Pada 19 November, pertubuhan tersebut menerima surat maklum balas
daripada Rafidah yang menyatakan rundingan FTA ini tidak akan
menjejaskan kepentingan rakyat Malaysia.
Menurut mereka lagi, sehingga kini pihak kementerian gagal menjawab isu
yang diutarakan mereka serta enggan mengadakan dialog dengan wakil-wakil
pertubuhan sosial, parti politik, kesatuan sekerja serta organisasi
rakyat.

Kenapa Kerajaan berbincang dgn Amerika tetapi tidak mahu berbincang dgn
rakyat?
Siapa yang lantik kerajaan Malaysia yang ada sekarang?
Amerika atau rakyat negara ini?
Kenapa kerajaan takut dgn Amerika?

Saya percaya FTA ini akan membawa malapetaka kepada perniagaan dinegara
kita sama seperti apa yang terjadi di Kanada dan Mexico apabila mereka
menandatangani FTA dgn Amerika.
Dua tiga hari lalu saya terdengar didalam berita radio yang Amerika
berura-ura mengekspot beras kenegara kita ini. Kalau mereka berjaya,
akan mampuslah petani petani kita terutamanya yang duduk di Kedah
Perlis, Perak dan Tanjung Karang, Selangor kerana mereka akan menjual
beras mereka dgn harga yang murah sebelum menguasai pasaran tempatan.
Kalau bahan asasi seperti beras pun Amerika dah kawal dinegara ini,
saya percaya satu hari nanti kita terpaksa menjual maruah pula untuk
terus hidup (merempat) di negara yang kita dicintai ini.
Yang saya sedihnyanya kenapa ada 30 orang saja yang buat bantahan, mana
yang lain lain?
Kalau Amerika dah kawal perniagaan dinegara ini baru nak kelamkabut,
say rasa dah terlambat dah.

Pemuda UMNO buat apa sekarang?
Pemuda PAS pulak macam mana, dah lembik ke?

 



>>> syed dahij 12/01/2007 00:38:54 >>>
Menarik di http://www.tvpas.com/ 


  
                 KERAJAAN BN TEPIS RAKYAT DENGAN RUNDINGAN FTA
US-MALAYSIA                                                 Gabungan
Rakyat membantah perjanjian FTA yang akan merugikan rakyat apabila
berkuatkuasa sepenuhnya diMalaysia.

      NGO  berhimpun bantah FTA                            
                         
                        
                                       Nyza Ayob      
         Thu | Jan 11, 07 | 10:03:10 AM                            
PETALING JAYA , 11 Jan (Hrkh) -  Dengan memakai baju 'HIV Positive , FTA
Kill!' serta membawa sepanduk bertulis 'Kami tidak mahu dimonopoli oleh
US- FTA, 'Jangan gadai hidup kami', 'Hentikan rundingan dengan Amerika',
'Stop drug price increase', kira-kira 30 orang daripada Gabungan Rakyat
Membantah FTA, menyuarakan bantahan terhadap kesan daripada Perjanjian
Perdagangan Bebas Malaysia - Amerika Syarikat (FTA) di pintu masuk Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pagi tadi.

   
Sambil melahirkan bantahan, mereka turut mengedarkan risalah kepada
orang ramai yang mengunjungi hospital tersebut mengenai kesan perjanjian
perdagangan bebas (FTA) Amerika Syarikat - Malaysia khususnya kesan
kepada rawatan dan perubatan.

 
 Koordinator bantahan, Edward Low memberitahu orang ramai bahawa lebih
banyak ubat akan dipatenkan jika FTA ini ditandatangani. Pematenan ini
akan memberi hak eksklusif kepada sesebuah syarikat untuk monopoli dan
menghasilkan serta mengimport ciptaan baru.

 
 " Kos ubat yang diperlukan oleh pesakit HIV akan meningkat jika FTA
ditandatangani. Pemilik paten akan menaikkan harga sewenang-wenangnya
kerana tidak mempunyai persaingan,"katanya.

 
Sementara itu, koordinator Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivarajan,
menyatakan mereka telah memaklumkan kepada Pegawai Perhubungan Awam
PPUM, Yahaya Abdul Hamid yang memantau perhimpunan tersebut bahawa
perhimpunan tersebut bukan untuk membantah pihak pengurusan PPUM tetapi
untuk menghebahkan kegusaran mereka kesan daripada FTA ini.

 
"Kami berhimpun di sini untuk menyampaikan kepada orang ramai kesan
daripada FTA ini khususnya kos rawatan serta harga ubat-ubatan akan
meningkat dan bukan bantahan kepada PPUM," katanya.

 
 Sebelum ini pada Jun 2006, pertubuhan tersebut telah menghantar
memorandum bantahan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz agar menghentikan perjanjian tersebut
disusuli dengan memorandum kedua pada 30 Oktober 2006.

 
Pada 19 November, pertubuhan tersebut menerima surat maklum balas
daripada Rafidah yang menyatakan rundingan FTA ini tidak akan
menjejaskan kepentingan rakyat Malaysia.

 
Menurut mereka lagi, sehingga kini pihak kementerian gagal menjawab isu
yang diutarakan mereka serta enggan mengadakan dialog dengan wakil-wakil
pertubuhan sosial, parti politik, kesatuan sekerja serta organisasi
rakyat.

 
Dan semalam, sekali lagi mereka menghantar memorandum bantahan kepada
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

 
Perundingan ke empat mengenai perundingan perjanjian FTA As- Malaysia
ini sedang berlangsung di Amerika dari 8 hingga 12 Januari ini. - mks. 


                
---------------------------------
 The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address
from your Internet provider.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke