Bantuan banjir: Pengerusi JKKK terharu pengorbanan Unit Amal              
              
                         
                        
                                       Saidah Hairan      
         Wed | Jan 10, 07 | 04:31:34 AM                        KUALA LUMPUR, 10 
Jan (Hrkh) - Ahli jawatankuasa Umno daerah Batu Pahat terharu dengan 
keprihatinan dan pengorbanan Unit Amal Malaysia yang sanggup membersihkan 
bangunan, sekolah dan rumah mangsa banjir di kawasan mereka tanpa membezakan 
fahaman politik.


  Seorang ahli Unit Amal Dungun yang hanya mahu dikenali sebagai Sarifuddin dan 
bertugas di Sri Medan pada 3 hingga 9 Januari lalu berkata, Pengerusi JKKK di 
situ tidak menyangka orang PAS sanggup melakukan kerja pembersihan bangunan 
Kemas (Kemajuan Masyarakat).


   "Dia berterima kasih sangat dengan bantuan Unit Amal," jelasnya.


  Beliau berkata, sesetengah ahli Umno meluahkan rasa terharu dengan 
kesanggupan Unit Amal. Sebelum ini mereka tidak menyangka PAS akan membantu 
orang Umno.


   Menurut beliau, Unit Amal turut membantu anggota polis membersihkan Balai 
Polis Pagoh yang dilanda banjir.


  Seramai 50 anggota Unit Amal dari Terengganu membantu membersihkan rumah, 
bangunan milik Kemas, masjid, sekolah, balai polis di seluruh daerah Sri Medan, 
Pagoh dan Yong Peng.


   "Lima belas anggota Unit Amal membersihkan setiap rumah dalam masa 40 minit 
dan mereka dibahagi kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan bertugas di Sri Medan 
manakala yang lain di Pagoh dan Yong Peng," katanya.


  Beliau berkata, anggota Unit Amal sudah biasa dengan kerja-kerja lasak dan 
bersedia pada bila-bila masa membantu tanpa bayaran. -lanh

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke