Assalamua'alaikum Wr.Wb
"Adakah itu Takdir Tuhan"?......pertanyaan yang "subjective" bagi pandangan
umum.Sebaliknya jika diletakkan pada sudut pertanyaan yang lain dengan; "Apa
itu Takdir"? akan lebeh munafaatkan manusia secara kefahaman yang mendasar
hinggalah kepada asal usul "Takdir" tersebut..
Mulai dengan Kefahaman nilai2 pengetahuan agama Islam yang murni.Peranan yang
utama adalah pendidikkan akan hal2 tersebut pada manusia itu sendiri agar
jangan mudah sangat mengolahkan sebab muasabab kalimat "Takdir" itu pada Allah
SWT akan punca terjadinya suatu musibah atau keburukkan.
Ini adalah amat penting dari segi pembangunan minda manusia itu agar tidak
ternodai dan dinodai dengan unsur2 yang mengelirukan.Kenapakah kalimat "Takdir"
kerap atau semula jadi bermain dibenak manusia tiap kali hal2 musibah berlaku?
Namun apabila suatu kejayaan atau keselamatan untuk diri manusia itu berlaku,
jarang dikatakan "Takdir".
Manusia adalah Mahluk yang dicipta oleh Allah SWT:1
Hal ini memang bukan baru bagi kita yang beragama Islam. Kerana melalui ilmu
pengetahuan agama Islam itu sendiri telah mendidik diri manusia akan hal2
tentang keujudan nya dimuka bumi ini. Kita diberi tahu siapakah kita dan yang
amat penting adalah siapa DIA pencipta kita..
Pola pemikiran yang semula jadi :2
Hal keadaaan sifat yang kena jadinya inilah yang sering menghambat pola
pemikiran manusia,sama ada yang beragama Islam ataupun tidak, akan
menyerahkan segala hal2 yang bersangkut paut dengan kemelut hidup dan matinya
kepada Allah SWT.Maka dengan kelemahan2 tersebut,Allah SWT membekalkan tiap2
ummat dengan Nabi2 dan Rasol2Nya bagi dapat mengkukohkan keadaan agar hidup dan
matinya dalam keadaan sejahtera..
Para2 Nabi dan Rasul Dan Empat Buah KItab Suci :3
Tidak terlepas begitu saja, Para2 Nabi dan RasolNya akan mengkhabarkan untuk
manusia undang2 yang perlu dilaksanakan untuk mencapai keselamatan
tersebut.Khabar yang akan dipesankan itu dimatri didalam empat buah Kitab suci
iaitu Zabur,Taurat,Injil,dan Alquran.
Pada masa sekarang Kitab Al-Quran adalah sumber utama bagi panduan untuk
manusia membongkar dan mengali agar dapat petunjuk dari hal2 maksud dan tujuan
ianya dicipta serta hal2 keselamatan untuk kehidupan manusia didunia menuju
keselamatan hidup diAkhirat..
.4: Kitab2 Hadiths,Ulama'2 Dan Petunjuk Taufik Hidayah
Ditambah lagi dengan hadiths para2 sahabat, shuhadah,sholehin, serta ulama'2
salaf,dan kalangan2 'arifin billah yang mendapat taufik dan hidayah dari Allah
dan RasolNya untuk tetap membantu diri manusia dalam penentuan dan
perlaksanaannya berkaitan dengan "Qadha' dan Qadar" tersebut..
5: "Qadha"
Apa itu "Qadha"? Ianya adalah suatu "penentuan" yang telah diberikan kepada
manusia untuk "Menentukan" nasibnya didunia ini menuju Akhirat.Apakah yang
sudah ditentukan Allah SWT untuk manusia? Iaitu "Nyawa" atau "Jiwa".Inilah
"Takdir" Tuhan yang sangat mulia disisiNya.Inilah suatu kesempurnaan yang
paling agung sudah disediakan dalam diri manusia, jika dibandingkan dengan
ciptaan2Nya yang lain.Jika dikaji dan difahamkan ianya ada tersirat suatu yang
lebeh halus dari jiwa itu sendiri pada hakikatNya.
6: "Qadar"
Manakala "Qadar" itu adalah suatu "Perlaksanaan" bagi diri manusia itu mesti
lakukan apa2 yang sudah ditentukan oleh Allah SWT. Oleh kerana sudah diberi
suatu "Qadha" iaitu "Jiwa" tersebut, maka tidak boleh terlepas dari apa2 yang
mesti dilaksanakan selaku "Kholifa" dimuka bumi ini.
Maka dalam soal hidup, manusia itu mestilah bijak memilihnya.
7: Kejahilan dan kedholiman manusia akan kesempurnaan pada dirinya.
Hal sedemikian selir berganti turun temurun menimpa diri manusia dimuka bumi
ini.Kisah dalam Al-Quran banyak menceritakan akibat2 yang diterima oleh
manusia2 yang engkar terhadap Allah dan RasulNya. Begitu juga akan kedholiman2
yang diperlakukan atas diri manusia itu sendiri.Apakah pelajaran yang dapat
kita perolehi dari kisah2 tersebut? Secara ringkas manusia telah menyangkal
akan kejadaian nya yang dijadikan Allah SWT, dan tidak mematuhi nasehat2 dari
Para2 nabi dan RasolNya. Membawa manusia kejurang yang paling hina dan sehabis2
jahat mahluk iaitu, derhaka.
8: Menularnya benih yang rusak
Melengkapi dengan ilmu pengetahuan hakikat saja yang boleh memahami akan
terjadinya penularan tersebut. Yang mana banyak boleh didapati didalam Al-Quran
itu sendiri. Kenapakah ianya hanya dapat difahamkan melalui ilmu pengetahuan
hakikat? Secara logika bila disebut dengan "benih"
Ianya merupakan dari sudut hakikat juga.
Hakikat yang dipertaruhkan kedalam diri manusia itu, yang mana dikatakan
dengan semulia2 kejadian. Berpuncanya benih yang rusak adalah hasil perbuatan
manusia itu sendiri. Kerana kejahilan, kesombonggan,lantas tidak menghiraukan
perlunya ilmu pengetahuan berbentuk hakikat yang diakui oleh Allah dan RasulNya.
9: Dari sudut pengetahuan Hakikat
Sebagai contoh; kajian2 pada ilmu pengetahuan "science" pada kefahaman
seorang "doktor" sering mengatakan penyakit2 seperti darah tinggi, penyakit
kencing manis, kanker dsbnya ada membuktikan punca dari keturunan tidak kira
sama ada seorang itu Islam ataupun tidak.Dalam hal begini, terutama sekali bagi
yang beragama Islam, perlunya menanyakan apakah dan kenapakah hal sedemikian
boleh terjadi?
Jawabannya adalah, keengkaran telah lama berlaku pada keterunan2 kita.Ini
yang perlu kita sedar dan menerimanya dengan jujur.Ini baru suatu gambaran pada
penyakit2 yang telah disebutkan. Macam mana pula halnya bagi yang terkena
penyakit2 "mysterious" yang alat2 canggih tidak berupayah menyembuhkan?
Penularan benih yang rusak bermaharaja disegenap lapisan manusia pada masa
sekarang. Luarnya kelihatan baik dan maseh bagus akan tetapi penularan sudah
subur dan hanya menunggu saat persemaian benih berlaku saja diantara manusia,
laki2 dan perempuan, suami dan isteri!...hasilnya benih yang sudah rusak, cacat
dan cedera!
10: Siapakah yang mesti dipersalahkan?
Dengan memberikan pandangan2 ini, untuk saudara yang sudi menerimanya, tidak
dikecualikan untuk diikhtibarkan kembali pada diri saya selaku seorang Islam.
Bukanlah kata2 saya ini dari hawa nafsu,malahan kefahaman tersebut dipelajari
dari yang telah menerima taufik dan hidayah dari Allah dan RasulNya, memberi
pencerahan akan kenapa hal2 tersebut boleh terjadi.
Seperti mana yang telah kita maklumi, asal ciptaan manusia itu adalah
"didalam" sebaik2 atau sempurna kejadian.Begitu juga soal keperluan manusia
dalam hal2 makan dan minum bagi kesehatan tubuh yang kasar agar tidak
memudharatkannya, selagi itu merupakan dari yang halal dan pada keperluan yang
sederhana?
Tetapi kenapakah soal pemakanan yang halal seperti gula,daging,telur,nasi
dsbnya,boleh menjadi mudharat bagi sesetengah manusia?Adakah segi kesempurnaan
"pemakanan kerohaniyah" yang menjadi punca penyebabnya, kerna salah
pelaksanaannya sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasolnya? Sama2lah kita
renungkan, apahalnya kulit2 yang sudah rosak,hati yang sudah rosak, jiwa yang
sudah rosak dan roh yang sudah rosak. Apakah penawar dan rahmatNya yang sudah
dikhaskan bagi kita yang beragama Islam.
Bagi mereka2 yang maseh mempunyai pangkat,derajat dan kekayaan didunia ini,
mungkin tidaklah berat menanggong akibatnya yang berupa materi, jika keluarga2
mereka, sana' saudara mereka dilanda musibah sedemikian. Apahalnya pula bagi
mereka2 yang miskin, hina, hidup dalam keadaan serba kekuranggan
ibarat "kais
pagi makan pagi
kais petang makan petang" untuk mengisi kebutuhan keluarga2
mereka, sana' saudara mereka, dan juga sahabat2 mereka sebangsa seagama, yang
sentiasa tidak mencukupi. Darimanakah kemampuan bagi mereka2 untuk melunasi
biaya rawatan yang sangat mahal. Padahal
.yang dirawat belum tentu
diperpanjangkan umurnya.Katakanlah yang baik dan yang benar itu tetap dari
Allah dan RasulNya. Manakala yang jahat dan yang salah itu berpunca dari hawa
nafsu kita sendiri!
Salam keugamaan dengan ucapan assalamualaikum Wr.Wb
حج
14.12.1967:
"Allahumma salli 'ala Muhammad.Ada jalan dia pada kita.Yang dia marah
tadi,Kita tidak jumpa jalan dia,pada kita.Nabi Muhammad itu orang islam.Membawa
Iman enam perkara.Kita hendak menjahanamkan,..bolehkah?"
Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com