Poning deng.... pi kemane mesti ade je "islah" dr golongan tajdid ni...... 
adakah islam yg ana anuti 
selama ini bukan "asli".......... hmmm....
thinks +ve


----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Monday, 15 January, 2007 7:10:43 AM
Subject: Re: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Surat terbuka seorang budak 
kepada Mufti Perlis

assalamualaikum
nak tabya sikit kepada ibnu fadhli APA MAKSUD PERUBAHAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM 
NEGARA KITA AGAR LEBIH MEMBANGUN?
DAN APAKAH UKURAN UNTUK MENJANA KEKUATAN KEPADA PAKSI YANG JELAS DAN HAQ YAKNI 
QURAN DAN SUNNAH?  SIAPAKAH ORANG YANG SELAYAKNYA KITA BERI MANDAT UNTUK 
MENENTUKAN UKURAN INI SERTA APAKAH CIRI CIRI MEREKA INI. (KALAU NAK IKUTKAN 
UMUR MUDA SAHAJA RASANYA IMAM SYAFIE LEBIH MUDA SEMASA BELIAU MULA BERFATWA DAN 
KALAU NAK IKUT BILANGAN GURU PULA IMAM SYAFIE MEMPUNYAI LEBIH RAMAI GURU)
HARAP IBNU FADLI BOLIH HURAIKAN DENGAN LEBIH KOMPREHENSIF AGAR PEMAHAMAN 
SEBENAR PASAL PEMIKIRAN DAN PAKSI YANG HAQ INI TIDAK DISALAH FAHAMKAN OLIH 
ORANG AWAM SEPERTI ANA NI.
"ibnu fadhli"@yahoo. com wrote:
assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

buat sdr ashraf, ini pandangan ringkas saya merujuk kata2 saudara 
yg 'isu khalwat' itu hanya akan menggembirakan si pelaku maksiat. 
kerana isu yg perlu ditekan kan di sini bukan isu maksiat itu 
sendiri, tapi isu menjaga agama itu sendiri. juga isu perletakan 
keutamaan dalam usaha amar ma'ruf nahy munkar.

kerana tumpuan dr asri berfokus kepada proses yg digunakan dlm 
melaksanakan amr ma'ruf nahy munkar itu yg tidak menepati landasan 
syarak. terutama, dengan 'mengintip'. jadi, beliau menyarankan agar 
pihak jbtn agama perlu mendapatkan bukti atau informasi yg jelas 
dahulu baru melaksanakan sbrg operasi bagi mengelakkan slh fhm spt 
yg telah bnyk kali berlaku yg mengganggu psgn suami isteri dan 
pelancong asing. apatah lagi di pagi2 hari.

adalah kita dilarang dari mencari kesalahan orang lain. dan krn itu 
beliau menyentuh isu mengintip utk menagkap pasangan berkhalwat yg 
jauh dari jalan syariat dlm dakwah itu sendiri.

dan apabila membincangkan isu meletakkan keutamaan. kita dapat 
lihat, perlakuan maksiat yg zahir dan jelas banyak berlaku di depan 
mata tapi, tiada sebarang tindakan di ambil. malah, jika dilihat 
bidang tugas pegawai2 jbtn agama yg terlibat dlm operasi banteras 
khalawat itu terdapat hampir 50 bidang tugas mereka. dan salah 
satunya adalah menangkap mereka yg tidak menunaikan solat jumaat. 
dan saya rasa kes ini spt tak pernah diberi perhatian. belum lagi 
disentuh maksiat di konsert2, dan sebagainya.

saya cuma berharap kita dapat buka lagi unjuran pandangan kita. 
tidak lah kerosakan yg ingin dibawa. tp, sbnrnya beliau dan ramai 
lagi muslim di serata tanah air ini yg inginkan perubahan dilakukan 
ke atas pemikiran umat islam di negara kita agar dapat lebih 
membangun dan kembali menjana kekuatan pada paksi yg jelas dan hak, 
yakni quran dna sunnah yg sahih.

allahu a'lam

--- In [EMAIL PROTECTED] ups.com, ASHRAF AZIZ wrote:
>
> 
> Umat islam diserang dari segenap sudut. Apa yang di luahkan 
melalui surat terbuka ini adalah amat baik. Terpulang kepada Dr Asri 
menilai. Mufti adalah suatu jawatan anda yang allah akan 
mempersoalkan segala tindak-tanduk Dr yang dilakukan masa memegang 
jawatan ini. Dr perlu berhati-hati kerana dalam al-quran telah 
menyatakan bahawa golongan-golongan inilah akan menjerumuskan ke 
neraka. Mufti adalah suatu amanah. Dari pandangan luar yang saya 
lihat, Dr cuba melakukan krirtikan, tetapi dr tidak memberi 
penyelesaian yang lebih baik dari itu malah akan menggembirakan si 
pelaku maksiat ini. Semua itu akan dipertikaikan di akhirat nanti. 
Mufti adalah tempat rakyat merujuk rakyat dalam permasalahan kita. 
> Jika Mufti tersalah bawak rakyat, rosaklah ummah. Pembaharuan 
yang Dr bawak mestilah berhati- hati dan berhikmah. Segala kenyataan 
@ fatwa yang di keluarkan mestilah benar2 berlandaskan hukum syarak. 
> 
> 
> Segala permainan disebalik kontrovesi ini, saya tak berminat nak 
tahu. tapi jika terdapat permainan kotor, di dalangi musuh islam 
yang cuba merosakkan umat islam, tunggu lah janji tuhan akan datang 
kepada orang yang cuba meruntuhkan agama islam. Ketahuilah, kita 
milik tuhan.
> 
> Saya kurang bersetuju dengan kritikan pedas dibawah. Teguran 
perlu ada hikmah. Bukan dengan cacian. Walau ingin menyampaikan niat 
di hati, ia perlulah mengikut landasan yang ditetapkan.
> 
> [EMAIL PROTECTED], UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ ... wrote:
> Mohon pandangan...
> 
> 
> Sumber ; http://www.surau. ladang.net/ modules.php?
name=News&file= article&sid= 442
> 
> Surat terbuka seorang budak kepada Mufti Perlis Friday, December 
22 Assalamualaikum wrkt Yang Berbahagia Mufti Perlis, Dr Asri Zainal 
Abidin. Di harap sihat dan masih berada di dalam landasan ALLAH SWT. 
Pertama sekali jangan pedulikan siapa hamba. Hamba tiada nilai dan 
taraf di sisi Dr. Hamba kenal Dr (dari rupa semata) manakala Dr 
tidak mengenali hamba walau sudut apa sekalipun.
> Surat terbuka seorang budak kepada Mufti Perlis
> Friday, December 22 
> 
> 
> Assalamualaikum wrkt Yang Berbahagia Mufti Perlis, Dr Asri Zainal 
Abidin.
> 
> Di harap sihat dan masih berada di dalam landasan ALLAH SWT. 
Pertama sekali jangan pedulikan siapa hamba. Hamba tiada nilai dan 
taraf di sisi Dr. Hamba kenal Dr (dari rupa semata) manakala Dr 
tidak mengenali hamba walau sudut apa sekalipun.
> 
> Cuma kerana ALLAH kita adalah sama, hamba terpanggil mencoretkan 
surat secara terbuka ini untuk kebaikan umat Islam semuanya. 
Insyaallah. 
> 
> Keduanya, walau agak lambat, hamba mengucapkan tahniah atas 
perlantikan Dr sebagai mufti Perlis yang baru dan muda. Ilmu itu 
terbahagi kepada 2. Teori dan praktikal (pengalaman) . Rupa-rupanya 
usia bukan bukti ilmu seseorang itu (dari segi pengalaman).
> 
> Mufti Melayu. 
> 
> Yang berbahagia mufti yang dihormati. Walaupun Dr. berada di dalam 
‘ahli agama’, manakala hamba berada di dalam bukan ‘ahli 
agama’, tetapi Dr. tetap berbangsa Melayu. Bangsa yang mempunyai 
saiz otak dan IQ yang kecil berbanding bangsa-bangsa utama dunia 
lain (Yahudi, Parsi, Rom, China dan lain-lain) 
> 
> Dan kita sebagai bangsa yang bo-doh ini amat bergantung kepada 
petunjuk dari ALLAH. ALLAHlah yang menunjuki kita. Semoga kita 
dipelihara oleh ALLAH dari kebodohan semulajadi kita.
> 
> Be muslim, not Malay. Islam is universal. 
> 
> Jadi, jika kita masih mempunyai isme-isme ciptaan manusia yang 
disekutukan dengan Islam kita, maka, ALLAH tidak akan memberi kita 
petunjuk. Ini kerana ALLAH tidak mahu mereka yang mengaku muslim 
itu, terbukti berjaya apabila mengambil / menyekutukan / menambah, 
satu ajaran ciptaan manusia. ALLAH yang menjaga kesucian / keagungan 
agamaNYA. 
> 
> Mudah katanya, jika Dr. masih tidak mampu membuang fahaman isme 
nasional yakni perjuangan Melayu, Dr. tidak akan mendapat 
keistimewan dari ALLAH yakni, petunjuk.
> 
> Wallahualam. 
> 
> Mengapa hamba berkata demikian. Mari kita lihat.
> 
> Perkara kurang enak. 
> 
> Sebelum itu, hamba terpaksa memberitahu Dr. sesuatu yang 
sememangkan mendatangkan satu perasaan kurang enak. Walau kepada Dr. 
sendiri, mahupun kepada mereka yang membacanya. 
> 
> Ini adalah penting bagi membuatkan Dr. tidak memandang rendah 
terhadap surat hamba ini. Dan perkara yang kurang enak itu ialah, 
hamba dianugerahkan ALLAH nilai IQ yang tinggi sehingga 3 kali ganda 
syarat menjadi agen CIA. (Nauzubillah. Lindungiku dari riak) 
> 
> Dengan anugerah ALLAH ini, hamba rasa bertanggungjawab menjelaskan 
kepada semua mengenai apa yang berlaku dari kaca minda hamba ini. 
Bagaimanapun, hamba tidak menolak, hamba melakukan kesilapan. Hamba 
akan jelaskan 2 sebab. 
> 
> 1. Siapa yang melantik? 
> 
> Yang Berbahagia Mufti. Mungkin Dr. sudah membuat keputusan 
berdasarkan satu penilaian yang paling tepat yakni solat istikarah. 
Sudah tentunya Dr. lebih arif.
> 
> Tetapi, hamba cuba bawa Dr. dari sudut hamba. Sudut ini 
sememangnya tidak mampu difikirkan oleh Dr. atau Melayu standard 
Melayu itu tidak mampu membuang fahaman nasionalis mereka (tiada 
pentunjuk / dihijabkan)
> 
> Siapa yang melantik adalah satu perkara penting bagi menilai 
sesuatu keadaan. Mari kita lihat petikan ini.
> ____________ _________ _________ _________ __ 
> 
> Bush mohon Abdullah selesaikan perbalahan di Iraq, Lebanon
> CARACAS 19 Dis. â€" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan 
Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush menghubunginya minggu lalu 
untuk meminta beliau membantu membaiki keadaan konflik antara mazhab 
Sunah dan Syiah yang semakin buruk di Iraq dan Lebanon.
> ____________ _________ _________ _________ __
> 
> Siapa yang melantik?
> 
> UMNO telah difatwakan murtad / kafir oleh sekumpulan ulama dan 
sehingga kini tidak ditarik balik fatwa tersebut. Jangankan kata 
ditarik balik, malah, cuba mempertikaikan secara ilmiah pun tidak 
berani.
> 
> Siapa yang melantik?
> 
> Jika seorang gila melantik Dr. menjadi sesuatu, setiausaha orang 
gila contohnya, apa status perlantikan tersebut?
> 
> Siapa yang melantik?
> 
> Jika Ayah Pin melantik Yusuf Al-Qadrawi menjadi mufti kumpulan / 
gerakannya, apa status mufti tersebut?
> 
> Siapa yang melantik?
> 
> Bangsa Melayu adalah bangsa yang bo-doh.
> 
> Terkejut? Baru menyedari?
> 
> : )
> 
> Yang Berbahagia Mufti. Walaupun mempunyai Dr. dihadapan nama, 
Melayu itu adalah rendah IQnya secara standard. Kita lihatlah 
filemnya. Walaupun dibuat oleh Profesor. Kita lihatlah lagunya. 
Lihatlah sukannya. Lihatlah pemerintahannya. Lihatlah ekonominya.
> 
> Sebab itu kita memerlukan Islam. Masuklah Islam itu sepenuhnya. 
Bagaimanapun jika kita solat istikarah 4000 rakaat sekalipun, tetapi 
jika kita masih menyekutukan Islam itu dengan fahaman kebangsaan 
(Melayu), maka, ALLAH sahaja yang lebih tahu.
> 
> Be muslim, not Malay. Islam is universal.
> 
> : )
> 
> 2. Strategi membina imej / nama.
> 
> Yang Berbahagia Mufti. Hamba bahagikan ilmu itu kepada 2. Satu, 
ilmu agama pokok. Dua ilmu agama cabang (Sains / Mate / dan 
sebagainya).
> 
> Dan hamba bahagikan orang yang memiliki ilmu agama cabang itu 
kepada 2. Satu, belajar. Dua, menemuinya.
> 
> Manakala Dr. pula, hamba andaikan berada dalam kategori satu, 
yakni belajar. Mungkin Dr. sudah membaca buku-buku strategi dunia. 
Dan mendapat ilmu daripadanya.
> 
> Bagaimana dengan hamba? Di atas beberapa sebab, hamba kongsikan 
zaman jahiliah hamba semasa berada dalam tingkatan 4.
> 
> Zaman jahiliah.
> 
> Hamba adalah anak yang lasak / nakal. Hamba belajar di salah 
sebuah sekolah teknik. Tinggal di asrama. Di asrama, segala jenis 
manusia sebaya, dari seluruh pelusuk negara berhimpun. Siapa yang 
mendominasi maka orang itu mempunyai ketahanan yang paling tinggi.
> 
> Seperti tajuk 2, strategi membina imej, hamba merangka strategi 
bagaimana mendominasi sekumpulan sebaya. Langkah pertama ialah 
membina nama / imej.
> 
> Bagaimana? Inilah bezanya mereka yang belajar ilmu dan mereka yang 
menjumpai ilmu. Hamba namakan strategi ini : TKTS. Tangkap Kepala, 
Tangkap Semua.
> 
> Dipendekkan cerita, hamba dan kumpulan (rakan-rakan yang telah 
diikatjanji) , telah mencabar (dengan isu yang dipilih) kumpulan yang 
mendominasi keseluruhan pelajar asrama, tingkatan 4 dan 5, lelaki 
dan wanita, selepas bermulanya penggal kedua. Terjadilah pergaduhan.
> 
> Walaupun hamba dan kumpulan tewas secara fizikal, tetapi hamba 
menang secara imej. Kumpulan senior dihukum pihak sekolah. Dan ianya 
melibatkan kes polis. Hasilnya?
> 
> Imej hamba meningkat. Tidak perlu beratur mendapatkan makanan. 
Menguasai pasaran rokok pelajar tingkatan 4, memegang lessen 
‘fly’ / ‘runner’, bagi tingkatan 4, menentukan ketua asrama 
(bagi blok hamba sahaja) dan pelbagai perkara lain tanpa berani 
ditegur oleh pelajar senior.
> Soalnya ialah bagaimana mahu mengelakkan diri daripada diketahui 
warden atau guru sahaja.
> 
> Dan inilah strategi anda, Yang Berbahagia Mufti.
> 
> 1. Untuk mendapatkan imej sebagai hero Islam tulen, maka kamu 
menggunakan tektik TKTS (nama mungkin berbeza jika Dr. belajar dari 
buku Inggeris). Kamu tangkap kepala Islam tiruan bernama Astora 
Jabat. Wah! MAZA berdebat dengan Astora tuuuuu. Hebat. Bravo.
> 
> 2. Kamu melaung-laungkan isu-isu seperti Wahabi, Sunnah, Bidaah. 
Wah! MAZA hebat mempertahankan Islam.
> 
> 3. Kemuncaknya, kamu dilantik oleh Nasionalis bernama Datuk Seri 
Shahidan sebagai mufti. (Nasionalis melantik ketua Islamis?)
> 
> 4. Saat gemilangnya kamu membina nama ialah mengeluarkan kenyataan 
media terhadap khalwat. Macam Najib dengan istilah Glokalnya, Paklah 
dengan istilah Hadharinya. Semuanya ini adalah strategi membina imej.
> 
> Jika Dr. tidak mencari nama.
> 
> 1. Dr. tidak akan menjadi orang yang mencari publisiti murahan. 
Tidak memilih menyampaikan kalam ALLAH yang 'kontroversi' di dada 
akhbar, sebagai jalan paling utama. Tidak mungkin IQ Dr. terlalu 
rendah untuk menilai kebebasan / kejujuran akhbar di zaman sekarang. 
Tidak mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk mempertimbangkan akhbarkah 
jalan terbaik / utama / nombor satu bagi menyampaikan teguran. Tidak 
mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk menilai sesuatu yang boleh 
mencetuskan kontroversi atau tidak.
> 
> Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.
> 
> 2. Dr. sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama 
terlebih dahulu. Rendahkan diri dengan menemui mereka, bukannya 
memanggil mereka. Demi ALLAH tercinta. Bincang elok-olok. Kemudian 
kumpulkan mufti-mufti dan ahli agama membincangkan perkara ini. Dan 
dapatkan jalan penyelesaian. Semuanya dilakukan secara tertutup 
terlebih dahulu.
> 
> Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.
> 
> 3. Tidak membincangkan perkara-perkara furu' di situasi genting 
sebegini. Hormati gerakan Islam yang berbeza dari segi furu', dalam 
pada masa yang sama mengikat anak-anak murid Dr. ketegasan Dr. 
mengenai furu'. Bukan berkokok di sana-sini.
> 
> Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.
> 
> Perkara yang boleh diandaikan melalui keterangan di atas.
> 
> Sebenarnya hamba tidak mahu memasuki perkara yang paling rumit. 
Melayu ini semakin pening, dan bertambah pening. Tetapi, ambillah 
ini sebagai pengetahuan sahaja. (jangan percaya)
> 
> Cuma tujuannya, hasil tindakan 'IQ tinggi' Dr. ini, inilah 
hasilnya :
> 
> 1. Kes kesilapan membabitkan pelancong itu adalah sesuatu yang 
terancang. Mengapa pelancong Amerika?
> 
> 1.1 Pelancong Amerika kita pilih kerana mereka menguasai dunia 
dari segi media. Dengan perkara yang amat dinantikan ini, maka, imej 
Islam akan diserang lebih hebat.
> 
> Sebenarnya, apa pun kita buat, buatlah dengan apa yang ALLAH 
turunkan. Pedulikan imej yang dilemparkan mereka. Cantik pun salah, 
tak cantik pun salah. Yang kamu sibuk-sibuk dengan pandangan kuffar 
ini mengapa? Kamu ditundukkan dengan mudah sebenarnya. Mereka lebih 
penting dari kita mengikut acuan ALLAH.
> 
> 1.2 Pelancong Amerika dipilih kerana ekonominya. Dengan jumlah 
dagangan dua hala Malaysia-Amerika yang berbilion, tambahan pula 
dalam sektor perlancongan, tambah pula Menteri Perlancongan 
berjantungkan duit, inilah pilihan yang sesuai.
> 
> Sebenarnya, umat Islam itu terkena penyakit cintai dunia dan 
takutkan mati. Agak-agak Dr. lah, jika Dr. diuji ALLAH tanpa air-
cond, tanpa pejabat, tanpa pendapat mewah, tanpa nama, tanpa 
publisiti, berubahkah nada Dr.?
> 
> : )
> 
> Tidakkah bo-doh Melayu itu?
> 
> Patutlah berzina bertubi-tubi oleh Kerajaan Hindu Lama, Siam, 
Portugis, Belanda (Nusantara), British, individu pon boleh juga 
(James Brooke / Francis Light), syarikat pon boleh (Syarikat Hindia 
Timur), Jepun, komunis, Bintang 3 dan British semula.
> 
> Eh, belum habis lagi Dr. Singapura dan yang terbaru Pulau Batu 
Putih dan yang akan datang Pulau Pinang. Masuk-masuk sahaja (ketua 
Islam yang dilantik oleh Nasionalis), Dr berkokok bab khalwat. Dr. 
memang 'Dr.'
> 
> 2. Suara Dr. yang mendapatkan tempat serta-merta di media Islam 
Liberal, dan dijadikan 'dalil' oleh Sister In Islam, 
boleh 'menghidukan' mereka ini terlibat. Malah Dr. sendiri adalah 
seakan-akan pelakon utama masa ada sengaja atau tidak sengaja. 
(pembaca jangan percaya. Cuma hamba mahu memberitahu Dr. ini supaya 
bijak sedikit. Anda ibarat membawa Islam di kepala kamu)
> 
> Yang Berbahagia Mufti. Inilah tanggungjawab hamba dengan anugerah 
ALLAH, hamba menegur Dr supaya kelak Dr. pula menegur hamba. 
Janganlah dipandang umur hamba yang berusia 25 tahun untuk 
dibandingkan dengan umur Dr. Jika hamba ini berfahaman seperti Dr, 
yakni belajar tinggi-tinggi kemudian kerja kerajaan, hamba boleh 
buat sehingga super duper tahap gaban Profesor pun. (secara manusia).
> 
> Nasihat kepada Yang Berbahagia Mufti.
> 
> Janganlah kita melanggar segalanya termasuk ALLAH dalam kita 
membina imej. Janganlah dikejar imej itu. Jawatan mufti (Nasionalis 
melantik ketua Islamis) itu adalah peperiksaan dari ALLAH. Syurga 
dan neraka.Menjadi mufti (Nasionalis melantik ketua Islamis) itu 
kerana imej atau ALLAH?
> 
> ************ ********* ********* ********* ********* ******
> 
> Sajak buat Yang Berbahagia Mufti. 
> 
> IMEJ
> 
> Kini ilmuku penuh di dada
> Malangnya imejku secebis di dada
> Apalah ertinya ilmu di mata
> Jika tiada imej yang terbina 
> 
> Lihatlah imej Islam di saat ini
> Apakah ertinya semua ini
> Dimanakah ilmu di sana sini
> Tatkala imej semakin menghantui 
> 
> Ah! Islam itu diimejkan melalui pedang
> Perlu diubahsuai mengikut pandangan orang
> Jihad itu bukan perang, bukan pedang
> Ubahsuai Islam asalkan hati senang 
> 
> Ah! Islam itu diimejkan berlebai malang
> Perlu diubahsuai mengikut pandangan orang
> Kini songkok, kot, Mercedes mata berlalang
> Mana yang tidak Islamnya temberang
> 
> Ah! Islam itu diimejkan mengintip orang
> Perlu diubahsuai mengikut orang
> Kini yang maksiat tertutup jangan dilarang
> Imej itu perlu dimata orang
> 
> ************ ********* ********* ********* ********* ****** 
> 
> Wallahualam
> AdukaTaruna" 
> 
> 
> Send instant messages to your online friends 
http://uk.messenger .yahoo.com 
> 
> 
> 
> ____________ _________ _________ _________ _________ __
> Anda Ber-Yahoo!?
> Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang 
paling baik 
> http://my.mail. yahoo.com
>






Cheap Talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.



                
___________________________________________________________ 
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from 
your Internet provider. http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke