UMNO halang Angkatan Muda Negeri Sembilan bantu mangsa
bencana alam.
Kenyataan Media - 21 Disember 2007
Hujan yang lebat semalam telah mengakibatkan paras air
sungai di beberapa kawasan khususnya sekitar Johor,
Melaka Negeri Sembilan naik mendadak. Beberapa kawasan
seperti Pekan Gemas di tenggelami air.
 
Sebaik sahaja mendapat berita mengenai bencana
tersebut maka Pusat Aduan Rakyat (di bawah Angkatan
Muda Negeri Sembilan) telah memanggil satu mesyuarat
tergempar. Mesyuarat jam 3.00 petang di Senawang,
Seremban itu telah memutuskan untuk menghantar dua
pasukan bantuan ke Gemas / Tampin dan satu pasukan
berjaga – jaga di kawasan sekitar Linggi.
 
Kebetulan Setiausaha Angkatan Muda Negeri Sembilan
Amiruddin Abd Wahab sedang berada di rumah bapa mertua
beliau di Felda Sg. Kelamah yang juga teruk dilanda
banjir. Maka beliau di hubungi dan di arahkan untuk
bertemu ketua kampung kawasan tersebut dan memaklumkan
mengenai bantuan yang akan dihantar oleh Angkatan Muda
Negeri Sembilan. Jam 6.30 petang kami di hubungi
semula oleh Amir yang mengatakan 30 orang keluarga
terlibat, Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah dijadikan
pusat perpindahan namum hanya 6 keluarga setuju
berpindah pada ketika itu dan ketua kampung tersebut
iaitu Saudara Md Zin amat gembira untuk menerima
bantuan tersebut dan bersetuju untuk menunggu dan
membantu agihan tersebut.
 
Maka serentak dengan itu saya mengetuai pasukan
pertama dan bertolak ke Felda Sg. Kelamah. Kami
membawa bekalan makanan bernilai RM 1000 ringgit dan
sedikit wang tunai untuk di agihkan kepada 30 keluarga
mangsa.
 
Oleh kerana banyak jalan ditenggelami air kami
terpaksa berpatah balik menukar jalan beberapa kali.
Perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit
menjadi hampir 4 jam. Jam 11malam kami tiba di Felda
Sg Kelamah, Amir cuba menghubungi ketua kampung namun
panggilan tidak di angkat.
 
Kami terus menuju ke sekolah yang menjadi pusat
permindahan. Namun kami disambut oleh Saudara Wahid
Bin Dol (No tel : 06 434 9806) yang memperkenalkan
diri sebagai Setiausaha JKK Kampung dan Hj. Ramli (No
Tel : 012 3743468) sebagai Bendahari. Mereka
menyatakan bahawa mereka telah menerima arahan untuk
tidak membenarkan mana – mana pihak khususnya parti
politik menghulurkan bantuan kepada mangsa. Kami di
arahkan untuk menghubungi Jawatankuasa Bencana yang di
Pengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk menyalurkan
bantuan. Mereka meminta kami jangan mengedarkan
bantuan dan pulang sahaja. 
 
Pelik dengan perkembangan ini kami terus ke rumah
Saudara Md Zin, Ketua Kampung untuk meminta
penjelasan. Beliau memohon maaf kerana beliau tidak
boleh menerima dan membenarkan kami mengedarkan
bantuan kerana telah menerima arahan dari Pejabat
Daerah malah Polis Daerah juga telah menghubungi
beliau memberikan arahan yang serupa. Bila di tanya
adakah ini arahan Menteri Besar dan Wakil Rakyat
kawasan beliau berdiam dan tidak menafikan.
 
Kecewa dengan perkembangan tersebut kami mula bergerak
meninggalkan kawasan tersebut, namum dalam perjalanan
keluar kami ditahan oleh seorang pemuda bermotorsikal.
 
Beliau menyatakan kekecewaan dengan perkembangan
tersebut. Beliau dengar semua perbualan kami di
sekolah sebentar tadi. Beliau berkata sehingga kini
tiada sebarang bantuan yang sampai, apa salahnya di
ketepikan masalah politik dan terima sahaja bantuan
tersebut. Beliau menyatakan bahawa rumah semua JKK
kampung dan Ketua Kampung tidak terlibat tetapi
kasihani mereka yang dilanda bencana. Dengan bantuan
beliau kami mengedarkan beberapa bungkusan bantuan
makanan ke beberapa rumah yang terlibat. Malangnya
ketika mengedarkan beliau telah lari kerana perasan
kami di ekorai oleh beberapa orang bermotorsikal di
percayai Polis Cawangan Khas yang mengambil gambar.
 
Oleh kerana tidak mengenali kawasan tersebut maka kami
juga membuat keputusan meninggalkan kawasan tersebut.
 
Kami melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan
kejadian tersebut. Nampaknya pemimpin Umno gagal
mengenepikan perbedaan politik walaupun dalam keadaan
rakyat ditimpa bencana. Kerajaan Negeri Sembilan dan 
Mohamad Hassan sendiri harus menjawab perkara ini. 
 
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah Pusat Aduan Rakyat 
0176688404

che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
[EMAIL PROTECTED] /
[EMAIL PROTECTED]
+6017 6688404




    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke