Isu tangkapan khalwat yang dikatakan
melanggar syariat Islam hangat
dibicarakan sejak akhir-akhir ini.

Ramai yang bertanya pada saya akan isu
ini, pada mulanya saya tidak mahu
terlibat kerana takut terjebak di
dalam perdebatan yang sia-sia
terutamanya antara golongan salaf dan
khalaf, namun bila mana isu ini nampak
tidak berkesudahan dan semakin parah
dengan semakin ramai manusia menambah
dosa memfitnah dan bergaduh antara
satu sama lain,izinkan saya untuk
mencelah memberikan pendapat.

Dari dahulu lagi saya menentang sikap
taksub, yakni jika seseorang
mengatakan perkara yang benar,
berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan
bukan logik akal semata, kita sokong,
dan jika dia salah, kita kata dia
salah. Tidak terkecuali Dr.Asri. Jika
dia salah, peminatnya perlu berani
mengatakan dia salah.

Pertama sekali. Sebelum bermula, kita
bincang dulu tentang cara berfikir
untuk menghadapi isu sebegini.

Pertama, firman Allah di dalam Surah
An-Nur ayat 59, "...jika kamu
berlainan pendapat mengenai sesuatu,
kembalikanlah ia kepada Al-Quran dan
Sunnahnya, JIKA KAMU BENAR - BENAR
BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI
KEMUDIAN".

Kedua, tidak menilai peribadi siapa
yang berkata, sama ada dia mufti atau
sekadar manusia biasa, tetapi menilai
apa yang dikata, bukan berdasarkan
logik akal semata, tetapi berdasarkan
Al-Quran dan Sunnah.

Ketiga, berpegang kepada Al-Maidah
ayat 8, "...dan janganlah kebencian
kamu terhadap sesuatu golongan atau
kaum itu mendorong kamu untuk tidak
bersikap adil, berlaku adillah, kerana
ia lebih dekat dengan takwa.." Tidak
kiralah jika hujah itu datang dari
golongan Salafi ke, PAS ke, UMNO ke,
pondok ke, Sister in Islam ke atau
Astora Jabat pun sekali, kita tidak
menilai peribadi, tetapi kita teliti
hujah mereka, dan membalas dengan
hujah juga.

Keempat, Al-Hujurat ayat6, "..jika
datang kepadamu orang fasik membawa
berita, maka periksalah dengan
teliti..".

Ini adalah kaedah berfikir.Contoh
implementasi kaedah, jika ada orang
memberitahu kita bahawa epal itu hijau
walhal kita sudah biasa turun temurun
bahawa epal itu merah, janganlah kita
terus menolak, tetapi kita lihat bukti
dan hujah mengapa beliau mengatakan
demikian, jika dia benar kita setuju,
jika hujahnya tidak meyakinkan kita
setelah diteliti tanpa bias dan
emosional, barulah kita menolaknya.

Jelas?

Dalam isu ini, pada mulanya saya
mengambil sikap tidak endah kerana isu
ini bukan baru.Namun saya agak
terkejut dengan reaksi banyak pihak
mengenai kenyataan tersebut.Saya tidak
terkejut dengan kenyataan itu,tetapi
dengan reaksi tersebut.

Antaranya:
1) Saya mendapat sms yang bertanya
adakah Mufti Perlis melarang ops cegah
maksiat kerana dianggap memalukan
Malaysia menjelang Tahun Melawat
Malaysia? Datang dari mana pulak
kenyataan ini?

2) Seorang penceramah dari sebuah
parti, mengeluarkan kenyataan bahawa
Islam Hadhari bertambah setapak lagi,
bukan sekadar menari, tetapi sekarang
ini, nak beromen di hotel pun mudah.
Nauzubillah. Ini juga agak mengejutkan
kerana parti yang sama selama ini
berkempen agar jangan mudah
mempercayai media arus perdana yang
didakwa banyak menyeleweng kenyataan
pemimpin mereka, tetapi dalam isu ini,
mereka tidak mengamalkan pendirian
yang sama dan mempercayai media
sepenuhnya.

3)Kenyataan TERAS bahawa undang-undang
di Malaysia telah memaktubkan bahawa
Jabatan Agama berhak melakukan serbuan
tersebut. Kenyataan ini agak
mengejutkan bagi saya kerana selama
ini TERAS sering membuat forum
mempersoalkan undang-undang di
Malaysia sebagai tidak Islamik dsbnya,
sekarang mereka menjadi pejuang undang-
undang tersebut pula. Kedua, wahai
TERAS, mana lagi utama, undang-undang
ciptaan manusia atau yang datang dari
Allah.Bukankan ini slogan yang sering
anda laungkan?

Pendapat saya:

1) Isu ini jadi besar hanyalah kerana
orang yang memperkatakannya adalah
seorang yang alirannya tidak disenangi
beberapa aliran lain. Jika kenyataan
ini dikeluarkan oleh orang lain,
mungkin ia tidak terlalu menjadi isu.

Mengapa saya kata demikian? Kerana isu
ini bukan baru, telah ditimbulkan
ramai pihak dari pelbagai aliran.
Antaranya, seorang yang dianggap Bapa
Ilmuwan Fiqh di Malaysia, beraliran
tradisional, Pakar di dalam Manhaj
Fiqh Syafiiyyah, Prof. Dato' Dr.
Mahmood Zuhdi, bekas Dekan APIUM,
pernah mengeluarkan kenyataan yang
sama 12 tahun yang lepas. Tetapi isu
ini tidak hangat dibicarakan seperti
ini. Kenyataan beliau dikesampingkan
begitu sahaja.

Ilmuwan Islam terkenal dunia, Prof.
Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga telah
menulis tentang perkara ini di dalam
bukunya Fiqh Daulah berpuluh tahun
yang lepas. Kenapa tidak dianggap
beliau sebagai anti-syariat?

Ustaz yang paling saya sayangi dan
hormati, Ustaz Al-Kautsar, beraliran
pondok, juga mempunyai pendapat yang
sama, jadi selamat untuk saya katakan
bahawa kenyataan tersebut bukan
pendirian sebuah aliran tetapi
pendirian banyak ulama’ pelbagai
aliran dari dahulu lagi.Ianya bukan
benda baru.

Imam Besar, Pengarang Kitab Ihya
Ulumuddin juga ada membawa kisah
Saidina Umar yang menangkap orang
berkhalwat di rumah dan kemudian orang
itu pula mendakwa Umar mengintip
mereka lalu Umar dihukum bersalah
kerana mengintip. Bila kitab ini
ditulis? Dah beratus tahun.

So, apa yang dikatakan isu baru itu?

2) Kegagalan meneliti hujah. Ramai
yang marah-marah ini sama ada hanya
mendengar cerita dari orang lain
ataupun tidak tahu bagaimana permainan
media ataupun memang tidak menyukai
Dr.Asri. Di mana di dalam artikel itu
beliau mengatakan hentikan operasi
cegah maksiat? Beliau hanya cuba
meminta beberapa prosedur di dalam
operasi itu dikaji semula agar
memenuhi syariat. Permainan media,
mereka sudah pasti akan mengsensasikan
isu, tugas editor adalah untuk
meletakkan tajuk di muka hadapan untuk
melariskan suratkhabar walaupun tajuk
itu kurang tepat atau mungkin salah
berbanding berita sebenar. Rujuk
cerita Spiderman.Dan mungkin juga
boleh rujuk berita-berita lain di
dalam akhbar.

Isu di sini bukan menangkap orang
khalwat, tetapi MENGINTIP.

3) Salah atau benar kenyataan itu
sendiri. Akhbar mungkin tidak
menyiarkannya, tetapi anda boleh
mengkajinya sendiri.

Sila Rujuk Al-Hujurat ayat
12 “....janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang"

Sila rujuk Riwayat Saidina Umar
tersebut.

Sila cari dalil atau riwayat kes
serbuan khalwat yang diadakan pada
zaman Rasulullah atau sahabat. Ada
juga yang berhujah, dulu orang semua
baik-baik, tak macam sekarang. Siapa
kata dulu baik-baik? Rasulullah
menghadapi pelbagai kepayahan untuk
menjadikan orang dahulu baik-baik,
lihat bagaimana Rasulullah mendidik.

Sila perhatikan hadith “Man Ra’a
Minkum Munkaran...” Barang siapa yang
MELIHAT kemungkaran“..Lihat, maksudnya
perkara itu terjadi di hadapan mata.

JAIS sendiri tidak membantah kenyataan
tersebut di dalam kenyataan media yang
mereka keluarkan.

Cuma Jabatan Agama Islam Perak
membantah, tetapi dengan hujah, jika
kami tidak buat demikian, apa lagi
yang kita boleh buat? Ikhwah, maksiat
berleluasa di tempat awam, itu boleh
anda cegah terus, tak perlu mengintip.
Dan kerja ada banyak ,bagaimana kita
boleh kata tiada kerja.

Dalam isu ini, yang saya perhatikan
adalah ramai di antara kita cuba
berfikir menggunakan akal logik
semata, dan membelakangkan Al-Quran
dan Sunnah. Kita kata kalau tak buat
macam tu, maksiat berleluasa, cakap
macam tu, membuktikan kita redha
dengan maksiat. Ikhwah, ini semua
cakap-cakap logik akal semata, ini
bukan dalil.
Kita dah tak percaya dengan Allah ke?
Janganlah kebencian kita pada Mufti
itu menyebabkan kita mengelincirkan
akidah kita. Kalaupun dia terlepas di
dunia, adakah akhirat dia lepas? Kalau
si pelaku tahu azab di akhirat lebih
berat dari yang di dunia, mereka akan
lebih rela dihukum di dunia.

Islam is all about Prevention, not
cure. Kita didik masyarakat.

Sedikit terkeluar topik, saya lihat
PAS banyak menyerang Dr. Asri dalam
pelbagai isu. Saya kurang pasti
adakah saya yang kurang faham, ataupun
mereka yang tidak faham. Dr. Asri
adalah pengasas kepada jemaah PAS di
Jordan. Beliau adalah antara orang
yang dipercayai oleh Allahyarham Ust
Fadzil Noor dan diharap dapat menaiki
tampuk pimpinan PAS. (Sumber dari Ust.
Hasrizal Jamil,Saifulislam). Jadi kita
boleh kata, Dr. Asri ini juga adalah
orang PAS. Mungkin jika orang PAS tahu
bahawa Dr. Asri ini adalah orang PAS,
mungkin kenyataan itu tidak akan
dihentam teruk?

Jika benar,ini adalah silap kita
semua. Kita terlalu mementingkan
aliran. Kita mengatakan kita ni PAS,
kita ni Salaf, kita ini pondok, kita
ini tabligh dan sebagainya, tapi kita
terlupa yang kita ni Islam dan kita
ini bersaudara. Taksub kita pada
aliran membutakan kita pada kebenaran
hujah dan rasa kasih sayang sesama
Islam. Siapakah kamu wahai orang PAS?
Kamu Muslim. Siapakah kamu wahai
salafi? Kamu juga Muslim.Siapakah kamu
wahai tradisionalis, kamu juga muslim.

Kita sebenarnya patut menyayangi
antara satu sama lain. Sedih di hati
saya bila mana melihat bila satu
aliran Islam di”belasah” oleh musuh
Islam, aliran yang lain bukan sahaja
tidak membantu, tetapi turut menyertai
membelasah sama sesebuah aliran itu.
Mana ukhuwwah Islamiyyah? Kita lebih
pentingkan aliran dari Islam.

Kepada Dr.Asri, Alhamdulillah ada
hikmah di sebalik kejadian ini. Yang
saya dapat lihat adalah, kenyataan
anda disokong oleh pihak yang selama
ini sentiasa membantah hujah-hujah
Islam seperti SIS dan Menteri
Penerangan, juga suratkhabar seperti
the STAR dan pembaca-pembacanya yang
banyak memuji saudara, gunakanlah
kepercayaan dan sokongan itu untuk
menarik mereka ke jalan yang benar.
Dan selagi mana saudara di jalan yang
benar, saya akan menyokongnya, dan
jika saudara perlu disedarkan, insya
Allah, kami akan menegur dan jika kami
silap, tegurlah kami.

Till then, hentikanlah persengketaan,
lakukanlah kerja Islam, dan sayangilah
antara satu sama lain.

Azmil Abrar

_________________________________________________________________
Get your ringtones, operator logos and picture messages from MSN Mobile. 
http://msn.smsfactory.no/



--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke