BA PULAU PILIHANRAYA KECIL DUN BATU TALAM
Parti Alternatif dan badan-badan bukan kerajaan
dalam gabungan BERSIH mengambil langh memulaukan Pilihanrya Kecil DUN Batu
Talam.
PAS, KeADILan boikot pilihan raya kecil Batu Talam
Harakahdaily
Wed | Jan 10, 07 | 05:00:08 PM RAUB, 11 Jan
(Hrkh) - PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk memboikot
pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang
dijadualkan berlangsung 28 Jan ini.
Pengumuman pemboikotan itu dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz
Nasharudin Mat Isa dalam satu majlis ceramah di Markas PAS Sega di sini malam
tadi.
Menurut Nasharudin kepincangan yang berlaku termasuk daftar pemilih yang tidak
tepat dan diragui, penyalahgunaan undi pos yang menjadikan pilihan raya tidak
telus dan prejudis membuatkan Barisan Alternatif mengambil keputusan untuk
memulaukan pilihan raya kecil tersebut.
Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang penyokong PAS dan KeADILan itu turut
disertai Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat
PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian Adun Barisan Nasional (BN) Dato'
Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu.
Berikut adalah teks perisytiharan tersebut:
PEMBOIKOTAN PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA KECIL DUN O6 BATU TALAM
Pilihan raya bersih dan bebas merupakan satu asas utama dalam sebuah demokrasi
yang sihat dan wibawa. Sistem pilihan raya adalah mekanisme penting untuk
memberikan keabsahan dan mandat kepada kerajaan yang memerintah.
Kebebasan ini memberi ruang kepada pengundi untuk menunaikan hak asasi mereka
dalam proses politik bagi menentukan calon-calon mereka dalam memilih kerajaan
yang mereka kehendakki.
Berpandukan kepada pengalaman pahit dalam beberapa pilihan raya yang lalu dan
khasnya Pilihan raya Umum ke-11, sesungguhnya kami meyakini bahawa pilihan raya
yang telah dijalankan adalah sarat dengan penipuan, penyelewengan dan
pembohongan yang sekali gus menjejaskan kredibiliti dan maruah kerajaan yang
memerintah.
Serentak dengan itu, rakyat semakin resah dan bosan dengan ketempangan dan
kecurangan proses demokrasi ini, yang kini dilihat adalah jauh dari memberikan
keadilan dan persaingan serta pertandingan di padang yang sama-rata.
Kami senaraikan antara kepincangan dan ketempangan yang berlaku:
i. Daftar Pemilih yang tidak tepat dan diragui.
ii. Pengundi Pos yang sering disalahgunakan bagi kepentingan kerajaan BN.
iii.Proses penjalanan pilihanraya yang tidak telus, prejudis dan bersifat
berat-sebelah.
iv.Sikap dan pendirian Pengerusi SPR yang tidak konsisten dan memihak kepada
kerajaan BN.
v. Tindakan SPR dalam pengendalian persempadanan yang tidak mengikut semangat
dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bersifat tidak adil.
vi. Sikap SPR yang rela diperkudakan oleh parti pemerintah sehingga
menjejaskan maruah dan wibawa SPR sebagai Suruhanjaya bebas yang seharusnya
memelihara proses pilihanraya.
Berlatarbelakangkan kesemua faktor yang digariskan di atas, maka kami meyakini
pilihan raya kecil DUN 06 Batu Talam akan menyaksikan berulangnya penyelewengan
yang merosakkan kesucian (sanctity) proses demokrasi. Kenyataan Pengerusi SPR
yang menyebut bahawa daftar pemilih yang telah diwartakan pada 30 November
2006, berjumlah 10,748 telah dibersihkan menjadi 10,524 selepas daripada
perwartaan itu kini menimbulkan kecurigaan.
Proses pembersihan tersebut tidak boleh dikatakan telah dijalankan secara
telus kerana ianya dilakukan secara unilateral oleh SPR tanpa penyertaan
parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya.
Segala kecurigaan kami telah disahkan melalui kenyataan yang dibuat oleh
Pengerusi SPR yang mengatakan baru-baru ini bahawa undang-undang dan peraturan
pilihan raya yang telah berusia 50 tahun itu tidak lagi sesuai digunakan pada
masa ini dan tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan terus
wujud bagi semua pihak memandangkan sosial yang telah berubah.
Dengan ini, kami pimpinan BA, menegaskan pendirian untuk menolak dan memboikot
penyertaan dalam pilihanraya kecil bagi DUN 06 Batu Talam.
Presiden Parti Islam SeMalaysia,
Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
(Dapatkan berita selanjutnya dan gambar pengisytiharaan tersebut pada keluaran
Harakah terbitan akan datang : 12 Januari 2006)
---------------------------------
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from
your Internet provider.