Semalam mendapat berita daripada mekanik yang
menjalankan perkhidmatan servis kereta di deretan
bangunan kedai/pejabat di Taman Alamanda, bahawa
sebuah pejabat di No 1, Tingkat 1, Taman Alamanda,
Senawang telah disamun awal minggu ini atau hujung
minggu lepas.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 petang hari
bekerja. Ketika kejadian hanya terdapat seorang
pekerja lelaki berusia 30an di pejabat tersebut. Modus
operandi, penjenayah menunggang skuter, penunggang
menunggu dibawah, pembonceng naik seorang. Dan
menyamun mangsa dengan menggunakan senjata pisau.
Suspek lelaki Melayu tempatan berusia 30 an. Kerugian
tunai sekitar RM 500 dan talipon bimbit. Kecederaan
tiada dilaporkan. Ketika kejadian ramai orang di kedai
bawah tidak menyedari kejadian.

Kejadian sebegini boleh berlaku bukan sahaja di premis
pejabat, malah di rumah dan di kedai apabila
penjenayah tahu pintu tidak berkunci dan mangsa hanya
seorang diri.

LANGKAH PENCEGAHAN.
1. Apabila berada di rumah, pejabat atau kedai
terutamanya yang di tingkat atas pastikan pintu
sentiasa dikunci, walaupun seketika.
2. Lihat melalui tingkap berkunci atau gril berkunci
untuk melihat siapa yang beri salam atau mengetuk
pintu.
3. Jika premis kedai atau pejabat pastikan langsir
dibuka supaya orang ramai boleh melihat dari luar
sebarang kejadian tidak diingini.

Sekian, harap maklum.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke