SAYYIDINA MU`AWIYAH KHALIFAH RASHID YANG TERANIAYA

Pengarang: Maulana Muhammad Asri Yusoff
Penerbit:  Pustaka Bisyarah Kubang Kerian Kelantan
Tebal: 79 muka surat
Harga : RM 8.00 Kod tempahan B002
Untuk beli secara online sila ke: www.darulkautsar.com

PROLOG

Rasulullah  s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang
mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti
mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih
Muslim jilid 2 m.s. 141-142).

Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku
pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan
Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh
Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu
al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah 
jilid 8 m.s. 229 )

Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak
pernah saya melihat seorang yang lebih pandai
memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada
tuan pintu ini ( beliau maksudkan  Mu’awiyah)
(Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)

Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa:
“Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun,
lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati
dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan
daripada Mu’awiyah”  ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid
8 m.s. 135)

Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah
ditanya : “ Apa kata tuan tentang 

Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara
mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu
Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:
“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka
berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang
hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama
Rasulullah (s.a.w.)  itu sahaja pun lebih  baik dari
Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8
m.s. 139)

Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor
oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a.
selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan
tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20
tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah
menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam
melancarkan jihad  yang terhenti sekian lama.
Pemerintahannya telah diterima baik oleh
sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak
terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan
Husain r.a.

Banyak hadis  yang diriwayatkan oleh Sayyidina
Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam  kitab-kitab hadis
Muktabar 

Demikianlah  fakta-fakta  yang tenggelam di dalam
kamus sejarah kita.

Apa yang terkenal, yang  kita ingat dan kita sebarkan
ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar
belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan
seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul
pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat
pada seorang sahabat r.a. ini.
 

Lalu apakah sikap kita?

Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina
Muawiyah r.a.  adalah salah seorang sahabat Rasulullah
s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina
sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan
emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh ianya tidak akan
sama dengan secupak atau setengah cupak yang
dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih
Bukhari ) .   Tanpa perlu ada hujah penyokong yang 
lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan
tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.

Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu
yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang
pencatat wahyu, dokumen  paling penting dalam Islam
ialah seorang yang  buruk akhlaknya sebagaimana yang
digambarkan di atas.

Objektif sebenar  mereka yang menyebarkan  propaganda 
tentang buruknya akhlak beliau r.a.  mudah diteka
iaitu  seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah
serta berakhlak buruk boleh  mencatat apa saja yang
sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya  Al-Quran
yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak 
terjamin ketulinannya.

Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah  melantik beliau
sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya
dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita
tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang
ditetapkan oleh  Sayidina Umar dalam memilih gabenor
ini.

Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan ,
keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita
untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit  dan
sebagainya. 

Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis
dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak
boleh dipercayai!!

Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin
meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al -
Quran dan as-Sunnah.

Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku
pengikut setia Sayidina Ali r.a. , padahal Sayidina
Ali sendiri memerangi golongan ini. 

Malangnyna ,  kita golongan ahli  Sunnah dengan senang
hati dan rela menyebar luaskan daayah ini. Cuba ikuti
kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di  negara ini,
atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari.
Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan
istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang
lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan
kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama  kita
tanpa kita sedar!!

Peribadi agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk
membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran
perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan
kepada anak-anak  kita bila pertama kalinya  mereka
didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk
dibersihkan di kemudian hari.

Hendaknya kita memberitahu masyarakat adalah
Mu’awaiyah adalah seorang tokoh besar yang amat
berjasa  di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin
yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak
kepada tokoh Islam Abu Sufian  dan Hindun binti Utbah
yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling
disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w.  ,
adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah  r.a. )

Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar
dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam
seantero dunia. Beliau telah diakui oleh
sahabat-sahabat r.a.  termasuk keluarga Sayidina Ali
r.a.  yang amat akrab dengannya. 

Kita  perlu faham bahwa persengketaan yang  berlaku di
antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang
menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan
menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya,
kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa 
berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan
Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat
agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat
berjasa kepada Islam,  hentikan cerita-cerita yang
memburuk-burukkan beliau r.a.  yang sebenarnya adalah
tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah
satu prinsip asas dalam Islam  iaitu sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan
‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran
itu sendiri.

Wallahu’alam.

 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke