>Date: Thu, 21 Dec 2006 08:54:01 +0800 (MYT)
>List-Help: <http://email.ti.com>
>List-Owner: <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>Percaya Atau Tidak:
>Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia
>
>(('Believe it or not': high profile murders Malaysian-style)
>
>Oleh Ibnu Hakeem -  Malaysia Today -Laman [EMAIL PROTECTED]
>
>Kita kerap tertekan dengan wayang gambar Hollywood yang menonjolkan 
>orang-orang
>Dunia Ketiga sebagai si tolol, pasukan polisnya begitu korup, dan para
>pemimpinnya sebagai perancang yang pandai berkomplot. Rakyatnya pun tidak
>dibiarkan. Kerana mereka juga kerap dimomokkan sebagai kebudak-budakan tanpa
>kelakuan yang bertamadun. Fakes Hollywood sememangnya kerap memaparkan realiti
>tetapi bukankah ada peribahasa yang berkata bahawa kebenaran adalah 
>lebih pelik
>daripada fiksyen?
>
>
>Ada satu bidang di mana Malaysia mengatasi imaginasi Hollywood, malahan boleh
>memalukan penulis skrip Hollywood ialah kes pembunuhan berprofil tinggi yang
>telah menggegarkan negara ini sepanjang zaman. Tentu ramai yang tidak tahu,
>mungkin kerana belum dilahirkan lagi ketika itu, akan kisah pembunuhan Samad
>'Gol' di Kelantan. Pada satu ketika beliau sedang bersyarah di 
>hadapan khalayak
>ramai. Tiba-tiba muncul seorang pembunuh upahan yang menghayunkan kapak kecil
>untuk membelah kepala Samad 'Gol' dan membunuhnya serta-merta.
>
>.
>
>Kemudian ada kisah seorang Timbalan Menteri Belia, Mokhtar Hashim yang telah
>dihukum kerana membunuh saingan politiknya dengan cara yang amat ngeri tetapi
>tidak pernah didedahkan semasa perbicaraan kerana ada kaitan dengan 
>kisah kebal
>si mangsa. (Untuk menentukan si mangsa yang dikatakan kebal itu betul-betul
>mati dia terpaksa ditembak melalui lubang duburnya - penterjemah).
>
>
>Mungkin, kes yang paling hebat ialah kisah Mona Fandy di mana seorang ahli
>politik yang ghairah mahu kuasa besar telah kecundang kerana tangkal yang
>dicarinya tidak menjadi. Tangkal itu tidak dapat membantunya melalui ujian
>menentukan kekebalannya. (Mona Fandy telah mengerat badan Dato' Mazlan dan
>menanamnya di Kampung Gong, Raub Pahang * penterjemah).
>
>
>Apa pun, kisah itu semuanya terlalu jauh dalam lembaran sejarah bangsa dan
>kalau pun ia mengimbau nostalgia ia mungkin tidak melekat kepada 
>ingatan mereka
>yang masih hidup ketika itu. Namun, tidak kiralah yang dulu-dulu ataupun yang
>baru-baru, semuanya mempunyai satu persamaannya -- semuanya mempunyai unsur
>misteri. Sepanjang siasatan ataupun perbicaraan, banyak persoalan yang hanya
>tinggal menjadi teka-teki, tidak terjawab hingga ka hari ini, tidak jauh
>bezanya dengan kisah pembunuhan John Kennedy
>
>
>Pada November 1988, ada satu pembunuhan kelas atasan yang melibatkan seorang
>wanita bernama Mustakizah Jaafar. Mengikut laporan akhbar, Mustakizah telah
>ditetak hingga mati oleh pembunuh yang tidak dikenali. Mustakizah adalah
>seorang wanita yang cantik dan memiliki satu perniagaan sewa video di Melaka.
>Kononnya, dia ketika itu sedang mengandungkan hasil perselingkuhannya dengan
>seorang ternama yang amt rapat dengan pucuk kepimpinan yang mencengkam kuasa.
>
>
>Sebelas tahun kemudian, semasa berucap melancarkan Manifesto Bersama Pilihan
>Raya untuk Barisan Alternatif, menjelang Pilihan Raya Umum ke-10 pada November
>1999, Lim Kit Siang telah membangkitkan kisah testimoni Anwar Ibrahim semasa
>perbicaraan beliau.
>
>
>"Martabat Kerajaan Barisan Nasional telah terancam apabila Mahkamah Tinggi
>Kuala Lumpur yang bersidang pada Jumaat lalu mendengar testimoni mantan
>Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Dengan
>lantang beliau menuduh bekas rakan sekabinetnya dahulu berkonspirasi untuk
>menyingkirkan beliau.....Tersebut kisah pembabitan Megat Junid berkonspirsi
>untuk menjatuhkan beliau yang bermula sejak Anwar bertanya perihal pembabitan
>Megat dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah dan tabiat 
>Megat suka
>berjudi selalu di pejabatnya," kata Kit siang.
>
>
>Kemudian muncul kes pembunuhan isteri kedua kepada Raja di Hilir 
>Perak, Hasleza
>Ishak pada 2002. Empat orang lelaki telah ditangkap, dibicarakan dan dihukum
>penjara kerana membunuh. Seorang adalah pembantu istana, seorang ialah bomoh,
>sedangkan yang lain adalah seorang nelayan dan tukang kayu. Perbicaraan itu
>tidak pun menyerlahkan apakah motif pembunuhan, khususnya 
>penglibatan si tukang
>kayu dan si nelayan. Untuk membunuh isteri muda Raja di Hilir Perak. Memang
>jelas ada konspirasi untuk membunuh Hasleza dan mereka telah bertindak kerana
>mengikut arahan. Tetapi, tidak ada seorang pun yang ditangkap dan didakwa
>kerana menjadi tukang rancang keseluruhan konspirasi itu. Kenapa?
>
>
>Si pembantu istana dan si bomoh telah pun dibebaskan setelah meringkuk dalam
>penjara selama tiga tahun setengah. Dua orang lagi yang dahulunya dikenakan
>hukuman 20 tahun penjara dapat izin mahkamah untuk dikurangkan hukuman kepada
>14 tahun sahaja. Selalunya banduan perlu menjalani dua pertiga tempoh
>hukumannya selepas satu pertiga itu dipotong kerana berkelakuan baik. Jadi
>mereka mungkin meringkuk di penjara untuk sembilan tahun. Oleh kerana
>pembunuhan terjadi pada 2002, dua orang pembunuh yang didapati bersalah tadi
>akan dibebaskan pada 2011, yakni lima tahun dari sekarang.
>
>
>Selepas itu muncul lagi satu kes pembunuhan membabitkan masyarakat 
>kelas atasan
>dengan terbunuhnya Norita Shamsudin pada 2003. Seorang yang tidak bersalah,
>Hanif Basree telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh kekasihnya, konon.
>Sejak daripada mula lagi Haniff kelihatan lebih sebagai orang ngok yang mudah
>dikelentong. Memang jelas dari awal perbicaraan lagi Haniff akan dibebaskan
>dari segala tuduhan.
>
>
>Memang terdapat banyak perkara yang amat ganjil dalam kes itu * 
>antaranya ialah
>laporan berita TV pada 14 Disember 2003, mengatakan bahawa KPN ketika itu,
>Datuk Seri Mohd Bakri Omar, telah mentakrifkan kes itu di bawah Akta Rahsia
>Rasmi (OSA)
>
>
>***
>
>Norita telah didapati dibunuh di sebuah apartmen yang disewanya di 
>Sri Hartamas
>di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni
>mahkamah, dua orang detektif polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat
>kejadian dan dengan serta-merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian
>dengan mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyiasat polis tiba di tempat
>kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah
>bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati
>berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua
>orang detektif itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di
>bahagian belakang.
>
>
>Testimoni yang bercanggahan semacam ini, menunjukkan bahawa tempat kejadian
>jenayah sudah pun dicemari. Tetapi kenapa? Dua orang detektif itu tidak pernah
>dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah. Kenapa agaknya? Apabila
>Pendakwaraya tidak memanggil dua orang detektif polis itu, Pendakwaraya
>sebenarnya sengaja melumpuhkan kes tersebut * dengan kata lain, memberi ruang
>secukupnya untuk memenangkan pihak peguambela.
>
>
>Mereka telah menjumpai telefon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau
>memang ada membuat dan menerima panggilan yang melibatkan seorang 
>ternama (VIP)
>pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci
>rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakan Pendakwaraya tidak
>pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang
>amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan
>kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa perlu
>mempertahankan dirinya.
>
>
>Sebagai rumusan; seorang insan yang tidak bersalah telah ditangkap, kemudian
>dibicarakan sebelum dibebaskan. Keadilan telah dilaksanakan, konon. Yang
>pentingnya kes itu sudah ditutup. Selepas dua minggu, semua orang akan
>melupakannya untuk terus hidup semacam biasa. Sehinggalah muncul satu lagi
>pembunuhan melibatkan orang ternama.
>
>
>Kini pada 2006, sekali lagi kita ada kes pembunuhan melibatkan 
>golongan atasan.
>Inilah kes Altantuya Shaariibuu, seorang wanita berusia 28 tahun yang telah
>ditembak mati, kemudiannya dihancurkan jasadnya dengan menggunakan peledak C4.
>Orang yang araif dengan penggunaan C4 berkata, peledak yang digunakan untuk
>menghancurkan Altantuya adalah mencukupi untuk merobohkan sebuah 
>bangunan empat
>tingkat. Di mana dan bagaimana mereka memperolehi peledak C4? Siapakah yang
>mempunyai kuasa mengeluarkan C4 dalam bungkusan yang besar seperti itu?
>
>
>Pada mulanya Altantuya telah ditembak untuk membunuhnya. Jelas, dia telah
>diletupkan untuk melupuskan apa juga kesan mayatnya. Ini bererti bahawa untuk
>mengebumikan mayatnya dianggap tidak mencukupi untuk menyembunyikan apa yang
>mahu mereka sorokkan. Itu sebabnya terlalu banyak spekulasi, semacam dalam kes
>kematian Mustakizah dahulu juga. Altantuya dipercayai telah mengandung ketika
>dia mati. Menghancurkan jasadnya sudah tentu menyulitkan pencarian DNA janin
>kandungannya. (Sekali gus menafikan kemungkinan mengesan siapa bapa kandungan
>itu).
>
>
>Dua orang anggota UTK , Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan seorang
>penganalis politik Abdul Razak Baginda yang ternyata rapat dengan Timbalan
>Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah didakwa kerana kematian Altantuya. Ada
>seorang polis wanita, yang terlibat dalam kes itu gara-gara 
>keretanya digunakan
>untuk menculik Altantuya, tidak pula dikenakan tuduhan. Kenapa? Polis wanita
>yang khusus ini dipercayai menjadi eskort ataupun pengawal peribadi kepada
>seorang ternama di peringkat atasan.
>
>
>Apabila kes itu dibicarakan pada 14 Disember di Mahkamah Tinggi Shah Alam,
>Timbalan Pendakwaraya, Salehudin Saidin, telah mencetuskan keraguan lagi
>apabila beliau mengumumkan bahawa selain tiga orang tertuduh yang membunuh
>tidak ada orang lain yang terlibat. Bukankah ini satu perkara yang mesti
>ditentukan oleh Mahkamah? Seandainya Mahkamah mendapati ketiga-tiga yang
>tertuduh tidak bersalah, tentulah ada orang lain yang menjadi pembunuh. Kalau
>Mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh itu bersalah, ia tidak bermakna tidak
>ada orang lain yang terlibat. Kenapa pula polis wanita itu tidak didakwa
>setidak-tidaknya kerana bersubahat dengan penculikan Altantuya?
>
>
>Pengunduran seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai 
>peguambela
>adalah dianggap pelik. Shafee telah mengumumkan kepada media bahawa Razak
>Baginda tidak bersalah. Perkara pelik lain dalam kes ini ialah si 
>tertuduh pada
>mulanya direman di Mahkamah Session Kuala Lumpur sedangkan kesalahan telah
>dilakukan di Shah Alam. Kemudian, Razak Baginda telah dibebaskan tanpa ikat
>jamin. Yakni memang ada ikat jamin yang ditetapkan tetapi tidak ada sebarang
>pembayaran wang telah dibuat. Sekali lagi ini telah ditentukan oleh mahkamah
>Kuala Lumpur dan bukannya di Shah Alam.
>
>
>Akan tetapi seperti yang terjadi kepada Hanif Basri dalam kes 
>pembunuhan Norita
>Shamsudin, media arus perdana yang mudah dipulas telinga, telah menonjolkan
>Razak Baginda sebagai seorang lelaki yang baik-baik sedangkan Altantuya
>ditonjolkan sebagai seorang wanita peleseran yang mempunyai sejarah yang
>diragukan. Sekarang kita tunggulah bagaimana perbicaraan akan dikendalikan.
>Apakah segala bahan bukti yang penting-penting akan dikemukakan semasa
>perbicaraan? Apakah saksi yang penting-penting akan dipanggil untuk memberi
>keterangan di mahkamah? Apakah wujud janin dan apakah identiti ayah si janin
>itu dapat dikenali? Dan akhir sekali nanti, bolehkah kes itu terhumban ke tepi
>seperti banyak kes pembunuhan melibatkan orang ternama sebelum ini?
>
>
>Mungkin juga semacam kes Hanif Basree, Razak Baginda akan didapati tidak
>bersalah dan bebas keluar daripada kes itu nanti. Apabila menyebut pembantu
>penjenayah dalam kes pembunuhan semacam itu, setakat ini tidak ada seorang pun
>yang pernah dijatuhkan hukuman mati. Sebelum kita sedari, para 
>pembunuh Hasleza
>Ishak akan dibebaskan daripada penjara. Yang amat penting lagi antara semua
>ini, kes itu akan 'ditutup' dan rakyat Malaysia akan beralih pandang kepada
>perkara lain lagi seperti kes kenaikan harga tol ataupun kemungkinan kenaikan
>harga minyak pada awal tahun hadapan.
>
>Terjemahan MT-SPAR
>   - 17.12.2006 (suntingan [EMAIL PROTECTED] - Emel:
>mailto:[EMAIL PROTECTED]/
>mailto:[EMAIL PROTECTED])
>

Kirim email ke