush atau keredhoan Nabi Muhammad.  Sebenarnya 
bukan keredhoaan salah satu dari kedua tokoh itu yang ktia cari.  Apa yang 
pasti kita hidup dalam sistem yang tidak mempunyai arah dah hala tuju.  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            mualaikumsalam....
   
  saya ni nak mewakili lelaki la... walaupun saya ni belum kahwin tapi byk 
berkongsi pengalaman ngan org yang dah berkahwin..... byk persoalan yang mesti 
saudari jawab untuk meneruskan percintaan saudari nih....
  mula2 saya nak tanya... apa kelebihan saudari dari isteri mamat ni dari mata 
mamat tu sendiri..... kenapa dia tak setia dgn isteri dia?..... kenapa dia 
memilih saudari sebagai teman hidupnya sedangkan dia sudah dan baru 
beristeri?.....
   
  soalan2 tu boleh menjawab byk kekusutan dihati saudari..... samada dia benar2 
jujur atau untuk....ehemm.... paham2 jela..... hehehe...
  Sebab ramai la kawan2 saya yang dah kawin.... tapi tak semua la..... bila tgk 
pompuan... diorg igt benda tu jer... terus terang sy cakap..... bukan nak 
menjatuhkan lelaki..... tapi kalau dia mampu.... yang paling penting dari segi 
kewangan la.... nak pasang 4 pun ok.... tapi kalau setakat paras2 hidung jer 
saya rasa tak payah la..... tu manis masa bercinta jer.... sebab kalau nak kira 
adilnya tu mmg susah la kalau lelaki zaman sekarang nih..... duit pun 
kurang..... camne nak bahagia....?? fikirkan la....
   
  U nih kategori pompuan tak laku ker camne??..... takkan takde lelaki bujang 
yang nak kat u?.... atau u yang memilih..... u kena igt... lelaki dah kawin nih 
mmg pandai hal pompuan nih.... tau mana kelemahannya..... mana yang dier 
suke..... camne nak ambik ati dier.... byk pengalaman la katakan..... jadi u 
jgn la mudah terpedaya.....
   
  Zaman dulu kawin byk sebab ambik isteri2 sahabat yang terkorban masa 
perang.... untuk jadi pelindung mereka...... tapi kes awk nih dikira camne lak 
tu???.... dah la tu baru kahwin... awk bayangkan awk jadi isteri dia 
kelak??..... 
   
  entah la... tu pendapat saya jer.... pandai2 awk la buat keputusan... sebab 
kita nih kalau tak rasa lagi mmg la tak tau.... maaf la kalau ada yang 
tersinggung dgn kata2 saya tadi.. terutamanya org lelaki...... wasalam
   
   
  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        mualaikumsalam,
   
  susah sungguh situasi saudari ni. kalau saya berada di tpt saudari pun, mahu 
pening kepala saya ni.
  Namun, ini semua adalah pendapat saya semata2. selebihnya terletak di tangan 
saudari untuk memutuskannya.
   
  berdasarkan cerita anda, si dia amat muda, baru 25 tahun. Tahukah anda 
kematangan lelaki ketika mereka menginjak ke usia 30 tahun? (sumber internet). 
Sudah matangkah dia. Bagaimana seseorang yang baru dapat baby amat mudah untuk 
jatuh cinta kali kedua? Ada baby, maknanya dia baru berkahwin. kemungkinan baru 
berkahwin 2 tahun (jika lepas kahwin terus dpt baby) tidakkah anda rasa pelik 
atau janggal? mungkinkah dia seorang lelaki yang mudah untuk jatuh cinta?. 
tambahan pula dia tidak tinggal bersama2 isterinya. Jadi anda asyik masyuk 
bercinta tanpa gangguan.  masa bercinta semua indah. kalau pun anda tak kisah, 
bagaimana dengan isterinya....kisah atau tidak?. Fikirkan lah sedalam2nya. Jika 
kita ambil hak org lain, mungkin satu hari nanti org akan ambil hak kita pula. 
namun, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menentukannya. 
mungkin jodoh anda dengan si dia. 
   
