salam..
saya keliru dengan kenyataan berikut:

"Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri
tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik
dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi
baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan
meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang
mendapat petunjuk."

hanya nak utarakan pendapat...
bukankah saudara telah mengatakan, sekiranya tiada syirik, maka tidak
menjadi salah menjampi? maka sekiranya orang yang menjampi dengan
harapan seseorang jadi pandai, dapat petunjuk, dsb beri'tiqad bahawa
Allah sahaja yang mampu memberikan kepandaian dsb, maka apa salahnya?

bukankah jampi itu usaha? dan usaha pun allah taala yang jadikan.
malah semuanya allah taala yang jadikan. mana ada syirik.

jampi tu kan doa? rasulullah pun selalu minta allah taala beri
petunjuk kepada bapa2 saudaranya. namun ada yang dapat petunjuk, ada
yang terus disesatkan.

saya rasa kalau nak syirik, tak payah tunggu jumpa orang menjampi
yang nampak cam pelik... tapi cukup juga kalau kita jumpa doktor
untuk berubat hingga baik, lalu kita percaya kepada pil yang
diberikan itu menyembuhkan. itu pun syirik juga dan haram. pil tu
takda apa.. Allah yang sembuhkan.

berkaitan dengan benda ghaib, sekeliling kita pun dah banyak. dah tak
hairan. contohnya gelombang telefon bimbit. kita mana nampak... tapi
hari-hari guna. kan ghaib tu?

kemudian banyak teknologi dah sekarang ni yang boleh kesan benda
ghaib.. seperti alat untuk mengambil gambar aura(bahasa melayu) di
sekeliling tubuh manusia, gambar sinar gamma, dsb. itu semua kurnia
allah taala. allah taala yang jadikan. tak syirik pun.. tapi kalau
guna telefon, kagum dengan telefon, percaya yang telefon bimbit tu
hebat, kan dah syirik. kan semua tu atas izin Allah.

cuba kita lihat.. menggunakan benda ghaib untuk menghalau binatang
melata.... suspen tak? mana ada suspen. kan ada alat yang memancarkan
gelombang yang kita tak dapat dengar. cuma serangga tertentu je yang
dapat dengar. ha.. kan ghaib tu.

pada saya jampi ni lebih penting daripada perubatan moden (dengan
tidak menafikan kepentingan perubatan moden). kerana sakit masih
banyak yang masih menjadi misteri, seperti denggi, campak, leukimia,
barah dsb, ini semua tidak boleh dipastikan doktor dari mana
puncanya. sebab tu kalau barah dibuang, doktor tak jamin ia takkan
berulang.

sakit yang lebih kronik ialah berat badan nak beramal, malas solat,
selalu buat jahat (kan setan suka hasut buat jahat. jampikan je org
yang sakit sampai setan lari, barulah  ada harapan baik, insyaallah).
pelupa (ni kalo selalu buat maksiat setan boleh mudah datang ganggu
kita. so ilmu2 dan memori selalu hilang).

asalkan jangan syirik dan melanggar syariat sudah la.

saya mohan maaf sebab tak tulis nas drp al-quran atau hadith. sebab
saya rasa yang saya tulis ni benda2 biasa je yang orang biasa cam
kita ni dah selalu jumpa nasnya. sebab apa yang ditulis ni bukan
untuk dijadikan pegangan, cuma untuk difikirkan. kerana ilmu itu kene
jumpa orang2 alim, insyaAllah.

sekian maaf zahir batin.. wassalam

--- In [email protected], mohd suhaizi wrote:
>
> on Thursday, March 16, 2006 - 07:38 AM CCT - 1302 Reads
>
> Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan
yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah
perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan
pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan
ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.
>
>
>
>
> WAWANCARA DENGAN DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN, Penyelaras
Seketeriat Falsafah Dan Sains Islam, USM, Pulau Pinang.
>
> Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan
yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah
perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan
pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan
ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.
>
> Soalan: Dr, timbul persoalannya di sini juga, apakah amalan
perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam. Apakah syarat-
syaratnya?
>
> Jawapan: Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitan dengan membaca
jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada
asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-
syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah
s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengan
dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang
disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi
orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang
menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi.
Termasuk menyuruh isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat
daripada Jabir bin `Abdullah, baginda menyuruh berjampi dengan
katanya "Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah"
 . Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Adapun jampi
dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ketahui, tidak
dilarang bahkan sunnah". Syarat-syarat jampi itu
>  hendak pertama: `aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan
bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah
Penentu dan Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar
tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu.
Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu
tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang sebut
dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata `Auf bin Malik al-`Asyja`i:
Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai
Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi
s.a.w.: "Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi
sekiranya tiada padanya kesyirikan".
>
> Namun, suka saya ingatkan, kita juga mengharapkan umat Islam jangan
hanya menumpukan persoalan jampi semata, kerana perubatan modern dan
pengetahuan perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya
adalah fardu kifayah. Bahkan saya melihat pada zaman ini tuntutan
perubatan moden lebih besar jauh berkali ganda dari kerja-kerja jampi
yang tidaklah begitu utama jika dilihat kepada syighah (bentuk
unggapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu perubatan moden
adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman baginda Nabi s.a.w
sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-
medan perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w
sendiri mendapatkan khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar
perubatan Arab. Sekalipun dia bukan seorang muslim. Ibn Hajar al-
`Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini menunjukkan keharusan
menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Apa yang
penting ia menunjukkan kepentingan perubatan secara
>  lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara
Islam, seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang
awam.
>
> Soalan: Apakah pula pandangan Dr tentang amalan yang giat berjalan
dalam masyarakat kita sekarang?
>
> Jawapan : Saya percaya mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan
perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya
amalan jampi -yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang
menyandarkan diri kepada agama Islam- telah melampaui batas. Mereka
menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat
lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan
mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi
baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan
meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang
mendapat petunjuk. Saya sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang
boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar,
mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal,
Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam?. Kalau ini benar tentu
Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya
apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat
>  baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama
juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh.
Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak
beriman, baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk.
Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: "Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang
berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat
hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)."
>
> Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk,
mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk
menjampi empangan air minuman supaya masyarakat umum mendapat
hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak
individu itu sendiri dengan izin Allah.
>
> Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang
mendapat jodoh. Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu
proses kecantikan lalu kecantikan itu menawan hati orang lain untuk
meminangnya, itu ada lojiknya. Namun mempercayai ia menyebabkan Allah
membawa jodoh datang kepada seseorang adalah dusta kepada Allah.
Mereka akan berkata "kita usaha, Allah yang akan berikan". Kita ingin
bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini dengan
kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali.
Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga
boleh membuat dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta
menggunakan nama Allah. Firman Allah dalam Surah al-`Araf, ayat 33:
>
> (maksudnya) "Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang
tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan
tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan
sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti
(yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan
terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya".
>
> Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu
syirik kecil. Walaupun namanya kecil, namun adalah syirk, dosanya
amat besar yang boleh membawa kepada syirk besar. Namun jika dia
percaya bunga itu sendiri menolak bala dan mendatangkan jodoh maka
iti adalah syirik besar yang membatalkan iman.
>
> Soalan: Dr, Apakah hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan
bomoh?
>
> Jawapan: Sebenarnya, pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada
tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini
seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar
malas kita ramalkan gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya
bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun meramalkan dengan pasti
sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan
membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib
melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah
kepada baginda dalam Surah al-`Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah:
"Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat
menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku
mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan
dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah)
aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh
Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang
>  yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang
beriman".
>
> Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran
yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam
hadith yang sahih: "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang
ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia
telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad". (Riwayat al-
Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih).
>
> Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan
ramalan mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah.
Inilah misi syaitan.
>
>
>
> ___________________________________________________________
> Try the all-new Yahoo! Mail. "The New Version is radically easier
to use" – The Wall Street Journal
> http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html
>


Kirim email ke