assalamualaikum sekali lagi.

izinkan ana menambah sidikit lagi.
Pas ialh sebuah parti politik yang berjuang untuk membentuk kerajaan 
di negara kita.olih kerana sehingga hari ini Pas masih belum berjaya 
memenangi piliharaya negara maka pas kita kenali sebagai pembangkang 
kepada kerajaan yang ada.olih itu bukan tugas Pas menegur kerajaan 
seperti yang dikritik olih artikal asal di bawah dan kencaman dan 
serangan dari pas adalah merupakan usaha dan strategi mereka untuk 
memdapatkan sokongan rakyat sambil menyatakan halatuju perjuangan 
mereka. dalam sistem demokrasi yang diamalkan di mana setiap rakyat 
yang layak mempunyai kuasa undi yang sama maka menjadi hak setiap 
pengundi untuk menilai serta menerima atau menolak halatuju Pas 
ini.olih itu tidak sepatutnya dicelarukan apa yang dibawa olih Pas 
sebagai satu bentuk teguran kepada kerajaan.Pas bukan badan 
penasihat jadi pas tidak perlu dikaitkan dengan panduan menegur 
seperti yang dinyatakan dalam artikal ini.serangan pas kepada mufti 
muda darul sunnah juga adalah wajar atas kedudukannya sebagai sebuah 
parti politik dan kedudukan mufti yang telah diakui bersenkokol 
dengan parti pemerintah atau dengan kata lain Pas mempunyai hak 
sebagai sebuah parti politik bukan sebagai sebuah badan penasihat 
seperti yang dikehendaki olih artikal ini.
olih itu timbul persoalan siapakah yang patut menjadi penasihat 
kepada kerajaan hari ini? kemungkinan yang paling hampir ialah pihak 
yang mengkritik pas dalam artikal ini yang sepatutnya menampilkan 
diri sebagai penasihat tersebut.apatah lagi mufti darul sunnah 
merupakan salah seorang orang kuat mereka.sekiranya benar begitu ana 
menuntut agar soalan yang ana lemparkan dalam balasan ana sebelum 
ini dijawab olih mereka.ini penting untuk tidak mengelirukan rakyat 
serta untuk meletakkan sesuatu di tempatnya.seterusnya wajar juga 
ana bertanya apakah kenyataan keras mufti daru sunnah berkaitan kes 
tangkapan khalwat itu merupakan teguran beliau kepada kerajaan
(menegur pihak berkuasa agama bererti menegur kerajaan yang memiliki 
mandat ke atasnya?) serta apakah bentuk teguran yang telah 
disampaikan olih beliau berkaitan pesta JOM HEBOH(negeri DARUL 
SUNNAH pernah menjadi hos kepada pesta ini),teguran kepada program 
AF, MALAYSIAN IDOL DAN SEUMPAMANYA.begitu juga kenyataan beliau 
betapa dalam menangani isu murtad persoalan hukum tidak perlu 
diutamakan itu ditujukan kepada kerajaan atau kepada pihak mana?
apakah maksud kenyataan beliau lagi tentang perjuangan islam akan 
dihiasi olih golongan salafiah dan islam lebiral? apakah ianya 
bermaksud mufti darul sunnah menerima islam liberal sebagai satu 
gerakan untuk memertabatkan islam? dan apakah mufti menerima bahawa 
gerakan islam liberal ini juga gerakan menuju solehfusollih seperti 
gerakan salfiah? apakah gerakan salafiah dan gerakan islam liberal 
itu gerakan yang benar seperti yang dikehendaki olih quran dan 
sunnah?
mungkin sudah sampai masanya kita dihidangkan dengan maklumat 
tentang nasihat dan teguran dari kalangan salafi kepada kerajaan 
daripada kita terus mendengar lagu lama mereka dengan hujjah bidaah 
syirik sainfifik serta keterangan keterangan seperti memakan daging 
saudara sendiri.lagu ini sudah lama kedengaran dengan mereka asyik 
membaharui liriknya dari hari ke hari. ayuh pengikut solifulsollih 
sekelian bentangkan usaha antum semua dalam menjadi penasihat yang 
baik.

--- In [email protected], ramezan a aziz wrote:
>
> assalamualaikum
>   terdahulu ana nak sebut ana bukan ahli pas
>   kemudian ana nak tanya betul ke Pas seperti yang dkatakan dalam 
artikal ni?
>   rasanya ada lagi unsur pertembungan antara golongan muda dan 
konservertif dalam artikal ni.
>   penulis nampaknya mempertahankan mufti darul sunnah dan membawa 
hujjah penyokong salafi sambil menyangkal Pas yang sejak dulu 
diketahui dari kalanganan konservertif.
>   akan tetapi secara sedar atau tidak penulis juga menyatakan Pas 
yang menyerang mufti darul sunnah ini kerana ianya berada di kem 
berbeza( yang ana faham dari kem Umno) ia itu satu sudut pandangan 
politik semasa.dalam hal ini ana suka bertanya apakah Umno juga 
penganjur salafi macam mufti dan mereka yang serumpun?
>   atau kerana Umno menerima salafi sebagai rakan politknya?
>   yang bermain di kepala ana selepas membaca artikal ini ialah 
apakah mufti darul sunnah yang mereka yang serumpun sudahpun 
melaksanakan teguran kepada pemerintah sepertimana yang mereka 
dalilkan.sudahkan mereka berjumpa datin rosnah menyatakan perbuatan 
itu haram dan sudahkah mereka menegur pemimpin kerajaan diseluruh 
negara tentang apa yang patut mereka lakukan kearah menjadikan 
negara sebagai darul sunnah?
>   kalau mereka sudah melakukan semua itu suka kalau kita 
diberitahu hasilnya.
>   samada diterima dan diamalkan atau ditolak dengan kebaikan telah 
pun mereka terima (seperti tahqiq albani). telah lam ana menanti 
berita mengenai perkara ini dari kalangan pendokong salafi yang 
sampai sekarang tak kunjung tiba jadi elok rasanya ana minta penulis 
artikal atau penyumbangnya memperincikan tindakan teguran mereka 
kepada Umno dan pemimpin mereka  yang terlalu ketara suka 
mengamalkan perkara yang tidak mengikut   quran dan sunnah termasuk 
yang telah dilakukan olih datin Rosnah itu.
>   mungkin pendokong salafi tak perlu risau pasal Pas lagi sebab 
jelas Pas dan pemimpin mereka ialah pendokong konservertif yang 
telah dinyatakan olih mufti darul khusus tidak lagi penting dalam 
perjuangan memartabatkan islam di zaman ini kerana yang bakal 
meneruskan perjuangan Islam ialah golongan salagfi dan islam liberal.
>   jadi kalau penulis dan pendokong salafi meneruskan serangan 
kepada Pas maka antum semua tidak juga melakukan apa yang antum 
cadangkan .olih itu lebih baik antum semua mencari usaha untuk 
menasihati pemerintah sebagaimana yang disarankan antaranya olih 
syeikh aziz baz dan tunjukan hasilnya kepada semua.Lupakan Pas. 
lupakan kayu kokka ,lupakan talkim,lupakan tahlil sebab semuanya itu 
telah menjadi amalan sejak zaman berzaman dari kalangan 
kionservertif.jadi mulakan nasihat antum semua kepada datin rosmah 
dan juga paklah pasal bersentuhan antara lelaki perempuan bukan 
muhrim itu haram(atau salafi menghalalkan dalam situasi 
tertentu?).kemudian bawakan hasil teguran itu kepada semua dan 
tunjukan kepada Pas yang konserverti itu.
>   lupakan jutaan ulamak yang pernah hidup di zaman terdahulu yang 
mengikut aliran konserverti ini tetapi tunjukan saintifik itu dari 
salafi.
>   
> 
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
>           Assalaamu 'alaikum...
> 
> Ana Minta Maaf Kepada Rakan-Rakan PAS Di Dalam YAhoo Group...
> 
> Memang ana sudah jangkakan bahawa posting artikel yang 
bertajuk "PAS Bukan Pejuang Agama!!! PAS Menentang golongan Agama." 
Bakal mengundang kontroversi dan respone yang hangat di kalangan 
rakan2 friendster.
> 
> Sebelum itu, PAS di dalam artikel ini dan artikel yang lepas 
tersebut adalah bermaksud kepada "kebanyakan pendokong PAS". 
Bermaksud bukan ditujukan kepada semua pendokong PAS. Namun dilihat 
sebagai majoriti melalui penilaian terhadap lidah rasmi mereka (PAS) 
sendiri iaitu Harakah dan ceramah-ceramah mereka.
> 
> Secara jujur, artikel itu bukanlah nukilan ana. Ana hanya mengubah 
tajuk artikel tersebut lalu ana letakkan sebagai bulletin 
friendster. Dengan harapan ia bakal diteliti dan membawa kita sama-
sama berfikir.
> 
> Sebagai manusia biasa, kita sewajarnya sedia maklum bahawa kita 
sentiasa terdedah kepada pelbagai kelemahan yang kemudiannya 
memungkinkan kesilapan. Dan kelemahan serta kesilapan sewajarnya 
mendapat teguran bagi tujuan pembaikan.
> 
> Saya kira sememangnya artikel tersebut bukanlah suatu bentuk 
teguran yang baik, namun dengan harapan dapat membawa kita 
lebih `alert' kepada corak berfikir yang lebih rasional dan ilmiyah.
> 
> Seperti yang kita sedia maklum, PAS adalah satu parti pembangkang 
yang besar di Malaysia (dalam persoalan politik malaysia). Dan 
membawa agenda Islam sebagai dasar perjuangannya. Sewajarnya PAS 
lebih mudah ditegur berbanding UMNO kerana pada anggapan ana, mereka 
(PAS) memahami agama dengan lebih baik.
> 
> Namun ana agak sedih, kerana hakikatnya tidaklah begitu.
> 
> PAS seolah-olah tidak ada bezanya dengan UMNO sejak kebelakangan 
ini. Cuma mungkin dalam bentuk atau konsep yang agak berbeza.
> 
> Jika benar PAS menjadikan al-Qur'an, hadis dan para ulama sebagai 
dasar menilai Islam dan asas perjuangan, bagaimanakah agaknya PAS 
mentafsirkan al-qur'an, Hadis, dan pendapat ulama berikut ini:
> 
> "Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah 
melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah 
memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya 
(menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, 
maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah 
menunaikan kewajibannya." (Riwayat Ibn Abi `Asim dalam al-Sunnah. 
Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq 
kitab al-sunnah, m.s.: 507)
> 
> Firman Allah s.w.t.:
> 
> Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan 
atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka 
kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada -
 "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah 
hal itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil 
keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana 
limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu 
(terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang 
Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa': 83)
> 
> Pas seringkali mengambil tindakan mencaci pemerintah (pemimpin). 
Tidak bolehkah PAS mendahulukan menasihati pemerintah melalui dakwah 
yang berhikmah dan berlemah lembut?
> 
> Saya ambil contoh di dalam isu datin sri Rosmah... Tidak bolehkah 
PAS mendahulukan menegur dengan cara berjumpa beliau terus atau 
menghantar surat untuk menyatakan teguran? Kenapa perlu mengaibkan 
beliau terlebih dahulu? Seolah2 di sini PAS bukanlah bertindak 
sebagai pendakwah, tetapi PAS seolah-olah bertindak sebagai 
mengambil kesempatan di atas keburukan isteri seorang pemimpin untuk 
kepentingan `survival' politik partinya. PAS sebenarnya hanya 
bertindak mengeruhkan lagi keadaan dan bukannya membaiki. Apa tujuan 
PAS berbuat demikian sebenarnya?
> 
> Sedangkan Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. dan Harun a.s. untuk 
menegur Fir'aun yang kafir dengan lemah lembut. Kenapa kita tidak 
boleh menegur pemimpin yang beragama Islam dengan lemah lembut dan 
hikmah? Dan apakah ada fatwa daripada para ulama-ulama muktabar 
serta para imam mazhab supaya segera mencaci pemerintah dan 
memalukan pemerintah apabila mendapati mereka berlaku buruk? Malahan 
mereka (ulama) menyatakan tindakan melampau menghinakan pemerintah 
adalah sebagai perlakuan puak khawarij yang menyanggahi akhlak dan 
kaedah ahlussunnah. (betulkan ana jika tersilap kata).
> 
> "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah 
melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata 
kepadaNya, Dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat 
atau takut". (Taha: 43-44)
> 
> "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah 
(kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada 
mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau 
bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari 
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang 
mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan 
juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-
hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah 
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, 
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya." 
(Ali `Imran: 159)
> 
> Syeikh `Abdul `Aziz bin `Abdullah bin Baz r.h. berkata:
> 
> "Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak 
termasuk dalam Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa 
kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma'aruf.
> 
> Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat.
> 
> Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat 
antara mereka dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat 
(untuk menegur) mereka atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan 
baik dengan mereka."
> 
> Dr. Soleh bin Fauzan berkata:
> 
> "Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, 
cerdik pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan."
> 
> Abu al-Haris ahmad bin Muhammad as-saigh berkata:
> 
> "Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari 
tindakan memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: `aku tidak 
menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak 
memerintahkannya'." (as-sunnah, Hlm.: 89. Hadis Riwayat abu Bakar al-
Khallal dengan sanad yang sahih)
> 
> Dan di dalam isu yang seterusnya. Kebanyakan mereka yang taksub 
dengan PAS seolah-olah sedang bertindak memerangi seorang Mufti atas 
dasar kerana tidak bersetuju dengan fatwa-fatwa yang dikemukan oleh 
mufti tersebut. Dan mungkin juga kerana mufti tersebut beraliran 
(bermanhaj) Salaf-us-soleh dan duduk di medan (kelompok) pemerintah 
(seteru PAS). Lalu PAS menghentam mufti tersebut dengan pelbagai 
alasan pemikiran dan logika semata-mata (tanpa dalil). Sehingga 
sanggup meletakkan title `barua' kepada Mufti tersebut. Di manakah 
akhlak kita sebagai pendakwah?
> 
> Lebih teruk, PAS menyatakan bahawa Mufti terbabit hanya suka 
menimbulkan isu-isu yang remeh temeh dalam agama dan masyarakat. 
Antaranya, menyentuh isu selipar nabi (yang kerapkali diiklankan di 
akhbar Harakah), isu Kayu kokka, isu Tahlil, isu Talqin, dan lain-
lain lagi.
> 
> Hendak ana nyatakan di sini, isu itu semua bukannya isu yang remeh 
temeh sebenarnya. Isu yang ditimbulkan oleh Mufti Perlis tersebut 
adalah isu paling pokok dalam manhaj beragama, iaitu isu aqidah!!! 
Mempercayai kayu kokka mempunyai keajaiban dan mampu memberikan 
kuasa penyembuh kepada pelbagai penyakit (dengan mengambilnya 
sebagai cincin, gelang, tangkal, dan sebagainya) tanpa menghiraukan 
fakta saintifik dan dalil yang sebenar adalah suatu perbuatan yang 
syirik. Apatah lagi menjadikan kayu kokka sebagai penangkal (serta 
pendinding) dan dijual kepada umum secara terbuka. Bukankah syirik 
boleh membawa pengamalnya terkeluar dari aqidah Islam yang tulen? 
Isu inilah yang sangat perlu diperangi habis-habisan kerana 
menyentuh isu akidah. Bahkan dalam isu kayu kokka ini, benarkah 
ianya kayu yang digunakan Nabi Nuh a.s. sebagai material bahtera 
baginda? Juga benarkah ia adalah kayu tongkat Nabi Musa a.s.? 
Sudahlah syirik, mendustakan riwayat hadis pula!!!. Di mana prinsip 
kita?
> Jika benar ianya material bahtera dan tongkat nabi sekalipun, apa 
pula kaitannya dalam persoalan perubatan dan tangkal? Apa bukti 
sainstifiknya? Bukankah ini hanya menjatuhkan maruah Islam di medan 
ilmu dan teknologi moden masa kini?
> 
> Begitu juga di dalam isu selipar nabi yang seringkali diiklankan 
oleh akhbar Harakah milik PAS. Di manakah hadis yang menerangkan 
rupa, ciri, material (bahan), dan fadhilat selipar nabi berkenaan 
sehingga pernah diiklankan di televisyen bahawa pemakai selipar nabi 
itu boleh membawa ke syurga...? Jika tiada, bermakna sekali lagi 
antum berdusta atas nama Nabi demi keuntungan perniagaan!!! Bukankah 
ini isu yang paling besar dan asas dalam persoalan aqidah dan manhaj 
kita bergelar Muslim?
> 
> "Sesungguhnya berdusta atas nama Nabi adalah amat besar dosanya 
dan jauh lebih teruk berbanding berdusta dengan nama selain Nabi 
(orang lain)."
> 
> Begitu juga dengan isu tahlil dan talqin... Hadis dan huraian 
pengharamannya jelas!!!
> 
> Tidakkah antum semua (golongan PAS) tidak melihat sendiri Tuan 
Guru antum iaitu tuan guru Nik Abdul Aziz juga tidak mengamalkan 
talqin dan tahlil??? (Betulkan ana jika tersilap fakta). Di manakah 
fatwa Nik Aziz dalam soal ini kepada semua ahli PAS sekurang-
kurangnya.. (jika tidak kepada masyarakat seluruh negara). Kenapa 
tidak mahu menyampaikan ulasan (ilmu) berkenaan perkara ini? (Ana 
rasa Nik Aziz pernah mengulas isu ini, namun tidak pernah diambil 
peduli oleh sebahagian golongan PAS yang lain kerana sibuk mencari 
kesalahan pemerintah untuk dijadikan modal berceramah).
> 
> PAS sewajarnya tidak perlu menumpukan kepada siapa yang berkata... 
lihatlah apa yang dikata. Jika benar, nyatakan ianya sebagai benar. 
Biarlah Mufti Perlis itu bertindak kepada isu yang lain (yang tidak 
dilakukan PAS), dan Pas dalam isu yang lain. Antara mereka (PAS dan 
Mufti) tidak perlu ada sifat ingin bermusuh sebenarnya... malah 
perlu bersikap bersatu sesama Muslim atas dasar yang sihat melalui 
aqidah yang sahih. Dan sama-sama membina kesatuan serta pembaikan 
dalam dunia dakwah ini.
> 
> Tinggalkanlah sifat suka mencaci dan buruk sangka kerana ia 
bukanlah sikap sebenar seorang Muslim yang beriman dengan al-Qur'an 
dan as-Sunnah. Ianya hanya memberi gambaran yang buruk di dalam 
masyarakat Islam. Apatah lagi kita sentiasa diperhatikan oleh 
golongan non-Muslim dan mereka yang ingin mengenali Islam.
> 
> Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang 
buruk dalam kalangan orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh 
azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan 
(ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak 
mengetahui (yang demikian). (an-Nuur: 19)
> 
> Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum 
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, 
(kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; 
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan 
merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak 
Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah 
setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan 
janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain 
Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut 
menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah 
buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. 
dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan 
fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim. Wahai orang-orang 
Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak 
menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian 
dari sangkaan
> itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari 
kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat 
setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan 
daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) 
maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-
larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; 
Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (49: 11-
12)
> 
> "Apabila seseorang berkata (menuduh) kepada saudaranya: Wahai Si 
Kafir! Maka sesungguhnya perkataan itu akan kembali kepada salah 
seorang dari keduanya. Sekiranya orang itu tidak layak disebut kafir 
maka perkataan itu akan kembali kepada dirinya sendiri." (Hadis 
Riwayat Bukhari, Kitab al-Adab, Hadis no.: 5639. Hadis riwayat 
Muslim, no.: 91. Hadis Riwayat Tirmidzi, Hadis no.: 2561)
> 
> Haram melaknat orang Islam, tidak kira siapa dan apa darjat dan 
kedudukannya. Melaknat orang Islam samalah seperti membunuhnya. Nabi 
Muhammad s.a.w. bersabda:
> 
> "Melaknat orang mukmin samalah seperti membunuhnya." (Hadis 
Riwayat Bukhari 4/99, hadis no.: 5640. Hadis Riwayat Ahmad, jld. 
4/33)
> 
> Tanda orang fasik yang keji akhlaknya ialah mereka suka mencari-
cari kesalahan orang Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh 
Rasulullah s.a.w:
> 
> "Memaki-hamun seseorang muslim itu adalah fasik dan membunuhnya 
adalah kufur." (Hadis Riwayat Bukhari 1/32 n0.: 46. Hadis Riwayat 
Muslim 1/81, no.: 97)
> 
> "Sudah memadai seseorang itu dianggap keji apabila dia menghina 
(memalukan) saudaranya yang Muslim." (Hadis Riwayat Muslim, no.: 
4650)
> 
> Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah berkata:
> 
> "Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir 
yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak 
bertaubat, maka ia kekal dalam neraka." (Zahiratu Tabdi' wa-Tafsik 
wa-Takfir wa-Zawbituha, bab 7)
> 
> PAS adalah suatu organisasi yang besar dan tua sewajarnya mampu 
bertindak dengan lebih matang. Apatah lagi membabitkan dalam isu 
aqidah dan akhlak.
> 
> Jika mereka seringkali menghentam UMNO sebagai zalim, mungkar dan 
sebagainya sehingga ada (daripada kalangan PAS) yang mengatakan 
kafir... jadi, di manakah pendirian PAS terhadap kesilapan mereka 
sendiri yang memababitkan persoalan aqidah dan persoalan syirik? Di 
manakah ulama PAS dalam menasihati para pengikutnya yang melampai 
batas?
> 
> Apakah hanya kesilapan kerajaan (pemerintah) sahaja yang perlu 
kita tegur... Bagaimana dengan kesilapan sendiri? Bagaimana diri 
ana, enta, anti, antum...
> 
> Maafkan diri ini andainya mengguriskan sahabat-sahabat dakwah di 
sana;
> Nawawi
> 11-01-2007
> 
> @Nuur Fakhrul as-Shiddiq 
> 
> 
>          
> 
>       
> ---------------------------------
> Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
>


Kirim email ke