  Tanya pada diri sendiri, bersediakah aku untuk berkongsi?
  sanggupkah aku untuk berkongsi? redhakah aku? tabahkah aku? mampukan aku 
mengalah? bertolak ansur ? bolehkah aku mengawal rasa cemburu? dan 
segala-galanya. mampukah anda menghadapinya seumur hidup anda? buat pengetahuan 
anda saya sudah berkahwin. saya tidak menentang poligami tetapi saya amat 
berharap saya tidak terpilih untuk mengalami sebuah perkahwinan poligami. 
(harap faham)
   
  Saranan saya ANDA BUAT SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH minta petunjuk dari Allah. 
Benarkah jodoh anda dengan si dia. jika benar teruskan. jika tidak lebih baik 
undur diri sebelum anda mencintainya lebih lama. ini akan menyebabkan anda 
lebih menderita.
   
  sekian. wasallam
   
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
        assalamualaikum...
   
  minta laluan TM plz hide my id..tq
   
  salam ukhwah kpd saudara/i dalam ruangan ini. mohon maaf andai mganggu kalian 
semua..terdahulu sy pernah mceritakan kisah sy ada hubungan dgn suami 
org..teman2 di ruangan ini telah menasihati saya supaya memutuskan hubungan 
tsebut..atas dasar tsebut sy memutuskannya walaupun bukan dgn kerelaan dia dan 
sy sendiri..tp semuanya sy tpaksa bkorban demi utk kebahagiaan org lain..skrg 
sy dan dia hanya sekadar kwn biasa...walaupun episod cinta sy dgn dia sudah 
berakhir namun cinta baru yg hadir dalam hidup sy juga merupakan suami 
org..saya t'tanya2 pada diri sy sndiri mengapakah sy tpaksa hadapi dugaan ini 
utk kali yg ke-2?..utk pengetahuan kalian dia tua sethn dari sy..umurnya masih 
muda (25 thn)sebab itu sy rasakan dia belum bkahwin..setelah disiasat rupa2nya 
dia mmg sah bstatus suami org dan merupakan ayah kpd seorang baby..mengucap 
pnjang bila sy mengetahui statusnya..sy mohon memutuskan hubungan dgnnya tetapi 
dia merayu2 dr sy..sy off hp dia call opis..bila call opis mbr yg
 angkat mengatakan sy xde kat opis dia amik keputusan tunggu depan rumah..sy 
xtau apa nak lakukan lg..akhirnya sy mengalah dgn kesungguhannya  sehinggalah 
ke hari ini sy masih bhubung dgn dia..utk pengetahuan semua, 2 bln yg lepas 
wifenya ditukarkan ke kg halaman di timur semenanjung tanahair. hubungan sy dgn 
dia ibarat pcintaan dara dan teruna yg tidak mpunyai sbrg masalah walau 
kadangkala isterinya menelefon atas sms dia ketika sedang borak2 di kedai atau 
di restoran btanya di di mana dan buat apa..sy dah tbiasa dgn keadaan itu dgn 
x-bf sy yg tdahulu so sy tiada sebarang masalah bkaitan itu..dia tidak pernah 
m'abaikan tjawab kpd anak dan isteri kerana setiap hujung mgu dia akan blk ke 
kg..entahlah, sy bingung dgn hubungan sy dgn dia. sy tidak tahu mcmana nak 
mhadapinya. skrg ni dia on da way blk kg utk mbawa wifenya dtg kl kerana 
wifenya bcuti selama sminggu sementara menguruskan keje2 yg masih ttinggal di 
opisnya dahulu. dia sentiasa akan mberitahu sy walau ke mana pun
 dia pergi dan akan meminta pndangan sy dlm setiap apa jua hal sekalipun..itu 
mbuatkan sy jatuh hati pada dia.. APAKAH SALAH MCINTAI SESEORANG YG BGELAR 
SUAMI ORG? sy tahu mmg pedih jika sy berada di tempat isterinya..tp mcmana 
harus sy lakukan? sy mohon pandangan dn pendapat kalian utk yg ke-2 kalinya. 
sekian wassalam..
   
  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi 
kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui, sedang 
kamu tidak mengetahui"( Al-Baqarah 216 )
    
---------------------------------
  Sponsored Link

Degrees for working adults in as fast as 1 year. Bachelors, Masters, 
Associates. Top schools   




  Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 





   
  
    
---------------------------------
  Want to start your own business? Learn how on Yahoo! Small Business.  

         

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke