Bantuan Mangsa Banjir di Johor   
     
Misi ini merupakan misi yang kedua dihantar daripada Angkatan  Belia Islam 
Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)  dan 
Global Peace Mission (GPM) bagi membantu mangsa banjir di Johor dalam aspek  
bantuan makanan, pakaian dan perubatan, sejak musibah banjir besar menimpa  
Negeri Johor pada 19 Disember 2006. Usaha kecil ini adalah sebahagian inisiatif 
 yang telah digerakkan diperingkat ABIM dan PKPIM disamping, usaha awal yang  
telah dilakukan di peringkat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor. 
 Misi awal oleh ABIM telah dihantar pada 23 Disember 2006 yang lalu di Melaka 
dan  Segamat, Johor. Manakala ABIM Negeri Johor telah menghantar 30 kampit 
beras 5 kg  untuk diberikan kepada penduduk Kampung Midah dan 30 tampit beras 
lagi diberikan  kepada penduduk Taman Pawana, termasuk pakaian, pampers dan 
tuala wanita. ABIM  Negeri Johor juga menghulurkan bantuan melalui helikopter 
kepada untuk  menghantar bantuan makanan di kawasan pedalaman
 (Orang Asli) yang terputus  bekalan. Misi kedua pada 1 Januari 2007 dan akan 
disusuli dengan misi ketiga  program pasca banjir seperti pembersihan kawasan 
setempat  kelak.




Dalam misi kedua yang bermula 1 Januari 2007,  menumpukan kepada bantuan 
perubatan yang disertakan oleh tiga orang doktor  perubatan Dr. Dahlia Malik, 
Dr Sitti Sulhoon dan Dr. Shahrol Azmi dan beberapa  pembantu sukarelawan yang 
terdiri daripada mahasiswa perubatan. Pasukan ini  telah tiba jam 1.00 petang 
di Pagoh dan dibantu oleh Setiausaha ABIM Muar dan  dibawa ke Balai Polis Lenga 
yang merupakan Bilik Gerakan Banjir, Mukim Lenga.  Kemudian pasukan ini 
bergerak ke Balai Raya Kampung Jawa, Lenga yang merupakan  salah satu daripada 
Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Mukim Lenga. Dua kumpulan  telah dipecahkan 
mengikut kawasan masing-masing, dimana Sdr Khairul Anuar Musa,  Exco PKPIM 
menumpukan kawasan Kampung Jawa, Pagoh dengan membuka Klinik  Bergerak. Serama 
12 orang penduduk telah mendapat rawatan dan pemeriksaan di  sini.

Manakala kumpulan kedua yang diketua oleh Sdr. Shirajuddin Shiraj  (YDP ABIM 
Selangor) membuka klinik sementara yang telah merawat dan memeriksa 25  
penduduk yang hadir di Sekolah Kebangsaan Gombang. Berdasarkan pemeriksaan dan  
rawatan yang dibuat, majoriti pesakit menghidap ”skin fungal infection”. Kami  
mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Hj Majid Hj Mistam, Penghulu Mukim Lenga 
 selaku Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Banjir, Mukim Lenga.

Pada jam 6.00  petang kedua-dua kumpulan kembali berkumpul di berkumpul di 
Balai Polis Lenga.  Pada jam 8.55 malam pasukan ini tiba di Kompleks Sukan 
Pagoh yang merupakan  salah satu daripada Pusat Pemindahan Mangsa Banjir. 
Disini kami dibantu  Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Banjir iaitu En. Khalil, 
Penghulu Mukim Pagoh. Di  Kompleks ini, sejumlah 23 orang mendapat rawatan dan 
pemeriksaan. Berdasarkan  pemerhatian pasukan perubatan ini, kebanyakannya di 
kalangan pesakit yang  menghidapi ”upper respiratory tract infection (URTI)” 
dan ”acute  gastroenteritis”. Didapati Kapasiti mangsa banjir yang masih 
menginap sementara  di situ sekitar 15 peratus daripada sebelumnya. Pasukan 
perubatan ini telah  menginap di TASKI ABIM Al-Hidayah, Taman Pagoh Jaya 
sebelum meneruskan tugas  keesokan harinya.

Disebelah pagi, pasukan ini berkumpul kembali di Balai  Polis Lenga. Dari sini 
Hj Abdul Rahim Abas, Ketua Kampung Lenga telah membawa  pasukan perubatan dan 
bantuan ini ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Sentosa,  Lenga. Tok Batin, Lan 
Yau bin Kop telah memberi beberapa penerangan dengan  keadaan perkampungan ini. 
Terdapat 72 buah keluarga menginap di kampung ini.  Majoriti penduduk bertani 
dan mencari rotan sebagai punca pendapatan. Sebilangan  kaum wanita bekerja di 
kilang yang berdekatan. Perkampungan ini tidak ditimpa  banjir tetapi 
dimaklumkan mereka terputus hubungan jalan darat selama 10 hari.  Di kampung 
ini, pasukan ini telah menyampaikan bantuan beras (150kg), makanan  dalam tin 
(sardin) dan pakaian untuk warga Orang Asli. Klinik sementara telah  dibuka, 
seramai 33 orang dirawat dan diperiksa oleh sukarelawan yang terdiri  doktor. 
Didapati kebanyakannya menghidapi “Scabies” dan “upper respiratory tract  
infection (URTI)”. 

Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pemimpin  masyarakat dari Kampung 
Sentosa, Mukim Lenga, Mukim Pagoh, pihak PDRM dan ABIM  Daerah Muar sangat 
baik. Dalam kapasiti yang terhad ini, bantuan dan dukungan  penduduk tempatan 
amat dihargai. Semoga usaha ini akan menjadi wadah atau  saluran kepada belia 
menyumbang dan membantu penduduk yang tidak bernasib baik.  Sumbangan dan 
bantuan kesukarelaan amatlah dialu-alukan.  


Sumbangan Boleh dilakukan di akaun Bank Islam Malaysia Berhad  (BIMB)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

BIMB  14-023-01-001118-8
 

 
---------------------------------
Never Miss an Email
Stay connected with Yahoo! Mail on your mobile. Get started!

Kirim email ke