ISA: Dua modus operandi SB yang keji                            
                         
                        
                                       Saari Sungib | [EMAIL PROTECTED]      
         Thu | Dec 14, 06 | 02:47:18 AM                    Jelas Akta 
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah instrumen bagi menjaga kepentingan 
politik Umno. Saya telah nyatakan bahawa kepentingan politik Umno terdiri 
daripada dua bidang utama. Pertama, melindungi atau mengukuhkan kuasa politik 
elit dalam Umno-BN. Kedua, menutup jenayah politik elit Umno-BN.

     
Saya telah menghuraikan perkara kedua dengan beberapa contoh yang terang. 
Sekarang biarlah saya huraikan perkara yang pertama pula.

 
Dalam menjalankan kerja bagi melindungi atau mengukuhkan kuasa politik elit 
dalam Umno-BN, elit atasan Pegawai Cawangan Khas (SB) beroperasi berdasarkan 
dua modus operandi tunjang.

 
Pertama, mengesahkan, mengiyakan dan menjustifikasikan pemikiran, sikap, 
kecenderungan dan akhirnya keputusan bos mereka, iaitu Perdana Menteri (PM). 
Biasanya PM juga akan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, iaitu orang 
yang berkuasa penuh di atas urusan ISA.

 
 Kedua; menggunakan kuasa yang luas untuk berusaha mencari jalan, helah dan 
mereka-reka cerita bagi membolehkan PM bertindak menggunakan ISA ketika mana 
kepentingan PM dan elit Umno mula atau sudah terancam.

 
Bagi menjayakan kedua modus operandi ini, segelintir elit atasan SB dipilih 
secara eksklusif oleh PM. Mereka adalah lantikan politik. Dalam struktur Polis 
Di Raja Malaysia (PDRM) dikatakan bahawa hanya dua orang sahaja yang mempunyai 
akses terus kepada PM.

 
 Dua orang tersebut adalah IGP dan Boss No. 1 SB
 Walaupun Boss No. 1 SB secara rasminya adalah di bawah Ketua Polis Negara 
(IGP), tetapi dalam dua modus operandi tadi, Boss No. 1 SB tidak perlu melapor 
dan merujuk kepada IGP. Beliau melapor direct kepada PM!.

 
Ramai di kalangan Pegawai Penyiasat (IO) yang melonjak-lonjak penuh gembira 
menceritakan bahawa Boss No. 1 mereka dalam urusan menahan tahanan ISA tidak 
perlu merujuk kepada IGP. Tugasnya adalah direct di bawah PM. Dengan itu IO-IO 
tersebut mendabik dada mengatakan kerja-kerja mereka adalah kerja-kerja arahan 
langsung daripada PM!.

 
Oleh kerana arahan Boss No. 1 SB datangnya daripada PM atau demi menjaga hasrat 
PM, maka Boss No. 1 SB perlu memprofailkan secara rapi IO-IO ini di kalangan 
SB-SB dalam menjayakan sesuatu operasi penahanan ISA.

 
 Pemprofailan IO-IO ini tidak mungkin membolehkan IO-IO itu memahami dan 
membaca tujuan sebenar arahan yang diberikan kepada mereka. Mereka tidak dapat 
gambaran menyeluruh atau the big picture tentang tugas-tugas yang diarahkan 
untuk mereka lakukan.

 
Untuk itu setiap operasi ISA, IO-IO akan dipilih di kalangan SB-SB yang tidak 
kenal antara satu sama lain dan juga tidak mengetahui apa tugas yang dijalankan 
oleh satu IO dengan IO-IO yang lain.

 
 Semua IO itu hanya melaksanakan apa yang ditetapkan dalam skrip dari pihak 
atasan. Mereka tidak boleh menyoal dan tidak boleh buat selain daripada apa 
yang diarahkan. Itu sebabnya dalam sesuatu operasi ISA, seorang IO hanya 
ditugaskan dengan sesuatu tugas khas.

 
 IO yang diperintahkan mencarut dan merapu akan mencarut dan merapu
Contohnya, seorang IO tidak habis-habis menceritakan kisah-kisah seks, liwat, 
tiger-show, tarian bogel, hubungan seks dengan isterinya dan kisah-kisah 
intipan adegan seks dato', datin, tan sri dan puan sri!.

 
Ada pula IO yang berbangga menceritakan adegan-adegan seksnya dengan 
pelajar-pelajar IPT tempatan yang kononnya melakukan perbuatan itu demi 
membiayai yuran pembelajaran mereka.

 
Dengan bangganya ia berkata: "Aku kerjakan dia enam kali malam tu.. sampai tak 
ada apa lagi.. yang ada angin saja yang keluar dari %^&#nya..."!.

 
 IO yang tugasnya memaki dan menyumpah, akan memaki dan menyumpah secara 
marathon

 
Contohnya, seorang IO yang diarahkan menyebut Anwar Ibrahim sebagai "Dajjal" 
akan mengulang-ngulang menyebut sumpahan tersebut dari mula hingga penghujung 
soal-siasat 60 hari. Tiada IO lain yang perlu menyokong atau menegur sumpah 
seranahnya terhadap Anwar Ibrahim.

 
IO yang ditugaskan memfitnah akan melakukan kerja-kerja fitnah tersebut dengan 
penuh ghairah sekali. Fitnah itu ditumpukan khas kepada orang-orang yang 
dianggap sebagai ikutan tahanan ISA tadi.

 
 Contohnya, bagi tahanan Al-Maunah mereka berdepan dengan berbagai-bagai cerita 
fitnah tentang Amin Razali (Al-Marhum). Amin dikatakan tidak tahu membaca 
Al-Quran dan oleh itu sentiasa menjadi orang yang terakhir sekali ke bilik air 
demi mengelakkan dirinya diminta menjadi imam solat berjamaah di kalangan 
ahli-ahli kumpulannya!.

 
Amin juga dikatakan kuat hisap rokok dan bersembunyi dalam tandas demi 
mengelakkan ahli-ahli Al-Maunah mengetahui bahawa dia sedang menghisap rokok.

 
 Bahkan mereka katakan bahawa Amin Razali mengsonglap berpuluh-puluh ribu 
ringgit duit ahli-ahli Al-Maunah dengan memperdayakan mereka membeli pedang dan 
baju sakti!.

 
Jika orang tahanan tadi cenderung kepada PAS, maka habis PAS dimaki seranah 
oleh IO yang ditugaskan untuk memaki seranah PAS. Macam-macam fitnah kreatif 
yang dicipta oleh mereka sampaikan dikatakan ada seorang pemimpin kanan PAS 
yang mengadakan hubungan seks berkali-kali dengan anak perempuannya sendiri!!.

 
Maklumat itu didapati daripada isteri pemimpin kanan PAS itu sendiri yang 
datang mengadu kepada IO!!. Apa punya logik ke cerita itu?. Namun kerana 
bernafsu sangat memfitnah PAS, apa saja boleh keluar daripada mulut yang busuk 
lagi celupar itu.

 
Ada seorang IO memfitnah seorang pemimpin kanan PAS yang kononnya mengadakan 
hubungan seks secara sulit dengan isteri sahabatnya sendiri!. IO itu pergi jauh 
sehingga berkata: "Dia buat kerja tu...sampai tersekat bulu %^&# perempuan tu 
dalam kerongkong dia"!!!!.

 
IO yang dikerahkan memfitnah pemimpin-pemimpin yang menentang Umno itu juga 
boleh pergi begitu jauh dengan melakunkan adegan-adegan menonggeng, 
mengangkang, mengongk*k dan seumpamanya.

 
Jika tahanan tersebut merupakan penyokong Parti Keadilan, maka hancur nak ghak 
lah cercaan dan fitnah terhadap Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah, Mak Yan, Dato' 
Ibrahim dan mereka yang sewaktu dengannya.

 
 Sampaikan Idrus Ibrahim, abang Anwar sendiri tidak lepas daripada fitnah, 
mencarut dan kata nista.

 
Apabila disanggah, IO seperti itu cepat-cepat mengatakan bahawa mereka ada 
bukti, mereka siasat dan sudah lama mereka pantau kegiatan pemimpin-pemimpin 
pembangkang.

 
IO seperti ini apabila diingatkan dengan ayat-ayat daripada Surah An-Nur 
tentang hukum qazaf dalam Al-Quran, cepat-cepat mengatakan: "Itu Quran.. yang 
kami tahu ni kami nampak sendiri dengan menggunakan alat-alat canggih..Kami 
pasang dalam tempat depa buat kerja tu..."!!.

 
 Alangkah kejinya perbuatan mereka itu semata-mata kerana mengikut arahan Boss 
No. 1 mereka 
IO yang diarahkan untuk menakut-nakutkan dan mengancam akan mengikut skrip 
arahan berbuat demikian dengan tidak lebih dan tidak kurang.

 
IO seperti ini bermula dengan menceritakan berjam-jam pengalamannya membogelkan 
tahanan, menjentik zakar lelaki, memaksa tahanan wanita membuka pakaian dan 
mengarahkan mereka berdiri berjam-jam dengan sebelah kaki dalam keadaan bogel.

 
IO yang ditugaskan menakut-nakut dan mengancam tahanan seperti ini juga akan 
menceritakan kejayaannya mendapatkan rahsia daripada tahanan dengan memicit 
buah zakar para tahanan.

 
 IO ini berkata: "Hei.. aku dah berjaya dapatkan semula pistol yang dia 
sembunyikan.. senang saja.. Aku buka seluar dia.. lepas aku genggam telur dia 
macam ni!". Sambil menunjuk-nunjuk gaya perbuatannya dengan tangannya kepada 
tahanan.

 
Tahanan ISA yang sentiasa berseluar longgar dalam bilik soal-siasat sudah pasti 
menjadi seram sejuk apabila mendengar cerita-cerita yang mengancam seperti itu.

 
 Apatah lagi apabila IO otak senget seperti itu menambah: "Macam engkau nilah 
sekarang.. apa susah.. aku londehkan seluar engkau.. aku ramas-ramas peler 
engkau.. Selesai..."!.

 
IO seperti ini juga menggunakan teknik cerita seperti: "Aku bogelkan dia.. 
Lepas tu aku masukkan dalam bilik tu seorang benggali... badan besar. Benggali 
tu keluarkan k*nek dia.. kejar tahanan nak jolok j*bur dia dengan k*nek 
benggali.. Dengan cara tu...cepat saja aku dapat maklumat'!.


 Dalam soal-siasat ISA apabila berdepan dengan IO-IO sewel tersebut macam-macam 
cerita boleh timbul.

 
IO juga boleh guna ancaman dengan jin sundal!. Katanya terdapat bilik lokap 
yang berhantu. Hantu tersebut adalah hantu betina!. Kata IO itu: "Hantu betina 
tu suka menghisap k*nek orang lelaki!. Ada tahanan yang degil tu, aku hantar 
dia ke lokap tu.. Esok terus lembik.. malam tu jin sundal tu hisap k*nek dia"!!.

 
IO itu menambah:"Kalau engkau tak bagi kerjasama.. nanti aku hantar ke lokap 
tersebut.. Nak k*nek engkau kena hisap jin betina tu?".

 
Bagi tahanan yang beriman, ancaman seperti itu tidak memberi sebarang kesan 
sama sekali. Namun, apa yang penting pengalaman berdepan dengan IO seperti itu 
membuktikan betapa rendahnya akal budi mereka yang dijadikan perkakas untuk 
mempertahankan kepentingan politik Umno-BN itu.

 
                      Emelkan tulisan anda ke [EMAIL PROTECTED] Sertakan 
bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon. Maklumat 
anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan. Artikel yang diterima dan 
dikemaskini akan disiarkan di ruangan yang bersesuaian.-->   
         



                
---------------------------------
 All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease 
of use." - PC Magazine

Kirim email ke